Assalamualaikum warga IIUM Confession, untuk suami yang ada orang ketiga tu dah tahu perasaan dari sudut isteri tersakiti. Akak cuma mahu berkongsi pengalaman gelap sahaja dan syukur diberi peluang bertaubat dan amat menyesali perbuatan akak.
Ini perspektif akak yang menjadi orang ketiga sama juga waktu muda dulu ala-ala umur si Amira (21), bersama dengan suami orang berumur 34. Bagi perempuan yang jadi orang ketiga sekarang, lepaskan sahaja si suami orang itu sebelum terlambat.
Sebelum tahap berzina, tolong undur diri. Akak merayu percayalah! Bila kantoi nanti, mereka akan selamatkan diri sendiri tak kesahlah awak hilang dara atau dah mengandung gugur sekalipun demi dia. Akak dah hadapi semua itu dan akhirnya kena tinggal.
Bila kantoi, ingatkan si suami akan berlaku adil dan cuba berusaha menghalalkan. Kalian ingat lelaki ini ada anak ramai/perempuan akan buat dia rasa bersalah rosakkan anak perempuan orang lain? Sebelum ada yang nak kata itu rela sama rela..
Dia tak pernah warning sekali pun yang dia akan lenyapkan diri/tinggalkan akak kelak malah berjanji manis akan bersama sentiasa.
Kalau dia warning awal-awal dan akak masih memberi, itu barulah rela sama rela namanya sebab akak masih memberi walaupun awal lagi dah tahu dia tak akan bertanggungjawab.
Kes yang jadi ini hanyalah penipuan dan manipulasi. Akak dah percayakan dia, si suami yang curang pada isterinya…. Dulu masa umur 21 tahun akak tak fikir panjang couple dengan pak cik 34 tahun…
Masuk umur 25 tahun keatas baru akak sedar…Ya Allah.. Apa akak buat ini.. Perbuatan yang amat merosakkan fizikal mental sendiri dan juga orang lain.
Secara jujur, semasa akak umur awal 20-an, walaupun ketika itu akak rasa akak dah cukup matang, hakikatnya akak masih susah nak kata tidak pada orang.
Bila sukakan lelaki pasti berfikiran mahu buktikan yang akak sanggup buat apa sahaja, bak orang kata unconditional love, walaupun ianya menyakiti diri akak sendiri.
Akak amat menyesal dan kalau boleh patah balik, akak nak merayu kat diri akak yang muda akal pendek itu supaya berhenti harap pada suami orang, hormat diri sendiri dan keluarga dia. Si Amira tu, selagi tak berpegangan atau zina please lari!
Anytime sahaja suami orang itu yang awak nampak macam right person wrong time akan hancurkan hidup awak. Tutup telinga jangan dengar apa dia cakap!!
Akak sendiri pun dapat juga ayat-ayat bunga yang dia akan berusaha halalkan akak dan dia tak akan tinggalkan akak walau apa jua.
Akak dah sampai tahap naik gila tunggu bila dia nak jujur kat isteri dia dan halalkan akak? Bila tinggalkan dia nanti mula lah keluar ayat drama macam dia adalah cinta sejati.
“Kalau sayang betul-betul cintakan abang, sayang akan tunggu abang sebab itulah cinta yang sebenar”, ayat yang dia guna untuk buat fikiran akak celaru. Tak! Kalau benar-benar cinta, cepatlah halalkan akak!
Untuk perempuan yang berada diposisi Amira.. Akak merayu sangat jangan jadi macam akak.. Stop sebelum terlambat!
Jangan sampai dah kena tinggal lepas zina, baru nak menyesal. Kalian masih muda ada berlambak lelaki bujang ikhlas yang nak pada kalian dan akan jadikan kalian priority.
Akak tahu suami orang itu akan berusaha seratus kali duduk mesej tanya khabar nak jadi bahu kalian kalau ada masalah. Akak ini bersama lelaki itu hampir 2 tahun tahu tak dan akhirnya, akak tak dapat apa. KOSONG! Usaha dan kesabaran akak menunggu untuk apa?
Tak ada apa-apa. Hanya dia sahaja yang dapat nikmat gunakan badan akak tanpa perlu commit. Akak bazirkan masa berharap pada lelaki itu, rasa bersalah pada isterinya dan menunggu hari yang tak akan tiba.
Tolong adik-adik, ini pengalaman akak hadapi sendiri dan kesan dia pada diri akak amat besar.
Tak payah fikir lelaki awak tu berbeza sebab semua lelaki yang curang memang tak akan bertanggungjawab dan selfish. Tahu kenapa selalu suami curang dengan perempuan muda? Sebab lagi besar jarak umur, lagi senang nak manipulasi dan control.
Akak dulu pun pandang dia sebagai lelaki dewasa yang tahu apa dia buat dan akak hanya mengikut. Saya sayang isteri saya tapi saya juga sayangkan Amira. Awak tahu tak siapa yang dia sayang? Diri dia sendiri.
Ada dia kesah awak makan hati asyik menunggu dia nak halalkan awak, pegang sana sini dan akhirnya lenyap lepas kantoi macam awak bukan manusia.
Ada dia kesah isteri dia dirumah jaga anak dan makan hati lepas tahu dicurangi. Apa dia kesah? Dia kesah pasal diri dia!
Dia nak kestabilan di rumah dan excitement cinta dengan budak muda. Bila kantoi, dia akan berusaha nak selamatkan anak dan harta dia pula.
Dia akan pilih jalan yang beri paling sedikittttt consequences pada diri dia dahulu sebelum dia fikir orang lain (atau tak fikir langsung pun).
Okay tutup cerita itu… Alhamdullilah Allah selamatkan akak dari terus menerus berharap suami orang itu bertanggungjawab. Kalau 10 tahun tak kantoi, agaknya masih lagi ditipu suruh tunggu dia sambil bermaksiat memuji akak lah perempuan yang paling dia sayang.
Harap sekarang dia berubah dan tak rosakkan perempuan muda lain pula sebab perangai dia, rosakkan orang+ larikan diri alasan kantoi = tanggungjawab dari orang luar settle.
Akak menyesal sebab tak fikir mendalam dahulu termakan dengan pujian, bermatian membuktikan cinta akak untuk “cheater”.
Selepas dia lenyap… Akak memang patah hati sebab akak hilang segalanya. Akak tak ada bahu untuk meluah dan masa itu akak rasa lonely sangat. Umur 23 tahun masa kawan-kawan achieve itu ini, hati akak kosong setiap hari nak bunuh diri.
Akak dah tak ada dara dan akak terpaksa tengok orang yang ambil dara akak macam stranger/musuh. Rupanya.. Bukan budak muda sahaja jenis lepas tangan tapi ayah yang ada anak perempuan pun jenis lepas tangan…
Secara jujurnya, selepas dia lenyap tu, akak masih lagi cintakan dia 100% tetapi akak bermatian tahan diri sebab nak hormat kat isteri dia.
Akak nak sangat mempertahankan maruah akak tapi dia dah buat pilihan untuk buat bodoh, jadi tak perlulah awak nak text karangan panjang berharap dia akan bersimpati..
Bila umur dah 27 tahun sekarang, akak semakin redha dan bersyukur sangat dijauhkan dari dia yang dahulu akak duduk merayu menangis suruh dipertanggungjawabkan.
Ikutkan pengalaman akak..Kalau orang lain nak tahu apa rasanya jadi orang ketiga dan untuk perempuan ketiga, ini apa yang anda perlu tahu:
1. Anda tak akan jadi orang pertama diutamakan. Bukan juga orang kedua kalau dia ada anak. Anda akan jadi orang paling terakhir bawah sekali.
2. Anda akan berbelanja duit, masa dan tenaga kepada suami orang itu macam dia adalah kekasih sebenar anda, tetapi untuk satu dunia ini, anda itu perempuan single.
Orang akan pelik kenapa anda elak bergaul dengan teman lelaki sebab dia akan marah jika anda rapat dengan lelaki lain.
Kalau kawan anda tanya dah ada boyfriend ke asyik menyendiri? Tak, anda tak ada boyfriend dan anda akan sentiasa berkurung dalam bilik nak oncall dengan dia.
3. Anda lihat kawan-kawan bersukaria pergi sana sini diutamakan partner masing-masing. Anda pula sentiasa keseorangan waktu cuti, waktu birthday atau bila anda perlukan dia, belum tentu dia boleh angkat telefon untuk jawab.
Hadiah hari jadi yang anda dapat itu sangatlah berbeza dari apa yang isterinya dapat. Ianya hanyalah saguhati untuk pastikan anda kekal dalam hidup dia.
4. Isteri dia keluar bercuti dengan suaminya,dan mereka saling post di media social menunjukkan kebahagian. Mereka yang akan pergi majlis keluarga bersantai.
Anda duduk di rumah sahaja berharap anda juga boleh post seperti itu tetapi dia tak boleh bawa anda bercuti pun.
Check in sehari di hotel itu buat anda rasa lebih dipergunakan.
5. Dia akan menangis terharu melompat jika isterinya mengandung. Dia bangga dengan anak-anak dia kepada anda. Anda mengandung?
Sila gugurkan dengan kadar segera sebab anak anda tak layak hidup.
6. Anda berkasih sayang dengan lelaki yang tak hormat anda. Anda itu rahsia dia, tak lebih dari itu. Dia ada keluarga, kawan dan kenalan yang tak akan terima anda.
7. Kalau ada apa-apa terjadi, dia tidak akan menyebelahi anda. Dia juga akan salahkan anda untuk semua kesan negatif yang dia kena hadap sebab pilihan dia sendiri.
Semuanya salah anda dan dia akan buktikan dengan hilangkan diri menunjukkan anda itu yang toxic pemusnah keluarga.
8. Betapa banyak anda korban untuk dia, dia tak akan berpoligami sebab takut masa hadapan dia jadi kucar kacir. Walaupun anda dah kehilangan maruah anda untuk dia.
Dia tak mahu risiko dan tinggalkan kestabilan yang dia ada di rumah dan apa yang dia dah kerjakan (anak, rumah, kereta). Poligami itu tak wujud untuk lelaki seperti ini.
9. Bersedialah untuk rasa kesunyian yang melampau. Anda boleh jumpa dan cakap dengan dia bila dia pasti dia tak akan kantoi sahaja. Bila dia balik rumah bermesra dengan isteri pula, anda akan ditinggalkan keseorangan dengan fikiran negatif risau ditinggalkan.
10. Anda tak akan pernah rasa mencukupi. Bila anda dalam relationship seperti ini, anda akan mula hilang harga diri dan mempersoal diri anda sebab dia akan tunjukkan, anda ini tak lah berharga mana.
Anda rasa anda tak layak untuk dapat kasih sayang sebagaimana orang lain dapat. Anda akan jeles dengan kawan-kawan yang plan masa hadapan dengan partner. Anda hanya menanti bila dia nak jujur pada isteri. Akhirnya, dia hilangkan diri lepas kantoi.
11. Anda terpaksa terima yang dia juga bermesra bersama isterinya dan anda tak boleh berkata apa. Anda berdoa setiap hari dia cepat menghalalkan anda kerana jika anda menolak ajakan dia, dia terasa hati dan mengugut untuk tinggalkan anda.
Dia juga akan terlebih dahulu beritahu anda tiada siapa mahukan perempuan seperti anda dan hanya dia sahaja akan terima anda membuatkan hati anda gelisah.
12. Anda makin tak kenal diri anda. Perasaan anda akan jadi kucar kacir bila dia tak jawab text anda, tak ada masa untuk anda atau perlu batalkan plan sebab isteri dia mahu dia di rumah.
Berlainan dengan hidupnya yang berjalan seperti biasa dengan keluarga yang makin berkembang, hidup anda pula seolah berhenti dan tersekat dalam waktu yang sama menunggu dia.
13. Anda akan ditinggalkan secara mengejut sewaktu anda masih lagi mencintai dia 100% dan anda tidak akan diberi peluang langsung untuk menjelaskan diri anda atau mendapatkan closure yang betul. Dia akan putuskan semua contact dan anda terus menjadi orang asing.
14. Anda akan develop PTSD trauma melampau( selalu yang sampai tahap berzina), low self-esteem, trust issue dan abandonment issue. 6 tahun dah berlalu dan kesakitan ini masih menghantui.
Berbaloikah ini semua?? Jadi orang ketiga ini tak hidup dalam mimpi indah pun dan sentiasa makan hati semasa couple dan selepas ditinggalkan lagi dapat trauma. Si suami sahaja yang ada dalam mimpi indah sebab dia dapat best of both worlds. Kalau dapat, dia enjoy.
Bila susah, dia tinggal. Bodoh memang bodoh tapi hakikatnya, akak memang struggle tak tahu apa nak buat dahulu sebab dah sayang melampau. Bila dah sampai tahap berzina paling rosak mental, kalian akan lebih melekat dan takut ditinggalkan.
Kalian boleh cakap apa yang kalian mahu, tetapi hanya mereka yang pernah berada di posisi ini sahaja tahu betapa sukarnya ujian ini…
Isteri dia pun terima dia balik dan selepas itu, akak tak tahu apa jadi sebab akak keraskan hati tak masuk campur dah.
Curang satu hal, tak nak bertanggungjawab pula tu lepas dah mainkan anak orang. Akak doakan isterinya kuat hati besi masuk syurga tak perlu hisab. Kecewa sangat dengan diri sendiri.
Jadi adik-adik seperti si Amira… Berhenti sebelum terlambat. Taubat dan minta pertolongan tuhan. Jangan jauhkan diri dari kawan dan keluarga. Jangan tanam dalam otak yang perkara macam ini jadi pada orang lain sahaja dan tak akan jadi pada diri sendiri.
Lelaki yang curang pada isteri sendiri itu adalah lelaki yang bahaya dan memanipulasi. Bayangkan isterinya yang rapat pun tertipu, apatah lagi anda orang luar yang baru nak kenal. Akak dah ada pengalaman trauma ini dan akak tahu sangat apa dalam fikirian celaru kalian.
Percayalah, akhirnya orang ketiga ini tak akan menang apa dan hilang segalanya. Bila suruh pilih nak isteri atau perempuan ketiga? Dua-dua dia nak, dua-dua dia sayang sama rata. Bila dah terpaksa? Anda rasa lelaki ini pilih siapa? Diri dia sendiri.
– Pendosa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit