Pengalaman Seram Pakai Contact Lens

Assalamualaikum. Berkali-kali aku cuba hantar confession ni tapi tak lepas. Disebabkan aku menaip time kerja, jadi kena stop bila ada kerja atau orang atas menjengah kat PC.

Hahaha jangan tiru perbuatan ini ye anak-anak. Anyway sekarang ni waktu rehat so boleh la aku menaip tanpa halangan. InsyaaAllah. Heh.

Gini, aku nak share pengalaman aku pakai contact lens colorful yang jadi trend sekarang ni, sebab aku baru baca confession Mr F (https://iiumc.com/penggunaan-contact-lens-secara-selamat/).

Masa tu aku nak menikohh. Jadi aku punya hasrat untuk kelihatan lebih ayu dihari bahagiaku dengan tidak memakai cermin mata yang dah jadi sebahagian daripada identiti aku sejak sekian lama. Maklumlah, jadi raja sehari kan sekali je seumur hidup. Gitu.

Aku dapatkan contact lens daripada 1 ig shop ni. Ramaaaaiii followers dia, tak silap aku cecah ratus ribu lah. Aku tak siasat pulak real ke fake followers semua tu.

Yang buatkan aku yakin nak beli ialah selepas baca review-review yang cambest daripada customer dia. Repeat customer pun ramai.

Ofkos lah dia tunjuk review yang best-best je kan supaya laku barang dia. Design lens dia pun cantik-cantik.

Dan yang paling buat aku cair ialah promosi ig shop ni pada masa tu RM45 untuk 2 pasang, lepas tu free lagi sepasang. Kiranya dengan harga bawah RM50, aku boleh dapat 3 pasang soft lens.

Boleh mix power kalau mata kiri n kanan tak sama power. Sepasang lens boleh pakai untuk 3 bulan.

Wah ni dah macam durian runtuh bagi aku. So membelilah aku akan contact lens itu. Warna hazelnut lagi.

Selang setanak nasik kemudian, barang pun sampai. Aku try pakai gi jalan-jalan, dalam tempoh 3 jam macam tu. Ok je takde irritation pun.

So hepi la aku, dan terus berangan untuk bermata cantik seperti artis bollywood di hari nikah nanti. Tiap hari aku bilas n ganti air rendaman contact lens tu. Siap beli extra solution n bekas tau, demi menjamin kebersihan lens tersebut.

Sepurnama kemudian, datanglah hari yang ditunggu-tunggu. Aku pakai lens tu daripada pukul 8 pagi masa mekap.

Masuk jam 12 tengah hari, aku dah tak tahan sebab mata aku makin pedih sebenarnya daripada jam 11 lagi. Terus aku masuk rumah n tukar pakai spek. Lagipun majlis dah nak habis (pkp), jadi aku pun dah tak kisah.

Suami dah membebel sebab dia memang daripada awal cakap tak usah la pakai lens bagai, pakai spek je. Tapi biasalah, bukan perempuan namanya kalau tak keras kepala kannn.

Dalam tempoh sebulan lepas tu, mata kiri aku kerap sakit. Sakit mata yang merah-merah tu. Yang bila kau sujud, rasa nak tercabut biji mata. Huhu.. seksa weii.

Aku terus ke klinik pakar mata swasta untuk dapatkan rawatan. Doktor tu cakap mata aku very dry. Dia bagi ubat titis untuk dipakai selama sebulan.

Pendekkan cerita, lepas sebulan mata kiri tu dah ok. Hepi kejap aku. Tapi kejap je. Tak lama tu, mata kanan aku mula kabur. Aku rasa pelik sebab aku pakai spek pun, kabur jugak.

Aku jadi takutlah, sebab makin hari makin kabur. Lepas tu start rasa pedih-pedih. Kualiti kerja aku pun terjejas sebab aku tak boleh nak buat kerja laju-laju disebabkan penglihatan aku yang tak 100% jelas.

Aku jadi blur sikit time mengadap pc sebab menahan rasa pedih kat mata kanan ni. Time driving pulak, aku konfiden kan je sebab mata kiri jelas lagi.

Tapi semua ni aku diamkan je, tak bagitau sesiapa pun termasuk suami. Dekat sebulan jugak aku tahan. 1 hari tu thanks to google, aku tiba-tiba takut kalau mata kanan ni akan buta. Korang kalau ada sakit tu tak payah la google.

Tau-tau dia cakap korang akan mati. Lebih baik jumpa dokte terus lah. Sekian pesanan khidmat masyarakat. Ok back to my story.

Aku ke klinik mata swasta tu lagi. Doktor lain pulak check. Dia kata mata kanan aku kering n ada damage sikit, sebab tu jadi blurry.

Tapi dia cuma bagi ubat titis untuk mata kering je. Dia tak explain lebih pasal damage tu. Dia nak suruh aku datang lagi minggu depan. Memang lah. Sekali datang, dia charge aku almost RM150. Koyak beb.

So beberapa hari kemudian, aku study pasal klinik pakar mata dekat hospital kerajaan area aku. Sebab nak jimat kos huhu..

Then hari jumaat tu aku nekad amik halfday, pergi mintak surat rujukan daripada Klinik Kesihatan untuk aku ke hospital tu.

Korang boleh guna cara ni tau kalau nak ke klinik pakar sakit yang lain jugak. Pergi ke KK, request nak surat referral ke hospital/ klinik pakar kat hospital.

Untuk check kulit ke, mata ke, jantung ke. Kalau dah tahu takpe. Aku tulis untuk org yang blur macam aku jugak. Manatau kan.

Anyway. Doktor KK tu macam cemas lepas check mata kanan aku. Tak merah tapi mata putih tu bengkak n aku rasa pedih sangat.

Doktor tu kalau boleh nak suruh aku pegi klinik pakar mata time tu juga. Tapi dah petang, tak sempatlah. Doktor tu insist aku pergi sana hari isnin nanti, jangan lambat-lambat katanya.

Isnin tu aku tebalkan muka jumpa supervisor, minta halfday lagi untuk ke hospital yang letaknya di daerah lain daripada tempat aku.

Sampai di klinik pakar mata, aku diberi rawatan kecemasan i.e. prioriti untuk dapat rawatan dulu. Korang faham kan gais, klinik pakar mata ni letaknya di dalam hospital besar.

So optometrist check n kata kedua-dua mata aku sangat kering, mata kanan aku ada scar n jangkitan apa nama entah.

Dia tanya, “ada pakai contact lens ke? Mata awak sangat kering. Lepas ni tak payah pakai terus contact lens”… huhu. Dia bagi aku macam-macam ubat n suruh aku datang 2 hari kemudian.

In fact, dalam 2 minggu tu aku kena datang follow up setiap 2 atau 3 hari untuk tengok kadar kesembuhan mata aku.

Jarak rumah aku dengan hospital tu 40 minit, lepas tu aku kena selalu halfday lagi.. memang tebal muka aku mengadap supervisor n kawan-kawan opis yang kena tanggung kerja aku.

Bila suami dapat tahu hal sebenar, terus dia cakap, “kan dah cakap dulu jgn pakai contact lens. Tapi awak degil. Nak cantik sekejap tapi skrg susah berhari-hari”. Aku redha je mendengar sebab memang salah aku. T___T

Tengok la gais, gara-gara contact lens murah tu mata aku sakit macam ni. Kesian mata aku.

Sekarang dah dekat sebulan aku dapatkan rawatan daripada klinik pakar mata tu. Alhamdulillah penglihatan aku makin improve dengan baik sekali. Dah takde pedih or bengkak. Mata kanan pun makin jelas.

Dan walaupun bermacam ubat n rawatan yang aku terima, kos yang dikenakan pada aku setakat ni cuma RM10 saja.

Aku sangat berpuas hati dengan layanan yang aku terima daripada semua kakitangan klinik/ hospital kerajaan ni. Treatment nya lagi best daripada yang aku dapat kat klinik swasta tu.

Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan perkhidmatan kesihatan kita yang sangat cemerlang ni. Tiberrr, dah macam ucapan politikus.

Akhir kata, korang takyah la gatal nak pakai contact lens murah macam aku. Sayangilah mata anda. Hanya kerana nak cantik, kesihatan terjejas. Kalau kena jugak pakai contact lens, sila consult pakar mata la. Bukan beli kat ig shop macam aku weh. So setupido.

Secondly, respek lah kakitangan hospital kerajaan. Servis baik, kos murah. Cuma kau kena korban masa menunggu sikit. Standard la tu kan. Ramai yang sakit, bukan nya kita seorang.

Kalau ada sorang dua staff dia yang like so very the garang, kau ingore je lah. Dia pun manusia, ada bad day juga. Kita pun idokle mood hepi 24 hours. Apalagi dia yang ngadap beratus patients seharian.

Ok lah bye. Waktu rehat dah habis. Assalamualaikum.

– Rani (Bukan nama sebenar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *