Pengalaman Naik Bas

Helloo. I iz Miss C (C – Clumsy, Careless and Comel, keke). Miss C ni student yang dah nak masuk final year di ibu kota.

Tup tup 4 tahun dah rupanya aku kat Keyel. Ada lagi dalam satu tahun nak habis degree. Aku sajalah nak share sedikit sebanyak experience aku naik bas mostly banyak yang menyedihkan of course. Yelaa PKP ni aku pishangg baru discover IIUM Confession ni.

Sebelum tu, aku mintak maaf kalau penulisan aku tak menarik, bosan ke, salah dari tatabahasa atau etika penulisan bla bla. Aku saja nak share mana tauu boleh jadi pengajaran untuk semua.

Sebelum aku masuk universiti aku tak penah naik pengangkutan awam baik taxi ke, kereta api ke, bas sekolah ke apatah lagi bas ekspress biasa.

Bas pergi lawatan dengan kawan tu ada. Bukan sebab aku berada, takk, tapi sebab aku tak pernah berkesempatan, memang biasanya pergi mana mana dengan parents je. So, time aku dah masuk U ni aku takde pilihan, terpaksa lah naik bas.

Helloo ingat ada ke orang nak layan nak hantar aku pergi KL dahlaa jauhh gilaa haha.

Ye, tempat aku ke KL bukan dekat, kalau naik bas ada la more or less 7,8 jam. Price range ticket bas approximately standard RM 44 (yang biasa beli tiket harga mcm ni tauu la tu aku duk negeri mana).

So pengalaman aku naik bas ni berkisarkan beberapa siri detik kecemasan berserta segala pengalaman pahit masam manis yang aku takkan pernah lupakan, haha.

Aku tak tauu apa masalah bas dengan aku. Aku memang lah takde masalah dengan dia. Sampai tahap aku fobia dan boleh anxious kalau naik bas haha. Kalau buat drama aku dengan Encik Bas, entah berapa episod boleh buat ye. Berikut antara episod aku dengan Mr. Bas Ekspress.

Episod 1: Kena tinggal dengan bas time bulan puasa nak balik raya.

Tengok laa tajuk tuu sedih tak sedih. Aku ingat lagi time ni aku baru mula mula masuk U time puasa, mesti laah excited nak balik raya kan. Time ni aku dengan kakak aku punya laah pabo (read : bodoh) sebab bertolak ke TBS dari tempat kakak aku pukul 8.30 pm, padahal bas pukul 9.00 pm.

Yelah KL kan jammed kalau nak pergi mana mana mana boleh last minute. Sebab masa tu kitorang seronok gi bazaarz pastu melantak tak hingat dunia pastu tak sedar rupanya dah terlambat.

Kitorang naik lah LRT dengan harapan boleh sampai on time. Nak naik grab takut jammed On time lah sangat, pukul 10.10 baru sampai gate. “Bas awak dah bertolak baru tadi” staff TBS cakap dengan garangnya lepas kakak aku tunjuk tiket. Marah kot sebab kitorang lambat. Aku speechless.

And nanges jugak haha sebab ingatkan kena merempat dah kat KL tak dapat beraya kat kampung sobs. Kakak aku pun tanya laa staff tu macam mana nak buat kalau kena tinggal terkontang kanting macam ni.

Aku geram gak laa staff tu macam buat tak tauu je selamba cakap takleh buat apa apa dengan muka masam lemon dia tuu. Yelaa tau la kitorang ni lambattt at least bagi la tauu boleh pergi ke kaunter, check ticket online ke apa. Kakak aku saje je laah tanya mana tauu ada solution terbaik ke kan.

After all, salah kitorang gak hahaha so kitorang pergi la jalan terkedek kedek dengan laju kat kaunter sebab nak beli tiket baru, naseb baikk laa ada. Padahal tiket bas aku susah gila nak dapat kalau last minute. Alhamdulillah ada jugak rezeki kitorang.

Aku punya laa korek laa duit aku dalam purse sebab nak beli tiket baru. Sedeh betoll.

Time tuu kakak aku baru kerja kat KL so kitorang sama sama sesak. Nak bagi tauu parents takottt kena marah haha. Tapi lepas tuu kitorang call mengaku benda sebenar, rupanya tak kena marah pun ciss haha. Risau adalaa kat anak diorang yang careless ni.

Moral of the story: Jangan last minute!

Episod 2 : Touch up confident skills dalam bas

Okay, ke episod kedua pula ye. Ni bukan kena tinggal bas ni kes syok sendiri punya pasal. Kali ni bas dari tempat aku ke TiBiYes. Aku dah tak ingat ni tahun bila tapi aku masih ingat dengan jelas.

Cuti raya dah habis, dengan penuh kesedihan aku packing bag aku semua pastu mak dan adik aku hantar ke stesen bas. Aku dengan muka yang kusam dan muram lagi sugul masuk laa bas tanpa rela hati.

Lupa nak cakap, FYI aku ni hati tisu setiap kali naik bas dari tempat aku ke KL memang mostly ada drama air mata sobs. Aku bagi tiket dekat driver pastu duduk laa dekat atas seat ‘aku’ yang paling depan ni.

Lepas settle down letak bag, aku bye bye dengan mak dengan adik aku dari dalam bas bertemankan air mata hangat yang bergelinangan.

Yelaa sedehh dapat beraya kejap tup tup kena back to reality kat KL sobs. Siap aku amik gambar lagi hokayy mak n adik aku tengah tata and hantar kat group family aku yang ramai tuu.

Okay kita terus ke climax ye apabila tiba tiba ada budak lelaki baya aku masuk ke dalam bas tingkat lepas tu menghampiri aku. Tiba tiba dia cakap nombor seat dia sama dengan seat yang aku tengah duduk.

Heyy aku geram laa dia duk main claim claim so aku dengan penuh gaya dan confident nyaa cakap ehh ni seat saya lahh tengok ticket saya ni.

Haa pastu driver bas datang sebab macam kecoh je kan yelaa aku seat depan mesti lah semua orang perasan. Lepas tu driver tu check tiket kitorang. Confident level aku sebenarnya kurang so aku develop laa confident skills aku time tuu haha.

Aku dengan confidentnya driver tu akan menyalahkan budak mamat tu ke atau kesilapan teknikal pihak bas ke. Tiba tiba! “Sorry, awak yang salah ni. Kalau ikutkan tiket ni, tarikh bas awak esok. Saya pun tak check awal tadi”. Driver tu cakap sambil tengok aku. Alamakkk mampos akuu.

Aku terus check tarikh kat phone pastu baru perasan aku silap tarikh. Tiket aku untuk esok rupanya. Muka aku terus berubah. Malu wehh. Dahla tadi beria confident dengan mamat ni ishhh. Harap harap mamat ni tak jumpa dah aku lepas nii eeeee. Aku pun dah lupa muka dia sebenarnya.

Ceritanya aku yang pabo (read: bodoh) sangat suruh bapak aku beli ticket hari sabtu, tapi aku bagi tarikh hari ahad. Bapak aku cakap la kat kaunter nak beli tiket tarikh yang aku sebut tu. Ko rasa apa jadi? Tak tauu nak cakap malu macam mana sampai rasa nak nanges okayy.

Confident level aku gedebukk jatuh macam buah durian jatuh. Mana laa nak campak muka aku nii. Naseb baik tak ramai lagi orang dalam bas seat tingkat bawah tuu. Maybe sebab ramai yang naik dari bus stop lain kot. Aku terus cakap sorryy banyak kali kat mamat tuu.

Aku tak tengok muka mamat tuu tapi aku rasa confirm dia tengah happy gelakkan aku. Eeeee. Aku kemas bag aku. Lepas tuu dengan sedihnya aku beredar keluar.

Pakcik driver tu pun macam bersalah tengok aku yang muka masam ni pastu sembang kejap dengan aku. Dia cakap kalau aku nak naik boleh je tapi kalau ada kosong la contohnya passenger tak datang ke emergency ke.

Nak pujuk aku la tuu yelaa muka aku dah sikit lagi nak nangis. Aku macam sokayy tengss naik jelaa besokkk. Tak sanggup dah nak menahan malu niii, nak terus balik rumah jee sekarang nii.

Tapiiii. Malunyaaa wehh nak jumpa mak aku balikkk. Naseb baik mak n adik aku tak balik lagi. Mak aku jenis tunggu bas tu beredar pergi baru dia balik. Sweet jugak sebenarnya mak aku ni walaupun agak garang. Tapi lepas aku cerita situasi lepas ni aku nak tarik balik cakap mak aku sweet.

Lepas keluar bas, aku jalan terkedek kedek kat mak aku yang terpinga pinga maybe terfikir apa lagi lah tak kena dengan anak aku ni. Aku dah nak nangis sikit lagi nak tahan sebab malu. Aku cerita lah semua sambil tahan air mata kat mak aku.

Lepas tuu, tau takk mak aku boleh tergelak terbahak bahak macam tak ingat dunia, ditambah lagi secukup rasa dengan adik lelaki aku. Kelakar sangat ke tengok kebodohan anak sendiri hmm, terus air mata betina ku berlinangan di pipi.

Tapi aku sapu cepat cepat taknak kena bahan lagi. Kitorang balik laa rumah dengan hilaian tawa mak aku.

Mak aku cakap nasib baik tuan seat ‘aku’ tu dia naik dekat perhentian bas sama dengan aku, boleh laa halau aku pergi balik rumah. Kalau tuan seat dia dekat next stop, mahu dicampaknya aku kat highway. Hmm sampai hati mak aku.

Haha tapi jahat jugak aku sebab selalu bagi alasan dengan salahkan bapak aku yang salah beli tiket, padahal aku memang partly salah jugak tersilap inform tarikh huhu.

Bila ingat balik, Mashaallah bodohnya memang takleh buat main ye sampai every time mak aku teringat dia akan gelak teruk dan aku akan selalu distract mak aku supaya cepat lupakan.

Kadang kadang tuu tengah sembang dengan family tiba tiba boleh pulak nak throwback kisah aku dengan bas pastu gelak ramai ramai eeee. As usual, aku try tukar topik tapi dia boleh sambung gelak ye.

Ohh tadi kan aku hantar kat group family aku gambar drama tata titi tu kan, ye kat group tuu aku pun kena jugak sobs. Keesokan harinya, lebih sepuluh kali aku check tarikh dan nombor seat ticket supaya tak salah lagi. Aku ada inform housemates aku jugak pasal ni sebab diorang ingat aku balik sabtu tu.

Bila aku dah cerita, sebijik perangai sama dgn mak aku tak habis habis gelakkan aku. Pastu WhatsApp jugak nak ingatkan aku tak silap tengok tarikh and amik seat orang lain lagi. Padahal nak bahan aku je sebenarnya dalam WhatsApp.

Mak aku pun hantar lah aku buat kali keduanya tidak lupa gelak plus bahan berserta nasihat sekali juga.

Yang naik bas time ni aku takde memori pasal ni sebab aku tak ingat aku nangis ke takk masa bye bye, mak aku bagi duit ke tak hmm. Whatever lupakan sebab aku nak move on dengan kebodohan aku.

Moral of the story : Check tiket dulu sebelum pergi ke station bus. Plus jangan confident tak bertempat. Yang lain fikir sendiri laa hehehe.

Sebenarnya banyak lagi episod aku nak citer tapi baru 2 episod aku dah ngantokk malas nak type haha. Ada lagi beberapa episod. Ada yang pendek, ada yang panjang, ada yang boring, ada yang geram kalau nak cerita, ada yang boleh diambil pengajaran. Mostly pasal kena tinggal dalam bas laa.

So, yang pernah kena tinggal bas sekali dua tuu atau tak pernah kena tinggal langsung. Kudos to you! Jangan jadi macam aku. Takpe laa sampai sini dahulu cerita yang tak seberapa dari aku yang careless, clumsy and comel ni. Bye-

– Miss C (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *