Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kalau siarkan confession saya.
I don’t know how to start, but let me tell you a story. Aku bersalin anak sulung pada umur yang sangat muda. 20 tahun. Pada ketika itu, suami aku jauh di sisi aku. Suami aku pulang ke Mesir untuk meneruskan pengajian sem seterusnya.
Dipendekkan cerita, aku duduk dalam labour room lama sangat. Aku mula masuk labour room pukul 7.30 pagi. Ditemani mama & seorang staff nurse yang sangat baik. Sampai pukul 2 petang, dah habis shift nurse tersebut. Bertukar nurse yang baru.
Di sinilah bermula pengalaman pahit aku. Kebetulan masa tu mama aku keluar untuk solat.
Pada waktu kemuncak contraction, rasa sakit sangat². Tambahan pula, ini pengalaman pertama aku, anak sulung. Jadi, emosi aku pada ketika itu sangatlah tidak stabil.
Aku meracau² panggil nama suami aku. Walaupun suami aku ada di Mesir ketika itu.
Tahu tak, nurse yang baru tukar shift ni marah² aku, cakap kasar², suruh diam.
Then, ada beberapa doktor masuk bilik aku, mereka berkata begini :
” Eh dia ni kenapa eh meracau-racau macam orang tak dak iman ”
” Eh dia ni takdak suami ke? Mengandung anak luar nikah eh ”
Bayangkan apa yang aku rasakan ketika itu. Sungguh pedih & teramat sakit hati ini.
Dahla contraction berjam-jam, sakit diseluk berulang kali , badan dah rasa sangat lemah, tak berdaya nak balas kata² mereka.
Benda yang aku nak tekankan kat sini adalah,
Mereka menyakiti emosi aku.
Mereka lemparkan tuduhan yang tidak berasas. Dituduh mengandung anak luar nikah itu adalah tuduhan yang sangat berat. Bermakna mereka menuduh aku berzina. Sedangkan aku mempunyai suami. Sungguh berdosa mereka melemparkan tuduhan sebegitu.
Ditambah kesakitan contraction yang teramat, emosi disakiti lagi.
Boleh bayangkan tak apa yang aku rasa?
Mereka boleh saja baca segala maklumat & history pasal aku dalam buku pink di sebelah katil, kenapa memilih untuk berkata-kata tanpa usul periksa?
Tak habis cerita di situ saja, bila dah duduk dalam labour room lebih 8 jam, tapi bukaan tak sampai 10cm, jantung baby pula semakin lemah, terpaksa ditolak ke bilik pembedahan untuk emergency C-section.
Sebelum tu kena sign borang persetujuan. Mereka terangkan blablabla lepas tu suruh sign segera. Aku ambil lah kertas & pen , tapi aku nak baca dulu , terus kena tengking :
” Eh cepatlah sign , jangan buang masa aku lah! Banyak lagi kerja aku ”
Terketar-ketar tangan aku ni. Menggigil. Dah la masa tu contraction masih sedang berlaku.
*****
Double standart. Memilih kedudukan & pangkat. Kalau pesakit background SPM , background dari kampung, dilayan macam sampah.
Tolonglah, kalau nak jadi doktor, jadi doktor yang berakhlak, yang mempunyai empati yang tinggi, yang support keperluan emosi pesakit, yang berkata yang baik-baik.
No wonder lah ramai doktor pelatih tak tahan dengan doktor² senior. Sumpah seranah , caci maki dah sebati dalam environment tempat kerja mereka? Sayanglah pekerjaan yang mulia tidak disulami dengan akhlak yang mulia.
Jangan ditanya kenapa ada ibu yang lebih rela bersalin di rumah berbanding hospital. Staff KKM seluruhnya muhasabahlah semula perkhidmatan anda. Mungkin kebanyakan ibu-ibu yang takut untuk ke hospital ini trauma dengan layanan buruk pada pengalaman yang lalu. Mereka perlukan bantuan emosi. Jangan dikecam saja mereka. Jangan asyik nak menyalahkan pesakit & rasa pihak hospital ini sentiasa betul. Muhasabahlah.
Disclaimer : aku tak pernah serik bersalin di hospital kerana percayakan kepakaran mereka. Buktinya anak kedua aku juga bersalin di hospital kerajaan, cuma hospital yang berbeza. Alhamdulillah pengalaman bersalin anak kedua dipertemukan dengan nurse² dan doktor yang baik. Orang yang baik itu sentiasa ada.
– Puan X
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit