Pengalaman Sambung Master

Nama aku Siti. Aku berumur 27 tahun. Aku merupakan pelajar master (full time research) di salah sebuah ipta di Malaysia. Aku menghantar confession ini hanya untuk berkongsi pengalaman aku sebagai seorang pelajar master. Dulu, semasa degree, aku mengambil kos berkaitan pertanian tetapi untuk master aku mengambil kos berkaitan plant bioteknologi (hanya ada basic biologi masa sek menengah dan matrik shj). Mungkin ramai tertanya-tanya, macam mana aku boleh terfikir untuk sambung master kan? Kisah aku unik sikit. Aku sambung master sebab senior aku. Niat nak tolong dia tapi aku rasa macam aku diperbodohkan pula. Kisahnya bermula apabila aku mesej senior aku. Mesej hanya kerana ingin bertanya khabar bertukar kepada menceritakan masalah dan meminta pertolongan.

Ketika itu, senior aku merupakan seorang pelajar master (full time research) tapi dalam masa yang sama dia juga bekerja. Dia baru sahaja mendapat tawaran bekerja di salah sebuah syarikat kerajaan. Dia nak stop belajar sebab tak dapat bahagikan masa bekerja dan belajar. Masa tu, sv dia tak tau pun yang senior aku ni bekerja. “Siti, boleh tak tolong akak? Akak nak berhenti belajar dan bekerja, tetapi sv akak minta akak carikan orang untuk habiskan research akak. Siti jangan risau sebab research akak ada grant. Sv akak akan bayar RM1200 setiap bulan. Siti hanya teruskan research akak untuk siti dapatkan master siti. Supervisor (sv) akak foreigner dan seorang lelaki tetapi dia seorang sv yang baik. Dia akan tolong Siti even Siti tak de basic pasal biotechnology”. Ketika aku mendapat mesej ini dari senior aku, aku masih tidak bekerja. Hanya kerja part time membuat roti di kedai kawan mak aku. Bila parents aku tahu pasal hajat senior aku ni, dorang suruh aku pergi ke universiti senior aku untuk berjumpa dengan sv senior aku(now, my sv). Parents aku sangat berharap yang aku dapat sambung belajar. Dipendekkan cerita, aku pun bersetuju setelah berjumpa dengan senior dan sv aku dan dipujuk oleh parents aku. Btw, mak dan ayah aku tidak bekerja (pesara), so bila diberitahu pasal grant tu dorang yakin aku boleh survive.

Tetapi, indah khabar dari rupa. Segala yang dijanjikan hanya tinggal janji. Aku tidak dibayar pun RM1500 setiap bulan atas alasan sv aku tak de grant dah. Duit yang ada telah habis digunakan oleh senior aku. Research aku telah ditukar 100%. Menjadi lebih susah kerana research aku sekarang tidak pernah dibuat di Malaysia dan sangat sedikit journal yang ada untuk aku rujuk. Apatah lagi di luar negara, research aku ini masih baru. Senior aku tidak dapat dihubungi lagi. Rupa-rupanya dia gunakan aku hnya untuk lepaskan dirinya. Selain aku, sv aku ada seorang pelajar phd (same country dgn sv aku) dan 2 org pelajar master (Malaysia dan semua perempuan). Aku gelarkan 2 orang pelajar master sebagai kak atin dan kak nini. Mereka semua merupakan bekas pelajar oversea. Mungkin korang tertanya, kenapa aku highlight pasal mereka sebagai bekas pelajar oversea, kan? So, bermulalah cerita aku.

Kak atin research dia lebih kurang aku. Research yang dia buat telah banyak orang buat di luar negara tetapi sangat sikit di Malaysia dan Kak nini researchnya sangat mudah. Lebih kurang research aku masa degree dulu (hanya melibatkan tanaman sayur untuk kaji heavy metals dan sayur tu dihantar ke lab lain utk dikaji kandungan heavy metal dalam sayur. Kiranya, kak nini tak da lab). Aku sangat sedikit ilmu pasal penggunaan mesin-mesin di lab seperti hplc, pcr, gel electrophoresis, dna extraction and etc. So, aku agak slow bila buat lab. Aku banyak minta tolong kak atin ajarkan aku lab dan alhamdulillah kak atin ajar even kadang-kadang kak atin ni tak sedar yang dia telah buat aku terasa hati dengan kata-kata yang dia keluarkan. Kak atin selalu terlepas cakap tanpa sedar. Dia pernah cakap aku ni tak layak ambl master, dia malas nak ajar aku sebab rasa aku ni menyusahkan dia dan etc. Banyak kali juga lah aku menangis sebab kata-kata dia. Aku tak dapat nak tegur dia sebab dia lagi tua dari aku. Even kalau aku tegur, kak atin akan balas balik. Aku tak tahu kak atin ni cemburukan aku atau menganggap aku ni sebagai pesaing dia. Sebabnya, bila sv aku bagi apa-apa maklumat pasal research ktorg kat dia, dia selalu tak kongsi dengan aku. Sampai kadang-kadang aku kena marah dengan sv aku sebab aku tak buat benda tu. Sampai ke saat ini aku tak dapat nak lupakan satu kejadian ni. Masa tu, sv aku suruh kak atin betulkan Chapter 1 dan ayat aku untuk draft proposal tapi dia tak betulkan. Bila aku tnya kak atin, dia cakap dah betulkan. So, aku pun pergilah berjumpa dengan kak atin untuk sama-sama tunjuk draft proposal. “Siti, you stupid! I told you to ask atin about this facts, right. Why you did’nt ask her? Stupiddddd!” Bayangkan, aku dah tanya kak atin dan dia cakap betul tapi bila aku tunjuk kat sv aku, lain pula jadinya. Masa tu aku kecewa dan sedih sangat-sangat sebabnya kak atin tersenyum sinis memandang aku. Kecewanya aku, hanya Allah yang tahu.

Satu kelebihan sv aku ni, dia selalu ajar aku step by step macam mana nak buat lab. Dia memang guide aku betul-betul. Cuma sikapnya yang suka menghina aku buat aku hilang rasa hormat. Sv aku sangat pandang rendah kat aku sebab aku hanya budak pertanian yang belajar di Malaysia sahaja dan bahasa inggeris aku pun biasa-biasa sahaja berbanding yang lain (Sv aku sendiri cakap macam tu kat aku). Sv aku agak pilih kasih dengan aku. Aku selalu dihina dengan panggilan bodoh, lembap, lambat dan etc. Sampai satu tahap aku dah jadi lali. Yelah, aku baru belajar pasal lab. Macam mana cara nak guna mesin hplc, pcr, gel electrophoresis, so memang agak lambat sikit la dari rakan-rakan research yang lain. Kawan-kawan satu sv aku ni selalu dipuji oleh sv aku. Kadang-kadang depan dorang sv aku kata aku ni bodoh. Memang aku pnya confident level dan self esteem ni agak rendah bila selalu dihina. Pernah ketika meeting dengan semua pelajar-pelajar sv aku (termasuk adik-adik degree), sv aku cakap aku tak layak sambung master. Sebabnya aku tak dapat jawab satu soalan sv aku. seriously masa tu aku agak blur sebab soalan yang ditanya tu aku tak prepare. Malunya hanya Allah yang tahu. Paling aku sedih, kawan-kawan master aku hanya gelakkan aku. Seolah-olah aku ni memang bodoh.

Sv aku kata dia suka dengan sikap aku yang selalu datang lab awal (setiap hari aku datang pkl 7.50 am) dan balik dari lab lambat (setiap hari aku balik pkl 6pm tp selalunya pkl 7 pm dan ke atas). Malah, aku selalu ada berbanding kwn-kwn yang lain. Btw, aku masih solo dan student-student sv aku yang lain dah kahwin. Bila aku nak minta cuti untuk balik kampung, sv aku mesti akan marah dan cakap aku tak kahwin, tak perlu sibuk-sibuk nak balik. Sepanjang 3 tahun aku belajar, aku tak pernah balik kampung masa cuti perayaan kecuali raya puasa sahaja. Kalau balik pun aku balik senyap-senyap shj. But, kak atin dan kak nini selalu balik kg. Even, kalau dorang tak datang lab, dorang tak pernah kena marah dengan sv aku. Berbeza dengan aku, bila aku terkantoi balik kampung, sv aku akan hantar mesej marah-marah dan paksa aku balik ke u balik. Btw, kampung aku ke universiti ambl masa 8 jam bila naik bas. Bukan dekat sebab tu bila aku balik kampung, aku balik lama sikit dalam seminggu or lebih sikit. Entahlah, banyak kali aku berniat nak berhenti tapi parents aku tak bagi. Aku pernah nangis merayu kat ayah aku nak stop tapi bila ayah aku cakap “Ayah harap sangat ateh dapat master sebab dalam family kita, ateh je yang belajar tinggi. Ayah bangga dengan ateh. Ateh la harapan ayah dan ibu”. Aku terpaksa pendam. Aku terpaksa teruskan.

Aku survive hidup kat u ni dengan buat macam-macam pekerjaan part-time. Ajar tuisyen, jaga kedai, dropship, jual barang dan kadang-kadang buat servis uber. Btw aku da kereta, kakak aku pinjamkan sekejap untuk aku sebab faculty aku sangat jauh dan bas selalu takde bila adik-adik degree cuti. Lagipun aku selalu balik dari lab tengah-tengah malam sebab nk siapkan kerja aku. Pengalaman kerja part-time yang aku tak dapat lupakan sampai skrg bila kak nini kenalkan aku dengan seorang guru, encik I (pemilik pusat tuisyen) di pusat tuisyen dia mengajar. Selepas aku dapat kerja kat situ, kak nini stop mengajar. Bayangkan aku tak dapat gaji langsung selepas mengajar beberapa bulan di situ. Aku mengajar hampir 5 subjek. Malah pusat tuisyen tu ditutup sebab encik I merogol pelajar tingkatan 3 dan menjadi kes polis. Bila aku tnya kak nini, kenapa dia stop, kak nini bagitahu aku yang pusat tuisyen tu bermasalah. Malangkan nasib aku? hahaha

Actually, banyak benda yang terjadi kat aku. Kalau aku rajin, mungkin aku akan buat sambungan lagi. Aku harap sesiapa yang tengah buat master by research or phd janganlah cepat menyerah kalah or berputus asa macam aku. Even aku masih tak habis lagi research aku, aku harap sangat Allah mudahkan perjalanan aku. Kadang-kadang lahir rasa cemburu bila aku lihat kawan-kawan aku yang lain telah habis belajar, bekerja dan berkahwin tapi aku masih di sini. Bertungkus lumus menyiapkan research aku. Doakan aku. Doakan aku dapat terus gigih menghabiskan research aku. Doakan aku supaya dapat balik confident level aku ni. Ramai kawan-kawan aku cakap, sejak aku sambung master, aku dah jadi orang lain.

– Siti

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit