Pengalaman Seram Kobis II

Untuk part I, (https://iiumc.com/pengalaman-seram-si-kobis/).

Hi, Kobis di sini lagi. Terima kasih admin sekiranya admin post confession Kobis yang single dan sendu ni lagi. Almaklumlah single, banyak masa terluang nak menulis kan.

Kobis nak letak disclaimer ni, Acik & Ankel yang tak suka dengan penulisan Kobis boleh lah beralih ke confession lain. Tolong jangan baca, dan tolong jangan berbalah dekat section komen ya. Dan setelah buat pertimbangan,

Confession ni adalah confession terakhir dari Kobis. Jadi, confession kali ni agak panjang ya.

Macam yang dijanjikan dekat confession lepas, kali ni Kobis nak share pengalaman seram dekat office lama Kobis.

Company Kobis bertanggungjawab untuk renovate satu office 34 tingkat dekat tengah kota. So, kitorang ada office bagi tujuan pengurusan dalam bangunan tu. Office kitorang dekat Level 9.

Ikutkan sebelum ni, bangunan tu bangunan kosong yang lama terbiar. Lepas tu ada company lain yang beli dan upah company Kobis untuk buat renovation dalam tu.

Biasanya, setiap hari Jumaat ada housekeeping (gotong-royong) bersihkan bangunan tu dari pukul 8 sampai 9 pagi. Setiap department and setiap ketua department diberi beberapa Level untuk dipertanggungjawabkan untuk jaga level-level tersebut.

Kobis terkecuali sebab bos Kobis yang akan join housekeeping ni. Lepas bos Kobis resign, Kobis pulak yang kena take over untuk join housekeeping. Bincang punya bincang, Kobis ditugaskan untuk jaga Level 2.

Kitorang semua kena bawa pekerja pergi level yang nak kena housekeeping, ambil gambar and masuk dalam group whats app untuk bos tengok. Macam tu lah sepatutnya.

Apa lah nasib Kobis, dah la sorang je perempuan, dapat pulak Level 2. Untuk pengetahuan korang, Level 2 ni jarang orang lalu sebab kawasan ni kawasan diorang simpan barang-barang macam kayu, minyak and besi-besi, sementara level lain semua ada kerja renovation.

So, hari jumaat tu, kitorang kena berkumpul dekat level 4 untuk pilih pekerja. Selepas briefing and pilih pekerja sebanyak 5 orang, Kobis pun turun ke bawah melalui tangga bawak diorang ni pergi Level 2. Ikutkan Kobis pun first time pergi Level 2 ni.

Sampai je dekat pintu Level 2, kitorang semua diam terpaku. Dekat sudut dinding penuh sawang, kayu and besi bersepah, mana-mana ada air bertakung dekat lantai.

Suasana pulak sunyi sangat sampai boleh dengar bunyi air menitik dari siling ke lantai level 2 tu. Kobis pun terus melangkah dari pintu dekat tangga tu and masuk kawasan tu dengan pekerja 5 orang tu.

Dengan pencahayaan yang malap and suram, Kobis rasa seram tapi Kobis pura-pura cool je and terus mintak pekerja tu bersihkan kawasan tu. Setiap kali diorang alihkan barang, bergema kawasan tu dengan bunyi-bunyi dari besi and kayu.

Diorang ni pulak mungkin badmood sebab kena bersihkan kawasan yang kotor and suram macam ni, so cara diorang alihkan barang-barang tu agak kasar. Main hempas-hempas je kayu ke lantai.

Ye la, selama ni kalau housekeeping level lain diorang kena sapu sampah dengan buang sampah je. Level 2 ni dah la kotor, bersepah pulak tu.

Selepas sejam tengok diorang mengemas, jam pun dah pukul 9 pagi. Maksudnya waktu gotong royong dah habis. Kobis pun terus suruh diorang berhenti and bersurai.

Kobis pun satu jugak, Kobis suruh diorang pergi turun bawah ke level G dulu sementara Kobis nak ambil gambar kawasan yang dah kemas tu. Diorang pun OK, so tinggal lah Kobis sorang-sorang dekat situ.

Sambil dengar bunyi tapak kaki pekerja turun tangga, Kobis pun ambil gambar Kawasan tu dengan niat lepas ni nak masukkan dalam group whats app.

Time tengah snap, tiba-tiba Kobis rasa tempat tu sunyi sepi, dan Kobis rasa macam diperhatikan. Time ni la nak meremang semua bulu. Kobis pun cepat-cepat tutup handphone and nak naik office dekat Level 9.

Kobis pun keluar dari Kawasan housekeeping tu menuju ke tangga. Korang mesti pernah pergi naik tangga dekat mall atau dekat bangunan kan, suasananya seram and sunyi.

Ditambah tangga Level 2 ni penuh habuk, sawang sana sini, mozek lantai pecah-pecah. Bangunan lama lah katakan.Time tengah naik tangga, Kobis ada dengar satu bunyi,

‘’eeekkkkkkkkkkkk”

Bunyi tu betul-betul dekat belakang Kobis. Bunyinya macam bunyi pintu yang berkeriut-keriut tu, tapi dalam bentuk suara manusia. Masa ni ada lah dalam 4 anak tangga Kobis dah panjat. Dengar bunyi ni, Kobis terberhenti.

“eeeekkkkkkkkkkkkkk” bunyi lagi. Tapi kali ni bunyinya lebih garau dan lagi panjang dari yang tadi.

Kobis dah meremang, jantung Kobis berdegup kencang, Kobis kuatkan kaki Kobis melangkah lagi 5 anak tangga dan akhirnya sampai ke landing (pertengahan antara tangga atas and tangga bawah) Kira-kira ada lagi 10 anak tangga Kobis kena naik untuk sampai ke Level 3.

Time dekat pertengahan tangga ni, walaupun takut, tapi deria nak tahu Kobis membuak-buak. Sambil berlari anak, Kobis menjeling ke bawah tempat Kobis berhenti tadi. Ada satu susuk tubuh tegak berdiri tengah pandang Kobis dengan tajam.

“Benda” tu dibaluti kain berwarna putih,ada kesan berwarna coklat seakan-akan warna tanah, and saiznya lagi besar dari saiz manusia biasa. Ya, itu Pocong!

Masa ni Kobis terus pejam mata, Kobis lari sekuat hati sampai lah ke level 4. Sampai Level 4, Kobis dah jumpa team housekeeping yang lain. Fuhh legaaa. Kitorang pun sama-sama naik tangga sampai Level 9.

Sampai office, baru lah Kobis cerita dekat officemate Kobis. Rupa-rupanya, banyak je kes mistik dekat office tu. Cuma kes diorang belum pernah lagi terjumpa and nampak susuk tubuh macam Kobis.

Yang diorang alami macam dengar suara orang menangis, dengar bunyi kerusi bergerak, and paling tidak pun diorang nampak orang yang sama dekat 2 tempat berbeza huhu.

Diorang suruh Kobis tanya security guard, Kobis pun pergi tanya nak tahu apa yang diorang alami. Security kata,

“paham-paham je lah” sambil tersenyum.

Sejak kes Kobis nampak “benda” tu, hidup Kobis terus tak tenteram. Boleh dikatakan setiap minggu ada je yang jadi dekat Kobis.

Barang teralih ke tempat lain, bunyi perempuan menangis belakang kerusi Kobis, penampakan bayang-bayang dekat sliding door, “benda” tu ikut Kobis menyanyi, lampu dekat toilet tiba-tiba terpadam and macam-macam lagi. Tak cukup kalau nak listkan semua dekat sini huhu.

Memang hati kering betul jembalang ni tak habis-habis kacau Kobis.

Kawan-kawan lain pun kena, tapi tak sekerap Kobis. Tapi benda ni bermusim, kalau dia nak kacau, berterusan la Kobis dengan kena kacau. Kalau musim dia tak kacau, tenang lah kitorang semua dalam 2-3 bulan tanpa gangguan.

Cuma, Kobis perasan benda ni akan terjadi dekat geng-geng yang selalu solat dekat office. Ni bukan Kobis je perasan ea, kawan-kawan Kobis yang solat and tak solat pun akui benda ni huhu.

Ada satu hari ni, Kobis balik kerja lewat. Masa ni Kobis belum beli kereta lagi, so Kobis balik kerja naik LRT. Mana yang baca confession Kobis yang lepas, mungkin ingat Kobis cakap Kobis pernah kena game dengan owner rumah lama.

Dalam iklan dia cakap rumah sewa dekat dengan LRT, tapi hakikatnya jauh. OK malam tu, Kobis sampai stesyen LRT rumah Kobis hampir pukul 11 malam.

Masa ni, kawasan rumah kedai yang Kobis kena lalu sepanjang nak ke rumah dah sunyi. Yang ada cuma beberapa ekor anjing yang berkeliaran gongong tong sampah cari makanan.

Nasib baik lah anjing tu tak ada mood nak kejar Kobis. Mungkin sebab diorang tengah sibuk menafkahi diri masing-masing dekat tong sampah, tu sampai tak perasan Kobis lalu.

Lepas berjaya lalu kawasan rumah kedai dengan selamat, Kobis lega. Tapi Kobis lupa depan lagi ada kawasan pejalan kaki yang kiri kanannya ada pokok-pokok besar yang Kobis kena lalu.

Maklumlah, selalunya balik kerja dari LRT kalau Kobis penat sangat Kobis naik teksi je, ada lah kena bayar tambang dalam RM5. Tapi malam tu, entah kenapa Kobis rasa nak balik jalan kaki je.

Sambil-sambil jalan tu, Kobis terfikir, lain betul suasana pejalan kaki ni bila malam and pagi. Selalunya kalau pagi-pagi, ada orang lain turut sama berjalan kaki nak pergi stesyen LRT.

Bila malam ni, sunyi sepi kawasan ni, cuma ada lampu jalan je yang menemani Kobis. Paling tidak pun, ada la sebiji dua kereta lalu melepasi Kobis.

Sampai ke kawasan pejalan kaki ni, sambil berjalan Kobis terpandang satu tempat pemujaan kecik dekat bawah pokok. Kobis pun cepat-cepat alihkan pandangan, buat macam biasa je. Tiba-tiba je Kobis rasa seram sejuk. Time tengah seram ni Kobis dengar macam ada bunyi,

“preng….preng” macam bunyi motor jelas dekat belakang Kobis.

Masa ni dah lega sikit la, mungkin ada motor nak melepasi Kobis, tak ada la Kobis rasa sunyi sangat. Kobis pun cepatkan langkah supaya motor tu boleh teman Kobis sampai simpang nak ke rumah Kobis.

Tapi, tiba-tiba bunyi tu terus hilang. Kobis pelik, kawasan ni jalan lurus, mana ada simpang lain kecuali simpang nak ke rumah Kobis yang jaraknya lebih kurang lagi 100 meter kehadapan. Mungkin motor belakang Kobis ni tiba-tiba berhenti tepi jalan.

Kobis yang cerdik ni pun menoleh ke belakang. Entah lah, kadang-kadang tindakan reflex Kobis ni dari dulu memang banyak menyusahkan diri Kobis.

Time menoleh ke belakang tu lah, ada satu “benda” terapung dalam posisi duduk bergerak lalu melepasi Kobis. Tak laju, tak perlahan. Yang pastinya Kobis nampak “benda” tu.

Berderau darah Kobis. Masa ni Kobis boleh rasa darah dalam badan bergerak menyerbu ke muka Kobis sebab Kobis terkejut sangat.

“Benda” tu kecik je, macam anak patung. Kobis tak pasti apa, tapi atas kepala dia macam ada seakan-akan tanjak berwarna hitam. Pakaian dia serba hitam, muka dia pun kecil macam anak patung. Mukanya tak berapa jelas sebab tanjak tu besar menutupi sebahagian kepala dia.

Kobis pusing depan, pejam mata beberapa saat sambil terus lari sekuat hati balik rumah. Kejadian ni buat Kobis demam beberapa hari.

Kobis tak pasti itu halusinasi Kobis sebab Kobis penat atau apa, tapi Kobis memang takut, sampai sekarang kalau lalu tempat tu naik kereta, Kobis takkan tengok kiri kanan.

Tak ada sesiapa tahu pasal ni, kecuali bf Kobis masa tu sebab Kobis demam teruk. Family Kobis dekat kampung pun tak tahu. Kobis takkan cerita dekat sesiapa kalau benda tu sangat disturbing pada Kobis. Time menulis ni pun, Kobis seram.

Masa Kobis cuti MC tu, kakak Kobis marah-marah jugak kenapa Kobis ni asyik MC je, tapi Kobis tak nak cerita. Semoga apa yang jadi dekat Kobis tak terjadi dekat dia lah hendaknya huhu.

Selepas kes tu, Kobis pun teruskan hidup macam biasa. Gangguan bunyi-bunyian dekat tempat kerja masih ada, Kobis pun dah lali. Sampai satu hari, ada sorang staf baru pangkat manager masuk ke company Kobis.

Kobis namakan dia James. James ni sebenarnya dulu pernah resign masa jaga projek ni beberapa tahun lepas, kemudian bos panggil dia masuk semula.

James ni ada dekat projek ni dari awal lagi so dia tahu semua cerita pasal projek ni. Yang buat Kobis terkejut, James cerita biasanya masa awal-awal project diorang ada buat upacara pemujaan minta izin dekat “tuan tanah” untuk dirikan projek.

“Tuan tanah” yang James describe tu, sebiji macam “benda” terapung yang Kobis nampak masa balik kerja tu. Takkan benda tu ikut Kobis balik rumah?

Tapi James cakap “benda” tu bukan ada dekat projek Kobis je, semua tempat pembinaan ada. Mungkin benda tu yang mendiami tempat pemujaan yang Kobis nampak masa balik kerja dulu? Mungkin memang masa tu dia nak lalu? Kobis pun tak tahu.

Disebabkan Kobis ni suka dengar cerita seram, Kobis pergi tanya abang-abang yang bawak tower crane (TC) dekat tempat kerja Kobis.

Aduhai, abang ni cerita lagi tak ada tapis-tapis. Selamba badak je dia cerita dekat Kobis kadang-kadang kalau dia kena kerja sampai pagi, ada je pontianak bertenggek teman dia.

Teman je, tak kacau pun. Abang-abang TC kata, lama-lama dah biasa. Yang penting aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku. Dah capai persefahaman gitu lah dengan cikpon tu.

Kalau korang tak percaya, boleh lah tanya abang-abang yang bawak TC ni mesti diorang ada pengalaman seram sepanjang diorang kerja malam-malam.

Itu lah cerita dekat company lama Kobis and rumah lama Kobis. Kejadian ni berlaku masa sebelum PKP lagi. Kobis pun dah 3kali pindah rumah sejak duduk kerja dekat sini.

Alhamdulillah sejak Kobis tukar kerja and pindah rumah, tak ada apa-apa yang pelik sangat. Paling tidak pun, Kobis kalau tidur sorang Kobis buka lampu, tapi esok pagi Kobis bangun lampu dah tertutup. Ha sekadar macam tu je lah.

Terbaru ni, Kobis pindah rumah untuk buat kali ke-4. Kobis rasa Kobis mungkin akan mengalami masalah lain lepas ni sebab..

Rumah sebelah Kobis ni rumah kosong.

Rumah tu dah kosong sejak bulan 12 tahun lepas. Masa awal-awal Kobis pindah sini, ada satu hari tu Kobis tak boleh tidur sebab roomate Kobis berdengkur, so Kobis ambik keputusan untuk tidur dekat ruang tamu.

Keesokan paginya, ada kesan lebam dekat betis Kobis. Kobis anggap mungkin Kobis ada terlanggar apa-apa lepas tu jadi lebam. Tapi, kulit Kobis bukan jenis yang cerah and Kobis jarang ada lebam dekat badan.

Yang peliknya, kesan lebam ni berbentuk separa bulatan. Macam kesan gigitan dari gigi atas. Kobis malas nak fikir bukan-bukan, seminggu lepas tu kesan tu hilang. Kakak Kobis yang kerjanya berbakti pada masyarakat pun hantar link artikel dekat Kobis,

“Kesan lebam dekat badan disebabkan kekurangan magnesium,” huhu

Sebenarnya lepas Kobis bangun tidur and nampak kesan lebam tu Kobis terus pergi tidur rumah kakak Kobis malam tu. Esok pagi Kobis tunjuk kesan lebam tu kat dia, saje je nak tuduh rumah dia yang ada hantu hahahaha.

Baru-baru ni, Kobis nak bersiap pergi kerja. Masa ni pukul 6.15 pagi and Kobis dekat dalam bilik. Tengah bersiap, Kobis dengar bunyi guli dekat ruang tamu. Macam biasa, tindakan refkleks Kobis ni pergi buka pintu and menjengah kedepan. Bunyi tu terus berhenti.

“Ahhh bunyi tekanan air dekat paip ni,” Kobis cakap dalam hati. Terus Kobis masuk balik bilik and bersiap macam biasa.

Korang doakan Kobis kuat semangat and sentiasa dilindungi ya. Goodbye everyone!

– Kobis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *