Pengalaman Seram Kereta Tanpa Pemandu II

Untuk part I, (https://iiumc.com/pengalaman-seram-kereta-tanpa-pemandu/).

Selesai misteri kes Volvo tanpa pemandu, kami meneruskan perjalanan. Tiba-tiba handphone aku berbunyi. Kelam kabut aku cuba menjawab panggilan takut tak sempat jawab. Kami berhenti di lampu isyarat. Aku masih di talian. Seorang rakan menelefon bertanya mahu jumpa di mana.

Hijau. Kereta bergerak. Dengg. Roadblock di hadapan. Kenapa aku tak perasan sebelum ni padahal kereta aku di hadapan sekali. Terus aku campak handphone ke bawah. Tanda menghormati undang-undang. Dengan perlahan kami menghampiri abang polis. Dia bagi isyarat jalan, tanda aku tidak berbuat salah apa-apa.

“Kenapa ko campak handphone tadi”? soal kawan aku.

“Kan roadblock tadi tu, tak pasal-pasal kena saman kang”. balas aku tenang.

“Aku yang bawak kereta, bukan ko”! jawapan backhand tepat ke dahi.

Terus aku bukak tingkap dan merenung jauh ke langit. Damn you Volvo!!

Sedang aku menulis ini, anak aku yang bongsu panggil.

“Abah.. abah.. adik dah besar nak jadi babi”.

“Bukan babi dik.. baby.. babbbyyy!! babi tu apa?

“Babi tu pig, abah”.

Terus aku teringat kisah seram sewaktu aku memandu keseorangan di jalan JELI-GERIK.
Ianya berlaku sekitar tahun 2017. Isteri aku baru melahirkan anak kami yang kedua. Yang bongsu tu, yang nak jadi baby jugak bila besar tu.

Selesai urusan di Kota JKL, aku meneruskan perjalanan pulang. Hari sudah agak lewat sebenarnya. Jarang sekali aku pulang ke pekan XYZ dalam lewat petang. Tapi ini terpaksa, akan ku redah Banjaran Titiwangsa dengan selamba.

Aku tiba di atas kawasan rehat Banjaran Titiwangsa pukul 8. Matahari hampir tidak menampakan cahaya. Cuaca sudah menjadi dingin. Kebiasaannya dari R&R Titiwangsa ke Gerik memakan masa satu jam setengah ke 2 jam. Bergantung pada aliran trafik dan gaya pemanduan.

Sebulan sebelum itu aku dan rakan pernah melalui jalan ini pada waktu malam. Ketika itu kami baru selesai menghadiri kenduri di Bandar OPQ. Sewaktu menuruni bukit selepas R&R Titiwangsa, rakanku ini tiba-tiba diam. Aku malas nak tanya pasal apa. Ketika itu aku yang memandu.

Kemudian tiba di satu jalan yang gelap, aku dari jauh nampak jalan belok ke kanan. Tapi bila aku sudah dekat baru aku tersedar yang aku harus belok ke kiri. Kemudian barulah rakan aku tadi buka mulut. Katanya dia nampak dua benda putih sedang terbang di bahagian kiri kami ( di kawasan hutan).

Selesai cerita yang itu. Fokus pada cerita aku pula. Sudah hampir sejam aku memandu. Kabus sudah semakin tebal. Aliran penghawa dingin menambah lagi kesejukan malam. Penglihatan ku makin kabur. Aku seperti tidak dapat melihat jalan di depan ku. Seperti rasa cermin hadapan ku dilindungi oleh sesuatu. Putih sahaja.

Bukanlah aku tak dapat melihat langsung, tapi sukar. Aku hanya dapat melihat sikit-sikit celahan yang terang di cermin selain mengagak-agak jalan dan jugak berpandukan cahaya lampu kereta di jalan bertentangan.

Ah sudah. Terus aku teringat kisah-kisah mereka yang memandu di waktu malam yang terbabas di sebabkan cermin hadapan mereka gelap. Seperti ada benda yang merentangkan kain hitam menutupi pemandangan pemandu. Aku cekal.

Hampir 10 minit aku memandu dalam keadaan begitu. Tiba-tiba pemandangan aku jadi terang semula. Aku nampak jalan dengan jelas sekali. Alhmdulillah.

“The wipers on the bus go swish swish swish”.

Terngiang ngiang lagu The Wheel On The Bus tatkala itu. Kalau la aku on wiper waktu tu, pasti 10 minit tu takkan berlaku.

Okay, anda semua boleh teruskan baca kisah-kisah lain pula di IIUM ni. Ceritera dah Tammat!

Yang Benar,

– Abang Tenang di Pekan XYZ (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *