Perkongsian pengalaman saya untuk dijadikan teladan dah iktibar kepada pembaca.
Lepas selesai menunaikan solat jumaat. Pak-L mai habaq kat saya suruh buat keranda sebab ada 1 keranda yang tinggal. Saya pon balik rumah salin baju. Dalam perjalanan nak ke masjid saya selisih dengan Pak-L.
Dia panggil suruh saya mai kat dia. ”ni hang nak p mana?” saya bagitau ”nak p buat keranda kat masjid.” terus Pak-L cakap ”hang buat esok. La ni p pasang kain kat keranda yang ada. Dah siap hang balik siap-siap pukui 3 aku mai rumah. Ada jenazah satgi Cik-Z hang nak bagi mandi”
Terus saya p masjid pasang kain kat keranda. 15minit lepas selesai pasang kain, saya balik bersiap untuk tugasan yang berikutnya. Lebih kurang 10minit lepastu Pak-L datang ambik saya kat rumah. Masa ondewei tu saya tanya Pak-L ”deraih semacam ja ni. Depa nak pakai tempat mandi ka?”
Pak-L jawab ”depa mandi kat rumah. Satgi dah setel hantaq pasang tempat mandi kita p makan sat.’ saya pon ok ja sebab jenazah yang nak diurus ni jenazah pompuan. Orang rumah Pak-L yang uruskan.
Lebih kurang 15minit kami sampai ja kat rumah jenazah saya turun van dan bagi salam kat semua yang ada. Bergegas kami buat keja pasang tempat mandi sebabnya jenazah nak dikebumi pukui 5pm.
Masa saya dok keluaq masuk ambik barang2 tempat mandi, saya dengan tak sengaja terpandang jenazah.
”Allahu.. Cantiknya arwah. Muda2 Allah dah panggil” cakap saya kat dalam hati. Selesai pasang tempat mandi kat dapoq saya bagitau kat Cik-Z yang tempat mandi dah siap.
Saya cakap kat Cik-Z ”4.30pm satgi kami mai lain.” Pak-L pon bagitau kat waris benda yang sama. Lepas pada tu kami mintak diri buat sementara waktu. Kami pon bergerak ke kedai makan yang nak dituju. Tak jauh pon lebih kurang 10minit macam tu.
Sampai kawasan kedai makan Pak-L suruh saya turun dulu sebab Pak-L nak p parking van.
Berjalan masuk terus saya disambut tuan kedai ”terlebih hensem pakcik tengok hang harini dik” saya jawab ”puji semacam ja ni. Nak buat saya jadi menantu ka?” tau2 Pak-L bersuara kat belakang ”dok dengaq hangpa menyembang bukan boleh kenyang pon.
Jangan tanya, order macam besa” tuan kedai gelak ja. Pak-L bersuara ”aku bawak hang mai nak makan bukan suruh hang juai minyak” saya gelak sambil cakap ”masuk kedai tadi terus kena puji dah alang2 kena la try kot laku ka” Pak-L renyeh ja tengok saya.
Makanan pon sampai. Tuan kedai tanya ”ni hampa urus jenazah mana?” Pak-L jawab ”jenazah pompuan harini. Bini aku yang urus.. Aku jadi driver ja” selesai ja makan kami mintak diri nak bayaq. Tuan kedai tak mau ambik duit katanya dia belanja.
Allahu segan pulak kami dibuatnya. Ucapan terima kasih tak henti2 sebab tuan kedai berkongsi rezeki dengan kami dihari jumaat yang penuh barakah ni.
Naik ja van Pak-L cakap ”kita p isi minyak dulu baru kita p cuci tempat mandi” saya ok ja. Janji keja selesai. Sesudah isi minyak van terus kami menuju ke rumah jenazah. Sampai ja kami kat rumah jenazah, Pak-L tiba2 jadi lantang ”hang tengok adab budak zaman la.
Punya hilang rasa malu ada yang mai ziarah pakai baju t-shirt seluaq ketat ketat. Pakai tudung tapi tunjuk rambut kaler2” saya jawab la ”sabaq Pak-L. Kalau nak marah pon jangan tempik kat saya”
Saya turun ja dari van bagi salam saya terdengaq dari dalam rumah Cik-Z panggil saya.
Jadi segan saya nak masuk sebab pompuan2 yang Pak-L cakap tadi penuh kat depan pintu masuk. Nasib ada sorang pakcik ni bersuara ”hangpa buat sesak jengoi ramai2 depan pintu ni buat pa? Tak reti segan ka?
Hangpa p dok tempat lain. Bagi orang habis buat keja dulu satgi tengok” saya senyum kat pakcik tu sebagai tanda terima kasih.
Masuk ja dalam rumah, saya tengok muka Cik-Z berubah sambil bertanya ”dalam van ada kain kapan dengan minyak atar lebih dak?” saya jawab la ada. Terus Cik-Z suruh saya ambik. Lepas bagi kain kat Cik-Z, saya dengan Pak-L terus p dapoq nak cuci tempat mandi.
Sebab tempat mandi ni kami cuci nak dijadikan pengusung pulak. ”hang ambik kat aku sarung tangan kat sinki tu” saya pon bagi kat Pak-L. Masa cuci tu Pak-L tanya ”hang bau dak apa yang aku bau?” terus saya buat isyarat ”sshhhh” sambil tu saya tengok muka Pak-L yang nak termuntah.
Selalunya lepas guna tempat mandi mesti akan bau ayaq kemeyan dengan ayaq serai wangi. Kali ni bau hanyaq kuat sangat. Nak kata ada darah kat tempat mandi ni masa cuci tak nampak pon. Saya pon diamkan diri.
Habis selesai cuci tempat mandi, saya lalu sambil pegang barang2 yang nak disimpan dalam van.
Bau yang kat dapoq tadi tu ada kat ruang tamu. Saya pelik sambil cakap dalam hati ”Allah nak tunjuk apa lagi kat aku ni”
Selesai simpan barang dalam van, saya dengan Pak-L angkat pengusung dengan keranda masuk p kat ruang tamu. Cik-Z bersuara ”sapa2 nak tengok arwah boleh masuk” ramai yang masuk, sambil tu saya tengok sekeliling, ramai yang masuk tutup separuh muka dengan tapak tangan.
Saya rasa mungkin bau hanyaq kuat sangat kot. Saya bau jugak tapi tahan ja. Dalam ramai2 tu sempat la saya intai2 nak tengok muka arwah. Terkejutnya saya tengok muka arwah berubah jadi gelap berjelaga.
Saya rasa mushkil terus alih pandangan keatas sambil pikiaq ”Allahuakhbar. Apa lagi Allah nak tunjuk kat aku ni?”. Cik-Z tanya kat mak arwah ”ada sapa2 nak tengok lagi?”
Terus mak arwah jawab ”ni kawan2 dia nak tengok” terpandang saya dengan Pak-L sesama sendiri sambil berkerut dahi.
Terkejutnya saya dengan Pak-L tengok budak2 yang berpakaian kurang sopan tadi tu kawan2 arwah. Sambil tu saya tengok Cik-Z gelengkan kepala tengok depa.
Mohon seribu kemaafan dari saya kerana terpaksa pendekkan cerita sebab taktau nak menceritakan tanpa mendedahkan aib arwah.
Setelah selesai solat jenazah kat rumah,jenazah dimasukkan kat dalam van. Saya tanya kat waris ”3 orang waris boleh naik van sekali” tapi takda sorang pon yang nak naik sebab bau hanyaq tadi makin kuat. Setibanya kami kat kawasan perkuburan, dah turunkan jenazah dari van.
Saya terbau yang kurang menyenangkan dari kuboq yang dikorek. Pakcik2 yang korek liang terkejut bila bukak ja penutup keranda tengok ikatan tali yang kat badan jenazah putus sebab bahagian aurat arwah semakin mengembang dan berayaq.
Masa nak turunkan arwah dalam liang saya perasan takdak sorang pon kawan yang dekat. Saya tengok ramai kawan2 dok jauh dari arwah. Saya tengok ada yang termuntah.
Takdak sorang pon kawan arwah yang berani datang dekat. Mungkin sebab tak tahan terlampau berbau sampaikan saya sendiri pon rasa benda yang sama. Kot mana pon nak taknak saya kena tahan jugak.
Apa yang saya dapat dari pengalaman saya ni. Allah nak tunjukkan bertapa pentingnya menutup aurat bagi kaum wanita sampaikan arwah dikapankan dengan 8 helai lapisan kain.
Ramai macam mana pon kawan yang kita ada takdak sorang pon yang nak tolong kecuali amal ibadah kita sendiri.
Peringatan saya untuk semua kita tak tau keadaan pengakhiran kita nanti macam mana. Mati tak mengenal usia. Jika kurang menarik jalan cerita yang saya kongsikan ni saya mintak maaf sebab banyak part yang saya terpaksa skip atas sebab taknak mengaibkan.
Semoga apa yang saya sampaikan ni dapat membuka hati para pembaca cenderung lebih kepada menitik beratkan tentang aurat.
Marilah kita sama2 doakan kebahagiaan dan segala amal ibadah arwah diterima disisi Allah SWT.. Semoga arwah ditempatkan dikalangan wanita2 solehah disyurga Allah.. Aaminnnn.
* Cerita di atas telah di copy-paste dari group lain dengan keizinan penulis asal. Penulis juga meminta agar dirahsiakan identiti beliau. Ada banyak pengalaman seram sepanjang menjadi pengurus jenazah, insyaAllah akan di kongsi pada posting yang lain *
– Pengurus Jenazah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit