Untuk part I, (https://iiumc.com/pengalaman-semasa-covid-19/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/pengalaman-semasa-covid-19-ii/).
Nurse.. Saya nak solat Maghrib.. Kiblat arah mana?” Saya bertanya ringkas.
“Sana.. Kurangkan ke tandas. Kurangkan pegang objek-objek..” Nurse masih berpesan.
Wad ini luas. Tiada langsir. Kami berpisah jarak sahaja. Sedikir tidak selesa untuk perempuan. Kerana harus menjaga banyak batas. Nak tidur juga tidak selesa. Cuma bila pakai mask orang tak nampak kita tidur nganga pun. Jadi abaikan rasa tidak selesa itu.
Saya sudah on mood tawakkal sahaja ketika ini. Saya berlalu ke tandas. Saya masuk dan teka apa yang saya nampak? Tandas sebesar alam. Dengan tanda di 2 pintu tandas lelaki dan dua pintu lagi untuk tandas perempuan. Dalam satu ruang besar itu campur lelaki dan perempuan.
Nak tak nak. Terpaksa juga saya guna. Tawakkal saja lah. Tidak harus saya merungut. Apalagi bila lihat kerja keras doktor dan nurse tanpa rehat menjaga kami disini. Mereka juga punya keluarga. Jadi wajib saya memberi kerjasama kepada mereka. Frontliner yang gigih berjuang.
Jam 4 pagi orang sudah lena tidur. Saya fikir sudah tidak ada orang ke tandas. Saya cuma pergi untuk buang air, ambil wudu’ dan tukar pakaian yang wad sediakan. Air mata mengalir. Saya menangis. Ye saya menangis.
Saat ni perasaan bercampur. Saya fikir sudah tipis saya -ve PCR. Saya terbayang anak didik saya. Saya terbayang keluarga dan contact rapat yang sudah bertemu saya sejak 2 minggu lepas.
“Cik dah habis solat kan? Saya nak ambil swab test PCR..” Doktor tadi yang menolak wheelchair saya menyapa.
” Dah.. Bismillah..” Doktor mula menjolok hidung dan mulut.
“Nanti jangan banyak jalan ye Cik. Duduk kat katil je Cik.. Saya risau jika ada yang +ve dalam ni.. Boleh berjangkit jika tak jaga jarak.
Adik yang duduk katil Cik ni +ve sebab tak jaga jarak. Dia bersembang dengan pesakit lain yang juga +ve Covid. Jadi dua-dua +ve..” Terang doktor. Saya sekadar angguk perlahan.
Akhirnya saya tidur lepas solat subuh. Satu hari berlalu. Dengan saya tidak ke mana-mana. Cuma tetap dikatil. Katil saya paling jauh. Tak ada orang depan saya. Katil kosong.
Masuk waktu zohor saya ambil wudu’ dan cuba bertahan sehingga asar. Saya tidak mandi. Cuba kurangkan menyentuh objek-objek dan selalu basuh dan senitasi tangan.
Tetap di katil dan habiskan dos ubat. Masuk waktu makan. Kami diberi makanan berbungkus. Sudah makan terus buang. Saya tidak dibenarkan untuk nab. Ada juga waktu-waktu saya memerlukan nab tapi tidak boleh. Saya fikir mungkin alatan dihadkan untuk wad isolasi.
Supaya jika ada pesakit +ve tidaklah sukar untuk pihak hospital bersihkan. Jadi saya bertahan. Makan ubat dan buat senaman paru-paru sendiri. Makan buah dan vitamin dan minum air. Cuma saya minum air kawal sedikit sebab tak nak terlalu kerap ke tandas.
Kebanyakan dalam wad ini makcik pakcik yang sudah tua. Berpenyakit kronik dan sudah memakai alat bantuan penafasan. Saya seorang sahaja masih muda ketika ini.
Sehinggalah jam 3 petang. Wad diisi lagi dengan pesakit baru. Ketika ini satu kluster di negeri saya sedang hebat dikesan. Jadi saya agak bimbang juga.
Masuk seorang makcik tidak berdaya. Duduk di hadapan katil saya. Sedari masuk makcik ni tidak bercakap. Cuma keluar sepatah dari mulut dia..
“Letih.. letih.. letih.. penat…”
Masa ni.. Tak ada siapa boleh bantu. Anak saudara sudah jauh. Kami bergantung 100% bantuan nurse dan doktor yang hanya beberapa kerat.
“Nurse.. Nurse.. Makcik nak ke tandas.. Tapi makcik tak larat..” Ujar makcik didepan katil saya.
Saya mula rasa sebak. Saya fikir jika itu mak saya. Alangkah remuk hati saya nak tinggalkan dia sorang-sorang ditempat asing ini. Saya nak tolong makcik tadi. Cuma saya tak boleh.
Lepas balik dari tandas. Makcik masih lesu dan penat.
“Makcik.. Nafas makcik nafas.. Masukkan tu dalam hidung..” Saya isyaratkan tali penafasan hidung dia. Nak je saya bangun katil ni tolong sumbatkan dalam hidung dia.
Mata saya tak beralih cuma lihat makcik. Ketika ni. Doktor nurse jauh duduk di kaunter depan. Mereka akan masuk ketika bagi makanan dan ubat serta check pagi dan petang sahaja.
Tiba-tiba muka makcik merah. Mulut dia menggelembung. Tangan terkapai-kapai panggil saya.
“Nurse! Tong sampah!!!!” Saya hanya mampu jerit sekuat hati. Nurse yang berPPE ketika itu cuma sorang. Dia sedang sibuk menyediakan ubat pesakit.
Belum pun sempat nurse gerak selangkah. Makcik tadi terus vomit macam air terjun. Banyak. Sangat banyak. Terus semua kalut. Doktor dan nurse semua segera pakai baju PPE dan panggil cleaner untuk clearkan muntah.
Saya cuma memerhati. Nasib saya bukan sejenis yang geli dengan vomit. Cuma saya doa moga-moga makcik ni tak +ve Covid. Nasib juga dia Vomit ke tepi katil. Jika kedepan memang sampai ke katil saya.
“Maaf ye nakk.. maaf ye nakk…” Ucapan maaf tak lekang dari bibir makcik pada cleaner yang sedang membersihkan sisa vomitnya. Hari pertama saya pun berlalu.
Masuk hari kedua.
“Ada apa lagi nak pesan?” Saya membaca text pesanan wassap. Dari saudara yang bekerja sebagai Doktor disini.
“Takde dah.. Itu je.. Terima kasih banyak kak.. Maaf menyusahkan..” Saya balas ringkas.
“Takpe.. Akak tinggal dekat guard depan je ni. Memang tak boleh masuk..” Dia membalas.
“Takpe kak.. Faham..”
Itulah cara kami mendapatkan barang keperluan dari luar. Tidaklah susah. Cuma sukar sedikit jika keluarga jauh merentasi daerah.
Nurse masuk untuk sesi tengah hari. Sesi mengagihkan makanan dan ubat. Seorang lelaki muda itu masih belum berhenti berjalan. Saya cuma memerhati. Gelagat dia dari tadi. Ligat dia. Boleh kata 10 minit sekali ke tandas dan berlegar-legar di katil.
Tiba-tiba dia berjalan menghampiri katil saya dan membuang sisa sampah dan kahaknya di tong sampah depan katil saya. Nurse yang memerhati sudah tidak tahan lagi.
“Encik kan saya dah pesan jangan berjalan. Kalau nak buang sampah ambil tong sampah tu letak sebelah katil En. Tak perlu jalan jauh-jauh sampai hujung katil sana..” Tegur si nurse separuh abad.
Pemuda tadi cuma menjeling dan menarik tong sampah ke katilnya. Nurse juga sudah penat bleter. Tadi pagi dia buat hal. Buang sisa kahak dalam cawan. Lepas tu ke hulu ke hilir bawak cawan tu. Dari katil ke tandas. Tandas ke katil semula dengan bekas cawan kahaknya.
“En pengang apa tu? Dalam cawan tu ada apa?” Nurse menegur selepas melihat kerap benar dia ke tandas.
Dia hanya senyum dan membalas sepatah.
“Bekas buang kahak” Nurse mula sambung bleter lepas dengar jawapan dia. Dia buat tak tahu saja. Malas mendengar dia tidur. Tutup dengan selimut.
Bagi mereka yang keras kepala. Fikirlah sama keselamatan orang lain. Nurse dan Doktor kena jaga diri untuk rawat kita ketika sakit.
Jadi segala sisa seperti kahak, darah, vomit dll dari tubuh badan kita adalah resiko yang diorang tanggung semasa tempoh merawat kita. Jadi sila bagi kerjasama juga buat mereka.
Mereka tidak pulang ke rumah sudah hampir berbulan-bulan. Tak lihat keluarga. Tak bersama keluarga. Ihsan lah sedikit. Janganlah kita dedahkan mereka dengan bahaya lain. Mereka juga manusia macam kita.
Malam ni keluar result PCR. Saya berdoa sahaja. Moga -ve. Saya rindu keluarga. Tuhan tarik nikmat saya baru 3 hari tak bertemu keluarga. Itupun sudah buat saya teramat sedih. Inikan pula yang hadap sampai meninggal tak boleh kebumi. Allahu.
Betullah kata orang. Covid ini menyerang mental dan fizikal. Kena kuat.
Selepas solat Maghrib saya lihat kotak-kotak sample bersalotep kuning mula masuk. Berdebar. Tak lekang mintak semua doakan yang baik-baik. Doktor seramai 5 orang sedang sibuk membuka kotak dan mengisi data komputer. Saya memerhati dari jauh. Menunggu di katil.
Pasukan lengkap PPE pertama masuk seramai 4 orang. Menuju satu katil. Seorang pakcik tua. Saya amati sudah tidak banyak bergerak. Dari saya masuk wad. Dia tetap di katil. Ada juga sesekali Doktor kejutkan dia. Respon hanya gerak-gerakkan tangan.
Doktor mula pindahkan katil pakcik tadi. Terus masuk ke wad lelaki. Baki doktor menuju 3 lagi katil dan bagitahu (-ve) boleh kemas-kemas pindah segera. Sudah ada 3 katil menunggu beratur depan pintu dan seorang makcik wheelchair.
Saya masih menanti giliran. Saya seramai 6 orang yang disaring sama. 4 sudah (-ve) tinggal saya dan seorang makcik tua dihujung katil belah kanan saya.
“Macam mana nafas Cik X? ok sikit?” Tanya Doktor.
“Ok sedikit dari semalam Doktor..” Saya membalas ringkas.
Doktor sudah menghampiri saya dan memegang tangan saya. Menarik keluar jarum. Dan saya sudah gembira. Itu tanda saya (-ve) Mereka sudah mula memegang saya dan berborak hampir dengan saya.
“Cik boleh kemas-kemas pindah wad atas ye..” Muka nurse sedikit ceria.
Alhamdulillah malam itu semua saringan (-ve) cuma saya masih tetap dikatil kerana saringan jam 3 petang masih belum keluar result.
Katil-katil dan orang baru juga mula masuk dan mengisi kekosongan yang ditinggalkan sahabat satu swab dengan saya. Bermakna resiko baru bagi saya.
“Dik.. Tolong makcik dik.. Penutup air makcik jatuh..” Makcik katil depan saya bersuara.
“Maaf makcik.. Saya tak boleh..” Dengan nada sebak dan tersekat. Saya mintak maaf banyak-banyak dekat makcik dan memanggil nurse membantu dia.
“Makcik saya betul mintak maaf.. Sebab result makcik tak keluar lagi.. Saya tak boleh dekat dengan makcik..” Nada saya sedikit sebak.
“Takpe dik.. Dah boleh keluar alhamdulillah…” sugul suaranya dalam nada tersekat dengan alatan penafasan masih di hidungnya.
Petang tadi saya lihat makcik nangis. Berbual dengan anaknya di telefon. Saya dengar dia takut dia +ve Covid. Itulah perasaan bercampur baur yang perlu dilawan. Apatah lagi pesakit beresiko tinggi. Yang sudah ada sakit kronik. Amatlah perlu lebih rapi dijaga.
Covid menyerang laju dan kejam. Bak kata orang dia tak pilih sapa. Pak menteri, ustaz, doktor walhal raja sekalipun. Dia tidak memilih. Jadi berjaga-jagalah.
Saya dipindahkan tepat jam 12 malam ke wad perempuan. Alhamdulillah. Itulah sedikit pengalaman saya di sini. Adapun ujian ini tanda Tuhan suruh kita belajar dan mendewasakan kita.
Saya seperti anda. Ada masa saya kurang cakna pada diri dan SOP. Sehinggalah saya berpengalaman begini. Sampai pindah wad biasa saya masih memakai mask dan berjarak dengan semua orang. Kerana perkara pertama yang kita kena ingat.
Kita berperang dengan makhluk Allah SWT yang kita tak nampak. Dan keduanya kita tidak tahu sejarah perjalanan orang lain. Walaupun kita sendiri sedaya upaya menjaganya.
Doakan saya. Masih dalam tempoh rawatan penyembuhan. Selamat semuanya. Ambillah pelajaran dari pengalaman saya. Jaga SOP dan keluarga anda semua. Sama-sama kita bantu frontliner kita dengan kekal dirumah.
Terima kasih sudi membaca dengan sabar. Terima kasih juga atas ilmu-ilmu disampaikan pada ruang komen. InsyaAllah jika ada cerita menarik lagi dan pengalaman lebih baik. Saya akan menulis sebagai perkongsian. Semoga semuanya dalam ‘Afiah yang baik bersama keluarga.
#kitajagakita
– Cik X (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit