Pengalaman Pertama

Assalammualaikum, hai semua. Aku seorang mama berumur 26 tahun. Aku tak tahu boleh ke tak cerita pasal ni, tapi aku just nak kongsi pengalaman aku melahirkan nak pertama aku.
*******

Malam semalam aku tak dapat tidoq dengan tenang. Macam² dalam kepala otak aku. Apa perasaan kena induce? Macam mana rasa sakit beranak? Bolehkah aku? Kuatkah aku? Allah sahaja yang tau. Pagi² morning pukul 7 aku dah mandi. Nak beranak badan kena fresh . Lepas sarapan, doktor pun sampai dalam pukul 8 lebih gitu. Doktor cek bukaan masih 1cm macam malam semalam. By the way, cek bukaan SANGAT SAKIT ! Haha. Doktor pun masukkan ubat induce untuk paksa bersalin. Sejam tak boleh bangun.

Okay lepas sejam tu, dah boleh bangun aku pun pi kencing. Kenangan kat sini, aku hampir jatuh katil, kehkehkeh menakutkan. Lepas kencing nurse pun pasang alat CTG untuk pantau jantung baby (berkali² juga kena CTG sepanjang dalam wad). Mula² everything is okay but sampai satu part seorang nurse datang tengok graf. Dia macam berkerut sikit. Dia pun panggil doktor. Ahh sudah, aku dalam hati berzikir sahaja. Contraction dah ada cuma tak kuat sangat. Doktor pun datang tengok. Panggil doktor lain lagi. Doktor cek bukaan, baru 3cm. Aku dengar doktor kata hantar bawah. What? Aku dah nak kena beranak ka? Bukaan baru 3cm kot !! Doktor ambik macam satu alat panjang ada cakuk kat hujung. Di korek² bawah aku. Allah sahaja yang tahu kesakitannya tu. Berdarah okay berdarah ! Rupanya doktor pecahkan air ketuban. Aku masih blurr. Aku nampak doktor bawak baju putih, untuk apa? Aku just mampu whatsaap Amin, cerita situasi waktu tu. Dia pun dah menggelabah. Rupanya aku kena EMERGENCY CEASER ! dup dup dup dup kemain laju jantung aku. Nurse suruh aku kangkang sikit untuk masukkan tiub kencing, salin baju aku kat situ jugak, doktor minta nombor telefon Husband. Doktor minta aku sain beberapa borang, lepas tu suap aku dengan ayaq masam² ayerrr. Semua berlaku dengan cepat sekali. Satu ja ayat doktor yang buat aku faham situasi dan sangat mengejutkan dan menakutkan aku. “KITA KENA CEPAT, BABY DAH LEMAS JANTUNG BABY DAH LEMAH”. Allah ! Macam nak pengsan aku dengar. Time tu aku pasrah di bedah demi baby.

Aku di tolak dari wad ke OT (operation teater). Berpeluh² aku pun. Macam² perasaan yang ada waktu tu. Takut, risau, seronok(sebab dah nak bersalin), dan macam² lagilah. Sampai kat OT, doktor terangkan pasal bius and macam². Jujur aku katakan waktu tu aku memang tengah blurr. Aku sign ja segala surat yang disuruh. Bilik OT sejuk sangat. Lepas dah sign itu ini, doktor pun dah bagi penerangan. Aku di suruh duduk peluk selimut. Okay, dibius melalui tulang belakang. Tak henti mulut aku berzikir. “Laa illahailla anta subhanakainni kuntum minazzolimin”. Lepas dibius, pelan² aku rasa berat kaki. Aku cuba gerakkan kaki aku tapi tak boleh. Time tu aku terfikir, macam ni rupanya rasa kalau lumpuh. Doktor cakap dah nak mula, ‘tak sakit ya, tapi awal rasa disentuh’, Aku diam. Tak berhenti berzikir. Aku dapat rasa doktor sapu benda sejuk dari perut ke bawah. Allah, dah nak kena belah ke ?? Aku diam lagi.

Sampai satu masa, aku rasa perut macam kena rentap². Tupp tiba² aku dengar suara baby menangis. Dalam keadaan blurr aku terpikir. Anak akukah tu? Suara menangis tu lalu sebelah telinga aku sampai ke belakang. Then aku terdengar doktor cakap “baby dah keluar ya puan, sekarang kita kemas²”. What the???? Maknanya time tu perut aku tengah terborai?? Okay aku sambung menggelataq. Sambung zikir. Tuptup nurse datang tunjuk baby dekat aku. ‘ini anak puan’, ‘tengok baby apa’, ‘puan cium baby ya’ Allah menitik air mata brutal aku. Tu baby aku?

Alhamdulillah pada 08/06/2016 jam 11:04 pagi aku selamat melahirkan seorang amanah Allah, perempuan yang comel seberat hanya 2.24kg. Edit
Edit Sekarang baby aku dah 5bulan lebih, berat 4.8kg ja. Orang selalu kata anak aku kecik ! Tapi aku tahu jiwa anak aku besaq. Thanks admid kalau pengalaman aku ni disiarkan. Walau rasa macam salah tempat hehehe.

– WK (mama)

– WK

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit