Assalamualaikum wbt.
Mari aku ceritakan pengalaman aku menjadi seorang MUNAFIK dan PENDOSA.
Aku pernah bergelumang dengan dosa yang paling besar iaitu MENINGGALKAN SOLAT.
Kenapa aku tinggalkan solat? Asal usul puncanya adalah : TAK SENGAJA
Namun dari tak sengaja akhirnya dah jadi biasa. Mula-mula terlajak subuh. Lepas tu tertidur awak sehingga tertinggal isyak. Kemudian lama-lama dah jadi kebiasaan tinggal subuh & isyak (ni ciri-ciri munafik).
Lepas tu dah pandai tinggalkan solat lain gara-gara hal duniawi. Takut nak tinggalkan kerja so sanggup skip solat. Dalam hati dah niat em takpelah karang aku qada’. Akhirnya sampai ke sudah tak pernah qada’. Malah solat 5 waktu pun semuanya entah ke mana.
Apa perasaan mula-mula tinggal solat?
Mula-mula rasa berdosa. Lama-lama sebab dah terbiasa, akhirnya dah tak rasa apa-apa. Masa ni dah start fikir ‘aku ni dah dosa teruk. Jadi Allah pun dah tak terima aku. Alang-alang dah berdosa ni apa salahnya buat dosa lain sekali’.
Selepas dah tinggal solat, otak aku mula meliar nak explore sisi gelap internet : PORN. Sejujurnya aku ni naive. Tak berminat dengan benda-benda explicit sebegini. Tapi semenjak tinggal solat, ada suara berbisik di telinga “alahh tengok jelah. Boleh you belajar cara buat sex cemana. Boleh you belajar organ reproductive wanita dan lelaki. Boleh tengok dengan lebih dekat penis dan vagina. For education je pun. Lagipun kau dah berdosa besar sekarang. Setakat tengok porn tu apelah sangat”.
Itulah bisikan-bisikan yang menghasut aku untuk terjebak sehingga ketagih. Punca awalnya adalah tinggal solat. Kemudian merebak kepada ketagihan pornografi pulak.
Apa feeling mula2 tengok porn? Mula-mula jijik. Geli weh tengok alat sulit orang. Tapi lama-lama, rasa normal. Lepas tu rasa bosan tengok, not enough. Can’t satisfy me anymore. Lalu aku tengok LGBT punya version pulak. More fascinating sebab rare.
Lama kelamaan aku rasa tengok je tak cukup. I WANT MORE. I want it for real. I want sex. I want a partner. One night stand is enough as long as you can satisfy me.
Then aku start install Tinder. Mula mencari pasangan. Oh well dari mana datang keberanian aku untuk mulakan 1 night stand? From the movie. I watched too many romance movies and I feel like.. if they can do it, why not me? Plus, kebetulan aku berkawan dengan ramai non-muslim yang agak open tentang isu sex ni, maka aku pun sama-sama jadi open.
Pernah juga terdetik, tak risau je STD nanti kalau one night stand? Then ada suara berbisik. Omputih ramai je buat one night stand and selalu tukar2 partner. Tapi diorang rileks je takde STD pun. Kat barat dah normal buat seks bebas. Then what’s the problem?
Semakin lama, aku semakin hanyut. Bergelumang dengan dosa. Aku hilang iman. Saat ini aku sudah lupa akan kewujudan Tuhan. Pernah terdetik dalam hati ‘ah who cares about god? Orang lain rileks je hidup tenang dalam dosa’. Dan aku rasa aku seperti orang tiada iman langsung ketika itu.
Aku hanyut sehanyutnya. Aku tak takut dengan azab Allah. Aku fikir aku bebas. No god will punish me. Dan aku hampir percaya bahawa tiada tuhan di bumi ini. Almost to be an atheist at that moment.
Sehinggalah…..
Hidup aku mula kucar kacir. Aku tidak tahu di mana ia bermula. Tapi hidup aku sudah mula berantakan. Kawan-kawan mula ramai yang pedajalkan aku. Hidup aku tidak tenang. Ada sahaja masalah dengan manusia. Orang buat onar dekat aku lah, orang sakitkan hati aku lah. Aku dipertemukan dengan orang2 yang bawak masalah je manjang. Ya, aku sudah mula hilang NIKMAT KETENANGAN.
Kemudian, duit aku laju sahaja kering. Entah di mana ia pergi. Tapi sedar-sedar aku dah tiada duit. Masa ni aku kering dan kawan baik mula menjauhi bila aku mahu pinjam wang. Sekali lagi aku terpukul. Saat aku susah tiada siapa yang membantu. Aku minta pada tuhan tapi tuhan tidak dengar. Aku mula rasa tuhan itu tidak wujud. Ya aku sudah mula jatuh MISKIN.
Kemudian fizikal aku jadi lemah dan tidak berdaya. Aku sering sakit-sakit padahal selama ni aku sangat jarang sakit. Kepala sering pening. Badan cepat demam. Ya, aku sudah hilang NIKMAT SIHAT.
Pekerjaan yang aku sangat perform selama ni tiba2 jadi teruk. Reputasi aku teruk kerana time management aku gagal. Buat pertama kalinya aku jadi the worst worker ever. Bos sudah selalu bagi surat warning. Sehingga akhirnya aku diberhentikan kerja. AKU HILANG PUNCA PENCARIAN.
Gais. Masa ni aku baru sedar betapa langit tu tinggi atau rendah. Aku tenung langit lama. Seakan ada satu perasaan sedang memukul aku untuk bangkit. Aku cuma untuk menangis tapi aku tak mampu. Hati aku kosong.
Buat kesekian kalinya, aku jejakkan kaki ke masjid. Sudah lama aku tinggalkan kewajipan aku. Sayu hatiku saat menjejakkan kaki ke situ. Azan berkumandang dan tiba-tiba air mata aku lalu sahaja mengalir. “Ya Allah maafkan aku. Aku terlalu jauh darimu”.
Aku solat berjemaah. Aku mula dapatkan ketenangan yang hilang. Aku tekad. Aku mahu berubah. Aku mahu baiki hubungan aku dengan Allah. First thing first, aku mahu baiki solat.
Namun dalam bermujahadah pasti ada dugaan. Dalam aku berusaha membetulkan solat, kadang kala aku culas juga. Aku hanya manusia biasa. Sering tersungkur rebah. Aku hina. Tapi itu tidak mematahkan semangat aku untuk terus kejar cinta Allah.
Gais. Aku tahu ada ramai orang seperti aku di luar sana. Aku tahu ramai yang bergelumang dengan dosa tapi tidak tahu bagaimana mahu berhenti. Gais, first step kau mesti buat adalah BETULKAN SOLAT kau. That’s it.
Solat kau takkan perfect terus. It takes time. Kau kena kuat lawan nafsu lama yang menyerang. Jatuh bangun tu adat kehidupan. Sampai bila kau mahu jadi HAMBA SYAITAN?
Doakan aku istiqamah dalam kebaikan. Aku harap kau yang membaca juga begitu…
Jagalah solat anda dan jangan tengok porn.
– Ghost
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit