Hai, saya Fa. Saya berminat untuk berkongsi pengalaman terlibat dalam kemalangan kereta dan bagaimana urusan selepasnya setelah membaca perkongsian Dilema Pesalah (https://iiumc.com/dilema-pesalah/).
Saya kongsikan 2 kejadian berbeza yang berlaku dengan 2 buah kereta saya. Saya nyata jenis kereta supaya lebih jelas gambaran kosnya.
1) Perdana V6 saya dilanggar oleh sebuah van Toyota (jenis kegunaan jabatan penguatkuasaan atau peniaga). Saya dan van itu sama-sama sedang beratur di lorong tol, van di depan saya di belakangnya.
Tiba-tiba van itu berundur mengejut dengan laju hentam bonet depan kereta saya. Penutup bonet sampai berlipat 2 (bentuk V terbalik).
Katanya driver terlelap. Jadi bila dikejut oleh kawannya untuk jalan, dia terkejut.
Masuk gear dan terus tekan minyak.
Saya geram sangat sebab jadi mangsa kecuaian orang sampai sebegitu. Mujur bracket bumper depan kukuh, tak rosakkan bahagian enjin.
Tapi penutup bonet mmg rosak. Pada waktu itu saya dan pesalah memang sama-sama setuju untuk report polis dan claim. Sebab kos akan jadi tinggi untuk cari barang ganti.
Tapi saya fikir, saya perlu ulang-alik hampir setiap minggu dengan jarak hampir 300km pergi balik kerana belajar secara PJJ di sebuah IPTA. Saya tak boleh hilang kereta lama-lama. Urusan saya akan terganggu dengan kecuaian dia.
Saya bincang dengan pesalah, saya tak nak proceed claim. Saya mintak dia tanggung kos. Anggaran kos lebih dari seribu dan dia tak mampu.
Kami bincang lagi dan akhirnya kami bersetuju maksimum dia bayar dalam RM800 dan buat ansuran 3 kali bayaran.
Jika saya tak dapat kompromi nilai ganti rugi, dia hanya mampu untuk proceed claim. Saya fikir, saya terpaksa anggap ini win-win situation walaupun saya rugi.
Perkara dah berlaku walaupun bukan salah saya. Saya taknak lebih rugi (patah kaki tanpa kereta).
Akhirnya saya gunakan kenalan bidang automotive (jual beli kereta) untuk cari kereta potong dan dapatkan harga yang reasonable.
Sparepart tak dapat harga sekitar duit ganti rugi, tapi dapat kedai yang boleh ketuk semula penutup bonet kembali seperti asal.
Alhamdulillah tiada kos tambahan yang perlu saya keluarkan.
Walau bagaimana pun, saya mangsa dan saya tetap rugi. Kereta saya kena rehat dalam 2 minggu lebih jugak untuk dibaikpulih. Tapi itu lebih baik berbanding claim yang pasti tersadai lebih lama.
Walau apapun tindakan selepas kejadian sebenarnya membuatkan mangsa sentiasa jadi pihak yang paling rugi.
2) Adik lelaki saya bawa kereta Viva saya (kereta saya beri kepada ibubapa untuk kegunaan keluarga), cuai semasa lintas jalan dan buatkan sebiji motor hentam sisi kereta sebelah kanan.
Pintu driver dan belakang driver rosak teruk, tak boleh dibuka. Alhamdulillah rider cedera tak teruk sangat.
Saya contact kenalan (pomen) tanya anggaran kos repair kereta. Katanya kerosakan tu agak teruk melibatkan tulang tengah body dan kos boleh jadi tinggi. Jadi saya setuju untuk claim.
Tapi sebelah pihak mangsa (mangsa seorang remaja perempuan) tiada lesen dan roadtax motor juga tamat tempoh.
Ayahnya minta untuk selesai cara luar saja, taknak libatkan polis (risau disaman dengan banyak kesalahan). Di pihak saya, saya perlu claim kerana kos repair tinggi. Kami buntu. Kedua-dua pihak ada handicap.
Saya tak jadikan isu mangsa takda lesen tu untuk mudahkan side saya kerana bagi saya yang salah adalah adik saya. Mangsa hanya bersalah bawak motor tanpa lesen yang sah.
Tapi dalam hal kemalangan, adik saya yang bersalah. Jadi saya tak nak tekan pihak mangsa untuk setuju report polis dan claim.
Akhirnya kenalan pomen saya tu bagi jalan. Saya buat claim tanpa libatkan pihak mangsa. Win-win situation. Adik saya tanggung kos saman.
Adik saya pada hari yang sama sebelah malamnya perlu terbang ke Sabah kembali ke tempat bertugas jadi saya uruskan semua.
Keesokkannya saya dan ibu bapa saya ziarah mangsa dan keluarga serta sumbangkan sedikit kos rawatan serta baiki motor dari duit adik saya. Itu je kami mampu buat untuk tebus kecuaian pihak kami.
Hati pun tenang, masing-masing tak terjebak dengan masalah yang lebih panjang. Cuma saya la yang hadap masalah sikit untuk tahun-tahun selepasnya, NCD dah 0 balik. Huhuu..
Sekian perkongsian saya.
– Fa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit