Pengalaman Menjadi Narsistik

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada warga IIUM Confession sekalian.

Kali ni saya nak kongsikan pengalaman menjadi narsistik dan cara-cara untuk menyembuhkannya.

Narsistik ialah sejenis penyakit kejiwaan yang membuatkan seseorang itu menganggap dialah KIBLAT bagi alam semesta. Penghidap narsistik lebih sensitif dan mudah merasa terancam dengan kehidupannya sendiri.

Ini saya sebut secara ringkas saja ya, diharapkan pembaca boleh hurai sendiri berdasarkan pengalaman masing-masing.

Saya yang pernah menghidap narsistik berasa terseksa walaupun banyak nikmat yang Tuhan beri pada saya. Seriously, memang seksa. Seksa yang tak dapat diungkapkan dan orang tak akan faham.

Lagipun, kalau korang search kat Google memang tak akan jumpa treatment khusus untuk penyakit ini, doktor tak confirm 100%.

Ada itu memang lah ada tapi bukan bersifat mutlak kerana penghidap narsistik pandai memanipulasi dan bangga terhadap penyakitnya itu.

Senang cakap, kalau jumpa doktor, silap-silap doktor itu lari keluar dari pusat psikiatri sebab tak tahan dengan kerenah penghidap NPD ni (narsistik).

Bagi saya yang pernah alami narsistik ini, sangat sangat sangat susah untuk merawatnya. Perlu waktu hampir 20 tahun baru boleh sembuh, saya letak tempoh inipun berdasarkan pengalaman peribadi.

Suka saya ceritakan pengalaman peribadi dalam dunia narsistik, ringkas saja. Saya bangun daripada tidur, fikir nak happy saja dan tak nak dengar/nampak something yang buatkan saya marah, tersentuh atau rendah diri.

Contohnya, bebelan dari ayah saya, bunyi orang pulas motorsikal kuat-kuat sampai saya terkejut, ataupun nampak ketulan najis kecil dalam jamban dan lain-lain lagi. Semua ini berpunca dari sikap saya yang suka fikir perkara yang bukan-bukan.

Dengan kejadian seperti itu, saya jadi sesak atau rimas. Macam orang pulas motorsikal kuat-kuat tu kan, saya bayangkan dalam kejadian tu tiba-tiba mak saya panggil tapi saya tak dengar,

Lepastu saya kena marah sebab panggilannya tak disahut atau mungkin saya dituduh pekak badak kerana tak dengar dengan jelas akan arahannya.

Bila saya bayang mcm ni, hati saya tengah menyumpah orang yang pulas motorsikal kuat-kuat supaya ditimpa kemalangan kerana nak membuli saya atau nak aniaya saya setiap masa.

Walaupun tak ada apa-apa pun yang berlaku dalam kehidupan saya, tetap akan saya cipta satu masalah yang boleh buatkan saya puas hati.

Cari pasal, cari penyakit, cipta hal-hal yang bersifat negatif ini makanan saya setiap hari selama menghidap penyakit narsistik.

Kalau korang baca kat Google tentang narsistik, semua yang disenaraikan di situ ada pada saya.

Mula-mula saya baca, saya tersengih sorang-sorang sebab saya bangga terhadap penyakit ni hingga saya tak peduli sebarang nasihat dari mana-mana pun baik manusia dan malaikat (yang ada dekat manusia membisikkan hal-hal berbentuk kebaikan).

TAPI, ada ubatnya. Saya pegang pada kata-kata ini:

“Tiap-tiap penyakit ada ubatnya kecuali mati.”

Selama saya jadi seorang narsistik, saya fikir yang tak guna saya jadi narsistik walaupun mengharapkan kebahagiaan kerana penghidap narsistik susah merasa bahagia seperti orang buta yang berjalan di tengah kegelapan malam tanpa menggunakan tongkat.

Seorang narsistik boleh dikatakan jahat kerana penghidapnya suka melihat orang lain menderita, susah, patah hati, sekalipun seorang narsistik berpuas hati tetap dia akan berusaha untuk melepaskan emosinya. Pendek kata, GILA tapi bukan gila yang betul-betul tu.

Demi Allah, saya tak tenang dan hati saya tidak lembut kerana penyakit ini. Sampaikan bab menangis, tangisan saya tu berbaur nak tarik perhatian orang saja.

Okay, sekarang mari kita lihat cara-cara merawat narsistik. Caranya ialah dengan MELAWAN. Lawan jer. Kalau tak lawan, susah nak bahagia kerana fitrah manusia ialah menginginkan kebahagiaan dan ketenangan.

Nak lawan macam mana? Bila terlintas penyakit narsistik ni (anggap macam Virus yang sedang merebak) korang tepis.

Selain melawan, korang kena sentiasa berfikir. Dalam melawan tu, korang gunakan akal korang sepenuhnya.

Contoh, korang tak suka kena marah kan? Korang fikir satu tindakan, percakapan, atau apa-apa sahaja yang tak membawa kepada kemarahan orang lain.

Penghidap narsistik akan rasa dirinya paling betul, sekalipun perbuatannya itu tidak salah tapi pantang menerima teguran atau tunjuk ajar.

Contoh, korang masuk rumah orang dah bukak kasut tapi stokin saja belum ditanggalkan then korang ditegur oleh tuan rumah.

Bila korang kena tegur, siapa tak koyak kan? Lagi-lagi kalau itu bukan satu bentuk kesalahan.

Tapi kalau korang gunakan akal sebaik mungkin, korang akan faham mungkin tuan rumah tak selesa, tak boleh hidu bau busuk atau tuan rumah sendiri anggap ia sebagai melanggar adab.

Maksudnya, korang fikir hak orang lain berbanding diri sendiri sebab korang faham yang korang pun nanti akan terima tetamu dan tak nak tetamu langgar adab-adab yang korang dah letak.

Korang pun tahu memang semua manusia tak suka ditegur tapi not totally negative disebalik teguran itu. Nak tak nak, korang kena telan juga.

Selain berfikir, korang kena ada sikap bersama. Korang nak ada ramai kawan, kawan baik yang setia sampai mati, keluarga yang best, masyarakat yang hidup makmur maka korang tak boleh conquer sorang-sorang.

Kalau korang conquer sorang-sorang disebabkan sifat narsistik yang ada, how about orang lain secara tiba-tiba ubah perangai? Tentu kita tak suka.

Bila tak suka, masa tu lah korang akan cari pasal. Bila orang dah belah dari hidup kita, masa tu lah korang akan gali kesalahan orang lain.

Sampai bila nak habis kan? Jadi, korang kena letak dalam hati bahawa bahagia di dunia ini perlu dikongsi bersama. Baru aman hidup.

Masuk akal tak, kalau semua orang sambut birthday korang tapi korang rasa lebih layak, berhak atau sepatutnya diberi layanan istimewa berbanding orang lain padahal yang datang sambut tu nak happy dengan kita juga?

Kalau korang rasa yang korang jer lebih PATUT daripada orang lain, bererti korang dah serap habis nilai-nilai positif dari orang lain dan yang tersisa hanya nilai-nilai negatif jer.

Bila dah timbul nilai negatif dari diri orang lain terhadap korang, mulalah korang rasa tak suka lepastu jadilah Joker yang tak bertauliah.

Pendek kata, SEMUA ORANG BOLEH MERASA BAHAGIA DENGAN KITA.

Kesimpulannya, korang nak hapuskan narsistik diri perlukan tiga cara:

1. Mujahadah (berjuang menundukkan nafsu jahat)

2. Memanfaatkan akal

3. Bersama

Alhamdulillah, saya dah sembuh dari sifat narsistik ini dengan mengamalkan ketiga-tiga cara tersebut. Semoga berjaya ya.

Bye.

– Abdullah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *