Pengalaman Seram Kereta Tanpa Pemandu

Tentu anda biasa baca, dengar tentang kisah-kisah kereta yang dipandu tanpa pemandu. Mungkin ada juga yang mengalaminya sendiri.

Aku sendiri tidak menyangka ianya bakal terjadi pada diriku. Sekitar tahun 2011, aku dan rakanku bercadang untuk ke pekan XYZ pada waktu malam.

Memandangkan gaji baru masuk pagi tadi, memang menjadi kebiasaan kami untuk menghabiskan 12% dari gaji kami untuk berlibur.

Kami bertolak dalam pukul 9 malam. Ye, masih awal bukan. Masih awal untuk kaum2 Jin mengoncangkan keberanian kelakian kami ini. Mungkin Jin yang ini syif pagi. Baru masuk kerja mungkin.

Jarak dari point A (rumah) ke point B (pekan) hanyalah dalam 7-8 kilo. Kira -kira 25 pam rokok surya.

Kami berhenti di lampu isyarat. Lampu merah tanda berhenti. Jika jalan mungkin maut menanti atau maybe abang polis sentri.

Hijau. Kereta bergerak perlahan. Kawasan gelap selepas beberapa meter. Tiada kereta masa itu kecuali satu Volvo lama di bahagian kiri jalan. Kami di kanan jalan.

Perlahan lahan kereta kami menghampiri Volvo lama itu. Apabila kami betul-betul sebelah dengan Volvo itu aku melihat ke arah kereta itu.

Kemudian aku pandang depan dan aku toleh semula. Tiada pemandu! Hanya ada seorang wanita di bahagian duduk penumpang. Dan perempuan itu hanya fokus di depan sahaja.

Aku beritahu kawan aku. Kami sama2 perhati lebih dalam tanpa rasa takut. Dan kereta kami terus meluncur laju meninggalkan Volvo lama itu.

“Lain kali bawak je la kereta Malaysia, takde la aku terkejut sampai macam tadi” luah aku pada kawan aku. Kah kah kah member aku bantai gelak.

Sesungguhnya bawak kereta stering sebelah kiri di waktu malam, sorang-sorang pulak tu, boleh menyebabkan perbalahan dikalangan masyarakat.

Sekian cerita seram saya buat pemecah ketegangan di sebalik cerita cerita sedih, cerai berai, menantu vs mentua dan lain-lain.

Moga kita semua kekal tenang dan kelakar dalam menghadapi segala masalah kehidupan yang datang bak ribut pergi bak semut.

Yang Benar,

– Abang Tenang di Pekan XYZ (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *