Assalamualaikum guys! Sekarang ni kalau scroll iium confession, banyak betul confession tentang jodoh. Ada jugak beberapa confession dari doktor. Aku suka baca yang tu. Dan aku tunggu jugak mana mana dentist buat confession tahun ni malangnya belum ada. Yelah sekarang kan banyak isu dentist tiruan, fake braces online segala bagai.
Oleh itu, sambil tunggu para doktor gigi a.k.a dentist buat confession, aku pun nak cerita sikit pasal pengalaman aku pakai braces.
Benda 1st kena buat ialah screening gigi. Diorang akan tanya soalan macam2 dan tengok kes patient tu kritikal ke tak. Lepas tu tangkap gambar gigi aku yang jongang, ukur kejongangan gigi pakai pembaris. Doktor akan bagi gambar dan tanya, rajah gigi mana yang aku rasa sama mcm gigi aku.
Kes aku agak kritikal sebab gigi depan aku jongang 2 belah tapi tahap jongang tak sama. Yg gigi depan kiri paling teruk sebab gigi tu yang paling banyak terkeluar, lepas tu ada patah sikit & warna kusam (sebab aku pernah jatuh). Gigi bawah aku pulak yang taring tu dia mcm rotate ke depan (memang semulajadi tumbuh macam tu & nampak pelik) .
Memula memang aku malas nak buat braces. Aku mcm tak kisah, lantak korang lah nak kutuk pun. Tapi lepas aku kerja part time masa cuti, aku memang kena hina kaw kaw & aku rasa tersangat low esteem so aku pun decide nk betulkn gigi. Sebelum ni ada jugak org buat muka hina dkt aku. Kanak2 pun ada yang takut tgk muka aku tp aku boleh thn lg. But lepas aku kerja part time tu aku jadi tak konfiden langsung.
Waiting list aku setahun slps screening sbb klinik ni sgt rmi org buat braces. Tapi lepas setahun tu, aku masih belum dapat pakai braces. Ikut pada mulut aku, gigi aku kena cabut 4 batang (2 atas & 2 bawah) utk merapatkan gigi gigi aku ( gigi aku besar & jongang) . So aku pun balik rumah semula. Lepas tu pergi klinik kerajaan biasa.
Selang 2-3 hari aku akan cabut gigi yang disuruh oleh doktor pakar braces tu dkt klinik kerajaan biasa. Dah selesai cabut 4 gigi tu, aku baru dapat pasang braces utk gigi bawah shj. Diorang tampal bracket dkt gigi utk hold dawai & ketatkan pakai getah (chain). Paling sakit bila pakai power chain yang rapat2 tu. Sakit & ngilu sangat , so aku makan bubur je utk minggu pertama. Bcakap pun mcm tak betul sangat. Tapi lama2 biasa la. Alah bisa tegal biasa.
Gigi atas aku yang kiri tu problem sbb dah mati. So aku pegi ambil xray gigi tu & pegi semula klinik kerajaan utk buat rawatan akar. Doktor gigi tu mcm gerudi lubang kecik dekat gigi tu & keluarkan tisu yang dah mati. Lepas tu dia bubuh tisu baru. Tak rasa sakit langsung sbb gigi tu akar dah mati. Dah selesai masalah gigi yang tu, then baru buat braces atas. (Utk information, cabut gigi & rawatan akar tu aku buat dkt klinik kerajaan sbb lebih murah. )
Yg korang tengok warna warni dkt braces tu sebenarnya getah. Setiap bulan kena jumpa doktor , dan tukar getah. Kadang2 tukar dawai besi, dari yang nipis pada yang tebal. Dawai tu sebelum gigi merapat, kita akan rasa selesa tp bila gigi dh jadi rapat, dawai akan ada sikit lebihan dekat belakang & menyebabkn tak berapa selesa dekat dalam mulut bahagian belakang.
Kalau minggu tu dawai tak perlu tukar, then doktor akan potong je lebihan hujung tu & selepas itu macam biasa suruh aku pilih warna getah (chain). Biasa aku pilih warna getah yang agak sama dgn warna gigi. Tk berapa suka kaler2 sgt. Biar org tk berapa perasan. Dah pakai braces ni rajin2 lah gosok gigi. Nak floss tak boleh sgt, so aku guna berus gigi kecik utk keluarkan sisa celah braces. Dekat watson ada jual. Aku kadang2 malas nak mkn klu terlupa bawak berus gigi sbb pernah jadi kes memalukan. T_T
Paling seksa bila pakai braces & dapat ulser mulut. Tak tahu nk ckp macammana sakit tu. Doktor ada bagi lilin utk bubuh dkt braces klu rasa mcm tajam , tp asyik cabut je lilin tu dr braces last2 malas pakai hehe. Tahun lepas aku bukak braces & buat retainer. Retainer ni seumur hidup kena pakai klu tak gigi jadi jarang balik. Tak jongang tapi jarang.
Masa nak buat retainer, doktor akan masukkan acuan gigi dan bubuh benda macam tepung beras warna ungu (tak tahu apa nama benda ni) utk dapatkan acuan gigi. Waktu dia tarik keluar acuan bertepung tu ketat jugak sampai dia kena basahkan sikit. Rasa mcm nak tercabut gigi huhu.
Ada kawan2 aku yang excited nak jugak buat braces padahal gigi takde masalah. Tak faham tang mana yang cantik sgt pakai braces. Aku rasa terseksa jgk masa dlm proses pemakaian braces tu, tapi yelah utk gain confident. Cukuplah hinaan orang yang mengajuk ngajuk mulut aku.
Terima kasih sangat pada orang2 yang byk bagi aku semangat & sampai sekarang boleh jadi member aku dari rupa gigi aku teruk sampai dah rata. Yg buat filem halimah jongang tu, aku rasa macam dia patut kena dapat balasan sebab menghina ciptaan Allah. Filem tu menyebabkn lagi ramai orang jongang kena ejek.
Kepada yang suka mengejek paras rupa orang, tolonglah berhenti hina orang tak kiralah jongang ke, juling ke, kulit tak putih ke.. Bersyukur la Allah bagi paras rupa kamu cantik. Kalau Allah nk tarik tu sekejap je, dia boleh bagi kamu kemalangan atau terbakar sampai cacat nauzubillah. Bukan nak mendoakan, tapi peringatan supaya kita semua jaga mulut dari bercakap sesuatu yang menyakitkan hati orang lain.
Kepada yang nak buat braces, klu bawah dari umur 18 tahun percuma dkt klinik kerajaan tp waiting list nya makan tahun juga. Haritu pergi klinik kerajaan then kecewa sbb tak tahu lebih awal yang 17 tahun ke bawah percuma huhuu. Masa pergi tu dah umur 19. Hati hati dgn fake dentist (pernah ter pergi klinik doktor gigi palsu) dan jangan pernah join slot braces online.
Doktor gigi sendiri yang bagitau; diorang ni pergi kursus then terus offer pada org ramai untuk pasang braces. Bahan bahan yang digunakan oleh si pemasang braces tu tak dijamin kebersihan (entah disteril atau tak) & klu jadi apa2 kes pada gigi, lagi byk mkn kos utk betulkn semula gigi anda.
Sekian…
– Toothy
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit