Pengalaman Satu Ketika Dahulu

Assalamualaikum, hi everyone. Terima kasih kepada admin jika menyiarkan confession saya. Saya Nora, sudah setahun lebih menamatkan status pelajar IPTA dan sudah bekerja Alhamdulillah.

Ini kisah ketika saya belajar di IPTA dulu. Saya memgambil jurusan berbeza untuk peringkat diploma dan ijazah. Ketika saya belajar di peringkat ijazah, kelas kami dibahagikan kepada 2 kelas iaitu lepasan diploma sama dan lepasan STPM.

Oleh itu, saya dan beberapa rakan yang kebetulan datang dari pelbagai latar pendidikan pun joined kelas lepasan STPM atas arahan pihak fakulti. Hal ini kerana, kelas ini memang untuk kami yang dari spesis rare seperti lepasan STPM, diploma lain2, U lain2 dan asasi.

Al maklumlah, nama pun kelas lepasan STPM, maka dan sesungguhnya tidak lari dari dipandang rendah oleh kelas lepasan diploma. Tapi tak semua sebegitu, hanya beberapa ketul sahaja. Ketika di sem ke-3, dua kelas kami dicampurkan kerana bilangan setiap kelas yang sedikit. Bila di campur sekali ada dalam 30 lebih orang.

Saya seorang yang biasa2. Saya cuba la berkawan dengan geng2 dari lepasan diploma ini. Alhamdulillah… ada yang OK ada KO. Itu perkara biasa. Never mind..manusia kan macam2 ragam.

Dalam banyak2 ragam, ada seorang manusia bernama Rini. Rini ni seorang yang suka make up tebal marvellous tapi memang cantik solekan dia dan tiap kali latihan dlm kelas, dia suka checking jawapan saya. Tiap2 kertas jawapan saya akan diselitkan dgn komen2 seperti: teruskan membaca gurl, markah tak capai tahap memuaskan, what r u doing when lecturer gave their methods, r u sleepy? dan pelbagai ‘kata semangat’.

Saya buat dunno saja sebab apa dia ckp tu memang betul pun. Kebanyakan geng2 kelas lepasan diploma sangat pick up dan laju dalam kelas. Sebab mereka kata, bab2 itu ini semua dah belajar time diploma dulu. Okay la tu. Rini saya tgk seorang yg suka perli2 kami. Siap gaduh mulut dgn beberapa orang dr geng2 kami. Aduh, susah hati tgk mereka bergaduh. Teruk nau. Nasib baik ada kawan2 yg tolong leraikan.

Rini ini seperti tidak suka kami bercakap dgn kwn2 dari kelasnya dan akan menyampuk dan potong perbualan kami. Selalu macam tu. Ada juga terfikir, kot dia cemburu. Rini ada puak tersendiri yang terdiri drpd 6 orang perempuan gorgeous dgn make up dan hijabstyle masing2. Selain tu, mulut mrk seperti M16 & AK47. (Faham kan? Hihi)

Saya dan kawan2 pun takde la nak ngaku kami ni dari u, diploma dan asasi itu ini kepada Rini dan puak2 dia. Tak nak besarkan kes. Lain pula cerita nanti. Dijadikan cerita, naik sem depan ada 2 kelas saya memang tak nampak muka Rini. Saya memang tak tanya puak2 dia. Sebab mereka jenis mulut laju macam peluru. Ada je ayat2 perli nak dipulangkan walaupun kita dah bertanya sesopan mungkin. Saya jenis akan jawab jenis reverse psychology. Setakat ni mereka tak suka cari gadoh dgn saya. Alhamdulillah…

Oh, rupanya Rini tiada dlm 2 kelas tu sebab dia kena repeat beb dua subjek tu! Subjek2 yg dia suka sgt checking jawapan saya dan dihiasi dgn komen2 semangat tu~ Rini tak boleh amik 2 subjek sem ini sebab sem lepas punya kesinambungan subjek dia gagal. Okay, dia gagal! Saya Alhamdulillah dpt A-. Sebab apa, sebab bila kita rasa risau kita ni bukan dari diploma yang sama seperti ijazah, kita akan pulun saya belajar bagai nak rak! Huiii

Dan saya tengok si Rini jadi agak pendiam dan ayat2 perlian tidak keluar dan muntah dari bibirnya yang sentiasa dihiasi gincu merah cili itu. Utk sem baru itu, kami belajar dgn seorang Professor A. Masa awal kelas, Prof minta kami perkenalkan diri. Seorang demi seorang dari lepasan diploma perkenalkan diri.

Masuk ke lepasan STPM, kami mula perkenalkan diri dan terdengar buzz buzz mulut2 dari kelas lepasan diploma berbunyi seperti lalat. Haaa apa lagi, ketika inilah rata2 dr mereka mengetahui kami ini datang dari pelbagai latar belakang pendidikan. Hamik kau! Semua buat muka terkejut. Siap ada cakap “eh, dia amik course tu?”

Sejak itu, mereka mula nak ajak kami makan dan keluar bersama. Tapi tidak mengapa, jernih sedikit kekeruhan sblm ini. Apa pun, Rini masih pendiam dan jarang bertentang mata dgn saya seperti sebelum2 ini. Mungkin dia dah insaf, Alhamdulillah…

Nak tahu? Akhir sem sebelum praktikal, Rini ada berjumpa dgn saya dan dia minta maaf. Sampai nangis2 dan saya pun nangis sama. Kesian pula ke dia. Utk ijazah saja, dia dah repeat 3 paper. Saya pun akan maafkan dia walaupun dia tak minta maaf. Dia ketawa dan ucapkan terima kasih. Rasa mcm drama pulak bila ingat balik. Tapi Rini ni bagus sebab tak ramai akan minta maaf mcm dia. Kita kena rendahkan ego utk minta maaf taw. Bukan senang tu walaupun ada kwn2 saya yg mcm tak percayakan Rini.

Apa yang saya nak katakan, Allah baru bagi sedikit perbezaan contohnya, berlainan latar belakang pendidkan, tetapi kita dah mendongak langit, bangga diri dan riak. Allah akan ambil bila-bila masa segala nikmat yang diberikan pada kita. Setakat perbezaan kecil pun sudah nak berlagak dan gagal dalam ujian hidup, bagaimana nak menempuhi hidup yang pelbagai onak duri kelak?

Semoga kita sama-sama jaga hati, bersihkan hati dan sentiasa berdoa kepada Allah untuk dijauhkan sifat takjub, riak dan ujub. Ramai yang ke neraka disebabkan masalah hati. Jom kita berubah ke arah lebih baik bersama.

-Nora-

– Nora

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit