Assalamualaikum.. Saya baru saja terbaca pengalaman pospartum depression di page ni, (https://iiumc.com/post-partum-depression-pengalaman-aku/). Dan rasa terpanggil untuk luahkan pengalaman sendiri.. Saya cumalah seorang suri rumah.
Sewaktu melahirkan anak kedua, saya dah pesan pada suami, tolong jaga emosi saya, kerana sewaktu melahirkan anak pertama, emosi saya sangat tidak terjaga.. Saya dah minta untuk berpantang sendiri, sebab sebelum ni saya berpantang di rumah mertua, dan saya tidak rasa selesa.
Sebabnya, ada ipar lelaki yang lain duduk sekali di rumah tersebut.. Saya kena pakai tudung, bilik air pulak di luar bilik, jadi saya kena bertudung sepanjang masa..
Saya pula sejenis badan yang panas sepanjang masa, bukan demam tapi badan sentiasa panas, kalau bertudung buat saya jadi rimas.
Tapi suami tetap mahu saya berpantang di rumah ibunya, dia pulak akan berulang dari negeri sebelah yang jauh perjalanan lebih kurang 5 jam pada hujung minggu.. Maksudnya 5 hari saya akan duduk sendiri dengan anak2 di rumah mertua.
Ibu mertua baik saja, saya anggap macam ibu sendiri sebab ibu kandung saya dah meninggal dunia dari saya remaja lagi, jadi saya fikir mahu menumpang kasih.. Saya dah ada ibu tiri, tapi suami saya minta berpantang di rumah ibunya saja.
Saya mulanya tak setuju, saya mahu berpantang di rumah sendiri, sebab saya akan lebih selesa, pada saya suamilah yang sepatutnya menjaga saya, tapi suami memang tak mahu dan saya tak tahulah apa alasannya.
Jadi setelah melahirkan, saya pun berpantanglah di rumah mertua.. Ayah mertua sudah meninggal dunia, cuma ada ibu mertua, kakak ipar dan suami serta anak mereka.
Keadaan mula menjadi sukar bila anak pertama yg baru berusia 2 tahun, suka keluar masuk bilik dan tak tutup pintu..
Bilik saya berhadapan ruang tamu, jadi tempat orang lalu lalang.. Dan saya rimas kerana keadaan saya yang menyusu, tak menutup aurat dan tak bertudung, saya jadi penat kena asyik bangun menutup pintu.
Bukan sekali tapi berkali2.. Mood mula tak stabil.. Apatah lagi ber tshirt dan berkain batik, nak keluar bilik kena pula pakai cardigan dan bertudung untuk ke bilik air, saya mula tertekan.
Dan suami pula, tak bertanya keadaan saya, tapi berkali2 menyebut, kesiannya ke ibunya, penat kena buat macam2 untuk saya..
Saya sangat kecil hati, ya tuhan suami saya ni tak faham ke bukan saya yang minta untuk duduk di sini, dia yang suruh, dan ayatnya pula seolah2 menyalahkan saya menyusahkan ibu mertua.. Saya sangat2 kecil hati, dicampur dengan penat ada dua anak yang perlu dilayan..
Hujung minggu, seperti biasa suami balik ke rumah ibunya.. Sampai saja di rumah, ibunya dah siap minta suami buat macam2, basuh baju baby dll, suami saya pun penat juga sebab balik kerja terus drive 5 jam, sampai di rumah diminta buat macam2..
Jadi suami tak sempat nak duduk dengan saya lama2, tak sempat nak bertanya keadaan saya atau berbual2 dengan saya..
Saya sangat terkilan, sebab saya dah penat seminggu, suami pulak jenis susah nak call kalau duduk jauh, jadi bila dia balik tu lah masa untuk saya meluah perasaan.. Tapi bila dia terlalu sibuk dengan urusan lain, saya rasa diabaikan.
Kemuncaknya, bila saya minta dia tolong pasangkan barut di badan saya, sebab jenis barut bertali.. Silap saya tak pakai saja barut berzip biasa. Suami pula tengah sibuk nak keluar, saya dah lupa ke mana tapi rasanya ke masjid..
Saya terkilan juga, dalam pada saya tengah berpantang, dengan baby dan anak seorang lagi, dia sibuk pula mahu keluar.
Waktu dipakaikan barut, saya cuba2 lah bergurau, ya saya inginkan perhatian dia, saya masih lagi keadaan emosi tak stabil dan penat, tapi suami saya hanya mendengus dan mengatakan saya ni manja..
Dia pulak hanya ada di sini dua hari saja (hujung minggu) saya sedih dia akan meninnggalkan kami lagi.
Ya Allah hati saya sangat tercalar, saya cuma inginkan perhatian, tapi dia bermasam muka dengan saya. Lalu saya tiba2 menangis, dan suara tangisan saya makin kuat.. Rasa sakit sangat perasaan, dilayan sedemikian oleh suami sendiri.
Dan baby pulak mula menangis, saya ambil dan saya cuba serahkan pada suami, saya kata ambillah baby ni, ambil dan peganglah, sebab dalam hati saya ada rasa nak campakkan saja baby ni, saya dah tak nak anak kalau begini layanannya.
Tapi suami berkeras tak mahu ambil, saya jadi makin menggila, kenapa suami saya layan saya begini, saya takut saya cederakan baby ni, kenapa suami tak mahu faham..
Dalam keadaan beremosi, saya ada minta suami lepaskan saya.. Sebab suami sering cederakan emosi saya dan tak pernah nak faham kondisi saya.
Saat tengah bergaduh dengan suami, tiba2 ibu mertua datang, buka pintu bilik dan tinggikan suara pada saya.
Katanya, anaknya itu bila2 saja boleh ceraikan saya, dia marah apa lagi saya dah tak ingat sebab saya dah mula sakit kepala. Kenapa semua nak serang saya ni, saya cuma minta diberi perhatian yang saya tak dapat dari suami!
Lalu, malam tu, saya minta izin suami untuk keluar balik ke rumah ayah saya.. Dalam daerah yang sama. Dalam keadaan menangis tersedu2, saya bawa baby naik kereta.. Saya dah tak tahan lagi, suami hanya diam membisu.
Mungkin dia sendiri terkejut ibunya memarahi saya, dan saya sendiri terkejut kerana saya anggap ibunya macam ibu saya sendiri, dan dalam keadaan berpantang, saya tak sangka seorang ibu boleh melukakan hati saya dengan kata2 sedemikian.. Betapa tidak memahaminya mereka.
Malam itu juga, saya dukung baby saya, drive kereta dalam keadaan baby di dukungan saya. Saya hampir hilang akal. Drive pada malam hari, dalam keadaan berpantang, dengan baby di ribaan.
Separuh jalan, saya berhenti di tepi jalan dan menangis tersedu2.. Suara hati saya berkata, aku ni keluar tanpa izin suami, boleh jadi nusyuz.
Saya menangis lagi sepuas hati.. Saya bukan isteri yang jahat, saya cuma stress dan tertekan. Kenapa suami sendiri tak boleh berikan saya sokongan?
Saya kumpul kekuatan, perlahan2 saya patah balik dan pulang ke rumah mertua. Sampai saja, saya terus masuk ke bilik dan saya tidur kepenatan dengan air mata berlinangan. Saya tak pedulikan apa2 lagi.
Keesokan harinya, saya jadi diam. Saya tak bercakap dengan sesiapa termasuk suami. Saya rasa berada di dunia lain. Kekecewaan ini rasa tak tertanggung.
Saya diam seribu bahasa, berhari2.. Ibu tiri saya datang, dia bercakap dan bertanya, namun saya hanya mampu menangis. Tak menceritakan apa2..
Suami ada memujuk, memeluk, tapi rasanya dia tak tahu betapa teruknya kesan kejadian ni pada diri saya..
Setelah dia pulang ke rumah kami, saya ditinggalkan lagi di rumah mertua.. Setiap kali malam tiba, saya rasa ingin menangis tak bersebab.. Saya rasa mungkin itu gangguan kerana saya berada dalam keadaan tak suci..
Dengan ibu mertua, saya juga tetap diamkan diri. Dan saya buat semua kerja rumah, saya basuh baju sendiri, jemur sendiri, uruskan baju baby, mandikan baby,
Pendek kata semua urusan saya buat sendiri, sebab saya dah tak mahu dengar suami sebut dia kesiankan ibunya kerana terpaksa buat semua, sedangkan, bukan saya yang minta untuk berpantang di sini dan menyusahkan ibunya!
Itulah kisah pospartum depression saya, memang akibatnya saya terbawa perasaan sakit hati itu bertahun2, dan hubungan dengan suami pun kejap ok kejap tak ..
Saya mengalami depression jugak, ada terdengar suara2 mintak untuk bunuh diri dan lain2.. Tapi itu mungkin saya ceritakan di confession lain.
Saya rasa trauma dengan keadaan tu, doakan saya dapat lupakan dan kehidupan saya menjadi lebih baik. Sekian kisah hidup saya yang pahit untuk dikenang.
– Hana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit