Pengalaman Pahit Dengan Kawan

Hai semua. Nama saya Fida. Berusia 24 tahun. Kisah saya ni berlaku semasa saya pulang ke kampung saya di utara tanah air. Kisah ini berlaku sewaktu saya menumpang kereta rakan saya, Shikin dan tunangnya.

Mulanya saya nak pulang ke kampung menaiki bas sahaja. Tapi Shikin mengajak saya menumpangnya sebab kampung kami memang kampung yang sama.

Saya dah kenal Shikin dari sekolah rendah. Dan kami masuk universiti pun universiti yang sama. Course je berbeza.

Perjalanan waktu tu malam. Lalu jalan lama. Saya duduk dibelakang. Shikin di depan dan tunangnya memandu.

Tiba-tiba, saya terdengar tunang Shikin cakap dengan Shikin, awak, saya tak tahan nak kencing ni. Shikin gelak kecil. Lepas tu Shikin cakap, awak berhenti jela dekat tepi jalan ni. Awak kan lelaki. Boleh kencing berdiri.

Tunang Shikin pun berhentikan kereta dibawah lampu jalan. Saya fikir, dia akan kencing dekat semak-semak jauh sikit dari kereta.

Tidak ya, dia kencing betul-betul tepi kereta. Mengadap belakang. Kira saya berada ditepi tunang Shikin. Dan nampak sangat jelas bebird tunang Shikin tengah memancutkan kencingnya.

Saya menjerit. Hoi. Aku nampak wehh. Shikin gelak kecil sahaja. Seakan dah biasa.

Cerita tak habis disitu, lepas kencing tu, dia teruskan masuk bebird dan zip seluar. Tak cuci. Goyang pun tak. Shikin cakap, mudahkan jadi lelaki. Lepas kencing boleh terus zip seluar.

Saya cakap kat Shikin, tunang kau ni tak malu ke weh. Shikin pulak marah saya. Laa kau nak marah-marah kenapa. Normal la lelaki kencing berdiri tepi jalan.

Saya cakap, normal apa kalau sampai nampak bebird. Shikin gelak kecil sahaja. Macam la kau tak pernah nampak selama ni. Memang la saya pernah nampak. Tapi takdelah sampai nampak sangat jelas.

Pengalaman seterusnya apabila kami berhenti isi minyak. Saya dan Shikin pula ke toilet untuk kencing.

Tapi pada malam tersebut hanya ada satu toilet yang available. Jadi saya cakap kat Shikin, kau kencing la dulu. Aku teman dekat luar. Shikin tarik saya. Dia cakap dia takut. Kau teman aku kat dalam.

Saya pun masuk lah. Tapi saya membelakang kan diri saya. Mengadap pintu. Biarkan Shikin settlekan apa yang patut dulu. Rupanya Shikin bukan sahaja nak kencing, tapi dia nak tukar pad sekali. Saya pun okay je la. Mengadap pintu dan bermain handphone.

Tiba, saya dengar macam ada benda dicampak ke dalam bowl. Ye, Shikin dengan selamba, campak pad dalam bowl dan flush.

Saya tanya Shikin, kenapa tak buang dalam tong sampah. Shikin cakap, nak senang jela, malas nak balut-balut. Cabut, gumpal-gumpal dan campak je. Geleng kepala saya dengan dia. Patutlahh toilet perempuan selalu tersumbat.

Bila turn saya nak kencing, saya suruh dia mengadap pintu macam saya buat tadi. Dia pun mengadap pintu, dan saya pun kencing la. Tengah-tengah kencing tu, boleh pulak dia toleh mengadap saya, tanya kau dah siap ke belum.

Weh, aku kencing pun tak habis lagi. Saya menjerit, Shikin!, jangan la pandang belakang. Aku tak habis kencing lagi. Dia sengih, sorry-sorry dia cakap. Saya tak tahu lah dia nampak ke tak. Tapi memang marah betul saya dia buat macam tu.

Bila masuk kereta, saya whatsapp dia. Saya cakap saya tak suka apa yang dia buat. Saya cakap dekat dia jangan buat macam tu lagi.

Dia reply normal la macam tu kan. Kita pun sama-sama perempuan. Saya cakap, tak normal untuk aku. Dia diam tak reply. Kini, saya dan Shikin tak lagi rapat macam dulu.

Itulah pengalaman pahit saya dengan Shikin. Maafkan saya kalau penulisan huru hara. Tak pandai sangat nak mengarang. Cuma ingin meluahkan sahaja.

– Fida (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *