Salam semua, pasti ada dalam kalangan korang yang ada masalah dengan penyewa rumah. Aku nak cerita tentang pengalaman aku sebagai tuan rumah.
Rumah aku sewakan ni masa sebelum covid mula, Rumah sewa Aku ni boleh kata kat hot market jugaklah. Lepas penyewa terdahulu keluar, maka aku pun iklankan kat group WA je.
Datang lah satu perempuan ni kata nak sewa rumah aku, silap Aku jugak sebab kurang cerdik dan cepat kesian kat orang.
Dia kata dia penerima zakat, nanti zakat akan tanggung separuh dari sewa bulanan tu, so dia hanya akan bayar balance.
Bila bab suruh bayar deposit sebulan dia kata tak mampu, alamak.. Dia kata nanti zakat boleh bantu untuk bayarkan deposit tersebut. So aku percaya.
Aku pun buat agreement selama 2 tahun macam dia request. Oh lupa. Nak bagitahu, dia ada juga minta kurangkan sewa rumah tu. Sebab kesian aku pun kurangkan sikit.
Untuk makluman rumah sewa aku ni rumah teres ya, bukan rumah pangsa.
Sikit-sikit dah terkeluar perangai buruk dia, kaki gaduh rupanya. Jiran dok complaint perangai dia. Malas lah nak cerita, korang boleh bayangkan sendiri perangai dia tu.
Aku pelik kenapa dia dapat terima zakat, sedangkan ada laki, bini muda.
Aku syak dia masih gunakan status ibu tunggal untuk dapatkan bantuan zakat. Panjang akal dia. Nak duduk rumah selesa tapi pakai duit zakat. Manusia oh manusia.
Bila pendemik C-19 melanda tahun 2020 dia dah start tak bayar duit sewa rumah, aku hanya dapat bayaran separuh sewa yang zakat direct bank in kat aku.. bila aku minta duit bakance macam2 alasan dia bagi.
Dia kata boleh apply kat zakat yg tunggakan tu.. so aku pun tunggulah duit tunggakan zakat tu masuk. Ada 2 kali je zakat bantu dia langsaikan tunggakan.
Pendekkan cerita, lepas raya tahun lepas 2021 dia melarikan diri keluar dari rumah aku tu dengan bil api dan air beribu. Meter air siap kena potong tau. Itupun sebab jiran sebelah bagitahu dia dah cabut lari.
Aku minta cara baik WA dia suruh pulangkan kunci rumah tu balik, macam-macam alasan dia bagi, sudah nya aku pecahkan kunci pintu.
MasyaAllah, terkejut beruk aku tengok keadaan rumah tu, Semua pintu dalam rumah tu rosak teruk. Ini kes gaduh anak beranak. Pintu aku jadi mangsa. Teruk rosak rumah aku.
Memang tuan rumah yang kena tanggung lah segalan macam kerosakan tu kan. Aku redha. Tolong lah siapa yang kerja dengan zakat ni tapis betul-betul penerima zakat ni,ramai yang menipu nak dapat duit senang.
Orang lain jadi mangsa. Aku tak tahu berapa ramai dah tuan rumah kena game dengan dia ni, sebab aku teringat masa muka-mula nak bagi sewa aku ada tanya dia kenapa pindah, korang tahu tak dia jawab apa, sebab tuan rumah dah tak tahan.
Tapi sebab aku kesian aku tak ambik pot sangat masa tu, last-last jadi kat aku, wakenabeb!!!
Sampai sekarang dia tak bayar lagi tunggakan sewa 3 bulan dan bil api yg beribu tu….
Bila aku text dia macam biasa pelbagai alasan. Dia salahkan aku sebab tak sambung kontrak rumah. Masa tu PKP kot macamana lah aku nak buat.
Anyway dia duduk jugak kat rumah sewa aku tu free, pastu lari tengah malam.. hahaha padan muka aku lah sebab pecaya dengan orang macam ni.
Pengajaran yang boleh kita semua ambik dalam hal ini adalah, jangan pecaya dan cepat kesian dengan orang, nanti kena pijak kaw kaw.
Pilihlah bakal penyewa yang mampu nak bayar sewa dan jaga rumah kita tu macam rumah sendiri walaupun kadang-kadang agak mustahil.
Lagi satu janganlah ambik kesempatan guna duit zakat kalau kita sebenarnya tak layak. Hidup ikut kemampuan bukan nafsu.
Kalau aku nak cerita semua benda yang dia buat kat rumah aku tu tak patutlah kan.. aku masih juga jaga aib dia.
Tolong doakan aku dapat penyewa dari syurga dan Tenant lama aku tu dibukakan hati untuk selesaikan segala hutang rumah tu.
Terima kasih sudi baca luahan hati tuan rumah sewa yang teraniaya. Saya doakan semua yang baca ini dirahmati Allah sentiasa.
– Tuan Rumah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit