Assalamualikum , terima kasih kepada admin . Kami dari sebuah sekolah di daerah johor bahru buat perkhemahan di Melaka . Biasalah ada yang suka nak pergi ada yang tak ada yang dah survey tempat tu.
Kiranya ni perkhemahan ni untuk kami hilangkan stress selepas exam. Kawan-kawan dah sibuk bercerita pasal pengalaman night walk . Semestinya ada yang takutkan. Tapi sedaya upaya taknak negative thinking .
Kitaorang semua ada 40 orang . Sebelum pergi memang terasa tak sedap hati semua . Tapi pesan mak Ayah tu cuma mainan perasaan . Datang sekolah kawan pun cakap benda sama . Sama sama muhasabah diri jalan jauh positive .
Hari yang dinantikan bila sampai dekat melaka. Jalan perkampungan . Jalan nak masuk tu hutan dan ada tasik tempat biasa orang dekat situ memancing.
Petang tu aktiviti lasak . Malam tu ice breaking . Owner dkt situ yang handle kita orang very humble . Fasi dekat situ pun ok. Mulanya ice breaking kitaorang dibahagiakan kumpulan semuanya ada 4 kumpulan .
Memasing diberikan tugas cipta tagline kami sendiri . Aku ialah kumpulan 1 di mana tagline kami adalah “zombie” . Kumpulan lain pun boleh tahan nama kumpulan semuanya berasaskan hantu.
Bila kami diberikan tugasan untuk cipta tagline . Masatu kumpul 1 dengan 3 dekat dataran . Dataran dengan anjung tak jauh pun. Masa abang fasi dah panggil untuk kembali dekat anjung .
Aku baru nak naik tangga tetiba dengar orang mengilai? Betapa luluhnya dengar. Sebab aku ada buka satu video dekat twitter yang mak dia tengah mengajar anak dia tetiba anak dia tanya apatu bila buka balik video tu baru dia tahu .
Sebiji suara tu. Abang fasi dekat situ macam dah biasa . Ada abang fasi dua orang tengok saya lain macam dah . Pastu dia kata buat tak tahu je jangan tegur.
Suara tu mendayu dayu lepastu kuat . Dalam hati dah Allahuakbar apa yang aku dengar ni. Sejak ni aku diam je sepanjang ice breaking. Aku tenangkan diri selawat bebanyak.
Dalam pukul 11 , kitaorang dah kena getr ready untuk sesi night walk dalam hutan tebal tu . Tapi sebelum tu dah bagi taklimat oleh owner tu. Dan owner tu siap pesan ” ada satu tempat ni bahaya ”
semua dah kalut siap tanya dekat mana cuma beliau bagitahu ” awak semua akan tahu ” . Ada sikitlah cuak gila. Kitorang dah get ready , no touch light. Sebelum jalan tu kitaorang baca doa pendinding diri.
Dah berjalan gerak masuk hutan. Suasana gelap cuma bercahayakan bulan . Kitorang ikut abang fasi tu. Lepastu sampai dekat satu tempat track untuk night walk
Budak lelaki dilepaskan dulu jalan seorang demi seorang. Tu pun selang 10 /5 minit macam tu . Dahlah gelap kitorang yang perempuan ni dah dedor. Kiri kanan hutan .
Duduk atas batu lepastu nak hilangkan dedor ni kitaorang cerita pasal sekolah.Tiba giliran pelajar perempuan.. Seorang demi seorang lepas dah.
Bila kawan baik aku dah lepas aku pun pergilah sebab dah berjanji kita jumpa tengah jalan end up mana ada . Dengan suasana senyap gila . Bercahaya bulan je .
Memang ada perasan lah orang memerhati , berdiri sebelah . Kitorang kena ikut tali kalau terlepas tali hm. Ikut je tali jangan lepas agak agak terpesong lekas lekas cari balik.
Sebenarnya night walk ni di adakan untuk kita terus muhasabah diri jalan sesorang semua. Tapi apa yang kitorang fikir ialan nak keluar dari situ .sepanjang jalan sebelum unggun api banyak sangat hamba Allah tapi sebab kita anggap dia fasi saja nak menakutkan buat tak ada apa je.
Bila dah nampak unggun api , boleh pulak aku nak patah balik tiga tapak ke belakang . Sebab ku sangkakan bukan hamba Allah . Pastu nampakk macam abang fasi terus tanya manusia ke hahaha
Pastu berbual kejap tanya jalan dia suruh cari tali banyak kali aku tanya mana tali sebab tak nampak rupanya jalan depan sikit tali ada.
Part ni syok sebab giliran cikgu cikgu dengan fasi kerjakan kitorang. Ada yang duduklah ada yang dari jauh kejar . Tapi alhamdulillah aku berjaya harunginya walaupun tak menjerit tapi subhanaAllah .
Pastu abang fasi sorang tu suluh maknya dah tamat night walk aku tapi tidakk. Kitorang dikejutkan suara tapi bukan arah yang fasi kitorang kerjakan bebudak lain dari arah kitaorang nak keluar.
Kawasan tu gelap gila . Tadi tak segelap ni. Lintang pukang lari cari siapa menjerit lepastu abang fasi aku macam naruto dah laju gila berpandukan lampu aku dapat cari abang fasi tu.
Dan aku tak sangka aku jumpa kawan baik aku seinci je dah nak masuk hutan tebal tu balik. Dapat bayangkan tak? Dia tersangkut dengan kayu dekat tebing lepastu kiri kanan ada buluh .
Dia dah menangis . Aku terus terdiam kaku kejap. Abang fasi tu tenangkan semua dah nampak muka aku dengan kawan baik aku dah lain .
10 minit macam tu abang fasi suruh aku balik sebab ikutkan aku bawa je kawan baik aku tu tadi balik sama ke kem tapi dia masih lemah lagi . Bersyukur sebab aku nampak kawan aku dua orang terus cakap nak balik dengan dia.
Sepanjang perjalanan balik tu jalan gelap kitorang hanya berpandukan lampu jalan yang ada 2 sebenarnya ada 1 je . Jalan pun tak tegak ke sana sini . Kawan aku sorang tu dah luka dah tangan dia sebab jatuh tebing unggun api.
Ada pokok duri tengah jalan siapa tak nampak takut je terkena . Tu pun ni kawan aku si A dia tepis pakai tangan tu yang makin bertambah luka tangan.
Sampai je pintu masuk semua kecoh sebab tanya siapa jerit semua.
Sejak kes tu kawan aku masuk khemah jadi pendiam je sampai kesudah dia diam trauma lagi tidur pun ngigau
Hari terakhir aku saja saja nak tanya abang fasi berapa ramai jaga tempat tu . Dia kata cuma 4 orang je termasuk yang dekat unggun api tu . Tapi apa yang kitorang nampak bukan 4 tapi lebih ?
Macam mana tu? Haahhaa . Lepastu tanya itu ke tempat yang kawan baik saya hilang dan abang fasi tu kata iya pastu dia cerita yang sebenarnya banyak sepanjang korang night walk tu
Masa dalam bas nak balik semua buka cerita memasing . Sebab tempat orang tak boleh cerita takut ada yang lemah semangat . Apa yang aku dengar orang mengilai tu si F ni dia nampak sesuatu dekat khemah tempat budak lelaki patutlah hm .
Macam macam diorang cerita pengalaman night walk malam haritu. Kawan baik aku yang kena tu masih trauma lagi sampai sekarang .
Jadi bila dah ada pengalaman yang banyak mengajar erti hidup , inshaAllah tawakal , selawat , doa itu penting . Amalkan doa pendinding diri dan ayat kursi .
Salam Ikhlas
– Sya
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit