Assalamualaikum WBT. Nama aku Farizi. Aku adalah seorang akauntan di salah satu agensi kerajaan di New Zealand.
Aku terpanggil untuk berkongsi pengalaman jatuh bangun aku sepanjang mencari pengalaman pekerjaan. Aku graduate pada tahun 2011 di UiTM. Mendengar je nama UiTM, kebanyakkan syarikat memandang rendah tahap kebolehan aku lebih-lebih lagi syarikat bukan dari bangsa Melayu.
Pada permulaan, aku macam yang lain jugak, menyalahkan syarikat terbabit kerana tidak mengambil aku bekerja. Perasaan mula rasa dengki apabila ada kawan mudah benar dapat tawaran pekerjaan di syarikat kerajaan dan ternama. Mulalah aku ibarat mengfitnah mereka menggunakan kabel dan orang dalam.
Hampir 6 bulan aku menganggur, hati aku tetap sama, menyalahkan orang lain apabila masih belum mendapat pekerjaan.
Sehinggalah aku bertemu dengan seorang Ustaz dan dia adalah JUSA disalah sebuah agensi kerajaan. Dia banyak menasihati aku untuk berbaik sangka dan perlu membuang perasaan dengki didalam hati. Aku perlu memohon maaf kepada kawan yang telah aku umpat kerana dengki dengan kejayaannya. Aku tepempam..
Ya, bila diselidik balik, hati aku memang hitam, jahatnya aku kerana mempersoalkan rezeki orang lain dan menyalahkan syarikat kerana tidak mengambil aku bekerja.
Aku mula menganalisa kembali kekurangan aku. Mungkin ada yang kurang disaat temuduga. Aku terus menghadiri bengkel penulisan CV dan communication. Banyak yang aku pelajari disana. Aku terus praktis dan praktis sehinggalah aku dipanggil temuduga di Shell Malaysia.
Mulanya aku memang tidak target untuk dapat peluang bekerja disana. Ya lah syarikat yang besar sebegitu pasti tidak memandang aku yang tiada apa-apa pengalaman bekerja. Aku mula praktikkan apa yang telah aku pelajari. Yang penting, biar jujur dan jangan menipu.
Aku banyak diajukan soalan provokasi, seperti mahukah aku kerja lebih masa, bagaimana aku menghadapi stress kerja dan macam-macam lagi. Aku akui penggunaan bahasa inggeris aku tidak begitu lancar, tapi aku terus meyakinkan mereka kekurangan aku sekarang akan menjadi pemangkin semangat untuk aku lebih berjaya kelak.
2 minggu selepas itu, aku diterima bekerja disana! Ya Allah tidak kuduga, aku diterima bekerja di syarikat yang besar dan begitu terkenal di serata dunia. Sujud syukur dan aku berpuasa selama seminggu kerana aku bernazar waktu itu.
Permulaan pekerjaan tidak semudah yang disangka. Aku praktikkan nasihat dari Ustaz tempohari, kita perlu mendapat kepercayaan dari majikan untuk terus melangkah jauh. Minggu pertama aku hanya diarah untuk menjadi runner untuk photostat, filing dan kerja-kerja kerani. Kalau orang lain, mungkin sudah persoal, tapi aku sabar, aku terus berbuat baik dengan mereka.
Kadang aku dibuli menjadi budak penghantar makanan, dan dimarah tanpa sebab. Sampailah bulan ketiga barulah aku diberi kesempatan untuk bekerja yang selayaknya aku dapat. Aku terus tumpukan perhatian apabila senior aku mengajar. Kadang, aku akan record percakapannya supaya aku tidak lupa dan asyik bertanya kepadanya.
Majikan aku mula memberikan aku beberapa projek untuk aku uruskan. Disitu aku tahu mereka mula mempercayai aku. Kerana aku didalam bidang Shared Service Centre, aku banyak mengambil nasihat dari seorang confessor IIUMC tempoh hari, supaya belajar banyak sistem perakaunan. Terima kasih kepada cik akauntan terbabit kerana banyak memberi nasihat kepada aku.
Masuk tahun ketiga, aku rasa aku ingin pergi lebih jauh. Lebih-lebih lagi ekonomi di Malaysia tidak begitu positif, dan kos kehidupan tidak setimpal dengan gaji.
Aku google tentang tawaran visa bekerja di luar negara. Waktu itu aku ada tiga negara yang menjadi angan-angan aku untuk behijrah. Germany, Canada dan Australia. Tetapi rezeki aku adalah New Zealand. Aku terpaksa menunggu 7 bulan untuk mendapat visa dan letter offer. Alhamdulillah aku diberi peluang untuk bekerja di agensi kerajaan disana.
Kini, sudah 3 tahun aku menjadi anak perantau. Permulaan disini agak mencabar. Aku perlu sesuaikan diri dengan keadaan disini. Sama saja permulaan aku waktu di Malaysia dahulu, aku perlu mendapat kepercayaan majikan untuk aku terus melangkah jauh.
Menjadi budak photostat, runner hantar makanan untuk staff lain adalah perkara biasa. Kena marah maki hamun sudah jadi makanan aku. Tapi ingatlah, semua ini adalah permulaan tapak untuk korang terus melangkah jauh.
Aku ingin menasihatkan kepada para graduan yang masih struggle untuk mencari pekerjaan, dan mungkin ada yang dibuli, bersabarlah. Semua orang menghadapi perkara yang sama.
Apabila ada yang rezeki lebih dapat pekerjaan awal, jangan ada sikit pun dengki dihati kerana itu penyebab rezeki takkan datang kat korang. lapangkan dada dan sentiasa berdoa. Belajar dari kesilapan dan cuba untuk memenangi hati majikan sebaik mungkin. Rajin dan amanah itu penting.
Yang mana dibuli sehingga depresi, cubalah mencari kerja lain dan kalau boleh janganlah behenti kerja. Kerana nanti CV korang tak cantik dan banyak akan disoal kenapa korang berhenti bekerja. Korang akan dilabel tidak mampu menghadapi stress kerja dan ini menambah lagi point untuk korang tidak dapat sebarang pekerjaan.
Aku doakan semoga korang mendapat pekerjaan impian dan dibukakan pintu rezeki.
Ikhlas,
– Farizi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit