Assalamualaikum semua, terima kasih admin sekiranya confession ni di-approve.
Saya nak share sikit pengalaman misteri masa saya sekolah rendah dulu. Sekarang umur awal 20-an. Cerita ni tak la seram mana pun, tapi saya masih teringat sampai sekarang.
Cerita ni jadi masa saya ada program kenaikan pangkat kelab beruniform di campsite dekat Perak. Masa tu saya darjah 6. Program tu dalam 5 hari dan libatkan banyak sekolah dari negeri-negeri lain.
Jadi, setiap malam, setiap sekolah kena appoint student bergilir untuk jaga khemah sekolah masing-masing (jadual hirasah) dari pukul 11 malam hingga 6 pagi tak silap.
Setiap kali jaga tu kena ada 2 orang student dan jaga selama sejam. Ada task macam kena baca berapa page Al-Quran dan ada cikgu yang bertugas in case apa-apa emergency.
Jadi ada satu malam tu, rasanya malam ke-2, saya dengan kawan saya kena bertugas untuk jaga rotation second last, tak silap pukul 4-5 pagi camtu. Kami pun buat task masing-masing dan habis awal.
Jadi saya pun ajak kawan saya nak pergi mandi siap-siap sebab kami semua selalu mandi awal sebab tak nak berebut toilet dengan student lain sebab ramai.
Kawan saya pun setuju dan saya kejut dan inform kawan turn lepas saya yang kami dua nak pergi mandi kejap.
Masa kami on the way nak ke toilet tu, saya perasan yang tak ada orang lain yang jaga khemah masing-masing. Lepas tu kawasan perhimpunan tu pun kosong, langsung tak ada cikgu atau student.
Waktu tu kami dua pelik la kan, kenapa tak ada langsung orang berjaga. Tapi kami pergi ja toilet tu.
Toilet tu susunan dia memanjang dan dinding antara toilet tu tak sambung ke atas siling, maksudnya kira kalau panjat sikit boleh nampak toilet sebelah.
Jadi saya dengan kawan saya mandi toilet sebelah-sebelah sebab kami share sabun, senang nak pass dekat tembok haha. Lepas tu kami pun mandi cam biasa.
Masa kami dua mandi tu senyap ja, tak sembang apa-apa. Cuma saya tak tahu kenapa waktu tu, saya start rasa meremang semacam.
Saya macam dapat rasa something tengah mengendap dan tenung saya dari tembok toilet sebelah yang kosong.
Saya cuba sedapkan hati jangan fikir pelik-pelik, jadi saya pun tengok tembok tu dan tak ada apa-apa pun. Cuma setiap kali saya alih pandangan dari tembok tu, saya still rasa benda yang sama.
Yang peliknya, saya terbayang macam ada satu makhluk hodoh, berkedut, botak tapi ada rambut sikit terjuntai, mata terbeliak dan dia mengendap tu sampai takat hidung ja.
Berkali-kali saya tengok tembok tu untuk pastikan memang tak ada apa-apa.
Alhamdulillah habis mandi tu tak ada nampak apa-apa pun, cuma saya dengan kawan saya senyap ja on the way balik khemah tu. Tak berani saya nak cerita dekat dia apa yang saya fikir tadi haha.
Jadi lepas beberapa minggu habis program tu, saya baru berani nak cerita dekat kawan saya tentang tu.
Dan yang terkejutnya, kawan saya pun cakap yang dia pun experience benda yang sama, dan description benda tu sebijik macam yang saya cerita.
Masa tu memang meremang la sebab saya ingat imagination saya ja, rupanya dia pun sama jugak.
Tu ja cerita saya. Tak la scary macam cerita seram yang lain haha, cuma saja nak share kenangan tu sebab pelik dan misteri yang saya ingat sampai sekarang.
– Mia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Gollum tu dik
BHAHAHAHAHAHAHAHAH YE AH TUUU