Pengalaman Mengambil Lesen Memandu

Assalamualaikum dan hai semua. Hari ini aku nak ceritakan pengalaman aku belajar kelas memandu.

First of all aku nak perkenalkan diri aku serba ringkas. Aku Nur (nama samaran) kini berusia 20-an dan baru sahaja mendapat lesen memandu. Aku ambil lesen moto dan kereta sekali ya.

Cerita yang paling aku nak tekankan di sini adalah mengenai pengalaman aku belajar kereta di institut memandu.

Masih segar lagi di fikiran aku masa aku first day belajar kereta memang aku gabra sangat-sangat yelah sebab aku tak pernah memandu kereta sebelum ni.

Perasaan takut, gelisah, gementar semua ada dalam diri aku masa tu.

Aku bersyukur sangat-sangat bila hari pertama aku belajar kereta, aku dapat cikgu yang baik.

Aku siap beritahu cikgu tu lagi yang aku selama ni tak pernah bawa kereta dan ni merupakan kali pertama aku nak pulas stereng ya.

Ya aku begitahu siap-siap sebab takut dia marah aku sebab tak reti bawa kereta.

Aku syukur sangat dapat cikgu yang penyabar macam ni walaupun aku tahu dia letih ajar aku yang terkial-kial nak kawal stereng kereta.

Hari kedua aku dapat cikgu perempuan pula ya. Cikgu ni garang juga nak dibandingkan dengan cikgu kelmarin. Aku lupa step nak parking terus kena sound ya dengan cikgu ni.

Rasa macam nak menangis juga lah sebab masuk haritu baru dua hari aku pulas stereng kereta dah kena marah.

Mungkin cikgu tu expect yang aku ni dah 10 tahun bawa kereta. Hahahaha, gurau ja.

Alhamdulillah, hari seterusnya masa belajar dekat jalan raya aku dapat cikgu yang baik.

Masa awal-awal nak belajar dekat jalan raya takut jugak sebab selama ni belajar dekat litar ja, kereta tak banyak hanya ada kereta L yang tengah belajar latihan ja jadi tak lah risau sangat.

Cikgu-cikgu pun banyak bagitahu aku apa kesalahan yang boleh menyebabkan kegagalan ataupun kena tolak markah bila atas jalan raya ni.

Dah habis buat QTI tiba lah hari test JPJ. Aku masih ingat lagi kejadian yang berlaku semasa hari test JPJ hari tu. Aku pula duduk di barisan hadapan jadi semua yang berlaku jadi tontonan aku.

Aku tak tahu lah kenapa JPJ ni garang sangat, asyik nak marah jaa. Kami ni nak ambil lesen ja bukannya nak masuk tentera. Garang sangat takut kami.

Ramai juga lah calon-calon yang kena marah dengan JPJ hari tu. Aku yang tak kena marah ni pula rasa macam nak menangis, menggigil satu badan sebab takut dengan mereka punya pasal.

Tak putus-putus aku selawat dan berzikir untuk tenangkan diri aku yang dah macam tak cukup nafas ni. Kesian juga dekat calon-calon yang kena marah dengan mereka depan orang ramai.

Calon-calon yang kena marah tu sebab mereka tak dengar arahan JPJ dengan jelas. Apa yang JPJ suruh buat mereka tak buat. Yang JPJ perempuan pun banyak yang tak dak mood. Asyik-asyik nak berangin ja.

Tapi aku bersyukur sangat aku lulus test JPJ hari tu. Sebelum test JPJ aku study bagai nak rak ya sebab tak mahu gagal. Aku hafal segala step yang cikgu ajar supaya tak gagal masa test JPJ nanti.

Pengalaman aku belajar moto pun seronok juga. Cikgu yang mengajar moto pun sporting sangat, tak dak nak marah-marah. Aku pun jumpa ramai kawan masa belajar moto siap bertukar nombor lagi ya.

Sebab ramai juga lah yang ambil lesen moto dan kereta sekali macam dengan aku.

Kebanyakkan mereka masih berumur 18 tahun jadi boleh agak ya yang aku ni berkawan dengan adik-adik lepasan SPM tahun ni.

Okey lah setakat itu sahaja yang boleh aku ceritakan mengenai pengalaman aku mengambil lesen memandu.

Semoga korang semua tak menyampah baca kisah aku ni. Aku ucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa yang sudi baca kisah aku ni.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *