Hai, thanks admin handsome sudi siarkan confession Kobis lagi.
Boleh juga baca,
(https://iiumc.com/sweet-psycho-revenge/).
(https://iiumc.com/sweet-psycho-revenge-ii/).
(https://iiumc.com/pengalaman-si-kobis/).
(https://iiumc.com/cerita-si-kobis-william/).
Kobis nak cakap ni, Kobis bukan merajuk pon. Terasa sikit je huhu. Tapi tak apa, terpulang lah kalian nak samakan identity Kobis dengan sesiapa, Kobis bukan nak fofular pon, hehe.
Sekadar mengisi masa lapang dengan bercerita benda yang terjadi dalam hidup Kobis. Yang penting Kobis harap kalian menyukai penulisan Kobis okay!
Dekat sini, Kobis nak share pengalaman seram Kobis yang terjadi dekat rumah kakak Kobis.
Masa ni hujung minggu, so Kobis balik la rumah kakak Kobis, saje menghabiskan beras dia. Asyik habiskan beras dekat kampung je, sesekali habiskan beras kakak la pulak. Tapi time Kobis datang tu la, tiba-tiba kakak Kobis kena masuk hospital sebab dia disyaki kena demam denggi.
Nak balik kampung, malas pulak Kobis nak naik bas tingtong tu. Nanti masa banyak habis atas bas je. So, Kobis duduk je lah dekat rumah kakak sorang-sorang.
Tapi nasib baik rumah kakak ni dalam kawasan taman perumahan, so takde la sendu sangat Kobis duduk rumah sorang-sorang.
Lagi satu, kucing kakak yang montel berbulu putih bertompok oren tu ada kat rumah. Boleh lah Kobis gunakan dia sebagai senjata kalau apa-apa yang jadi.
Dah alang-alang ada yang komen ingat Kobis ni selebriti tiktok terkenal, meh la Kobis cerita sikit.
Btw, rumah kakak Kobis ni satu daerah dengan rumah selebriti tu, (saje nak tumpang glemer sekejap). Cuma rumah dia kakak cakap dekat kawasan kampung, rumah kakak Kobis pulak dekat dengan pekan T.
Kakak Kobis ni pulak single dan kerjanya berbakti pada masyarakat, so dia agak busy dan tak sempat nak memasak sangat. So faham-faham lah dapur orang single tu macam mana. Ingat nak tolong habiskan beras, sekali beras memang dah habis dulu huhu.
Disebabkan kerjaya kakak Kobis, dia agak terkenal la jugak. Even sampai sekarang, kakak Kobis selalu update story gambar makanan orang gantung dekat pagar rumah dia.
Masa covid haritu lagi lah banyak makanan jiran bagi dia, sampai kakak panggil Kobis balik suruh habiskan makanan. Dia ingat adik dia tong dram agaknya.
Kalau pergi mana-mana dengan Kakak Kobis, ada je yang tegur dia. Lepas tu mesti diorang tanya kakak Kobis, tu adik ke, lain je muka. Sorang macam lada benggala, sorang macam Kobis. Hmm Kobis sengih je la.
Disebabkan kakak Kobis masuk wad, so Kobis terpaksa la cari makan sendiri. Kakak Kobis pun cakap makan je la ape-ape yang ada kat rumah, atau tapau kat kedai. Masa ni Foodpanda & Grabfood belum meluas lagi sampai ke rumah kakak Kobis.
Kebetulan minggu tu ada marhaban, atau orang jawa panggil baraan. Ala yang kita datang rumah orang nyanyi-nyanyi lepas tu makan. Eh banyak la kau punya nyanyi Kobis. Selawat lah. Ha, kakak Kobis suruh Kobis join marhaban rumah ke rumah tu.
Kakak Kobis pun dah maklumkan pada ahli marhaban yang Kobis merangkap adiknya akan datang bagi mewakili beliau untuk menghabiskan makanan tuan rumah.
Aduhh Kobis ni dah la introvert, tiber kena beramah mesra pulak dengan orang-orang tua. Tapi disebabkan lapar, Kobis tebalkan aje lah muka.
Nasib baik acik jiran berdekatan rumah ni baik dengan kakak Kobis, so time pergi marhaban tu Kobis tumpang lah kereta dia. Sudah lah nak pergi makan free dekat rumah orang, dapat sekali package tumpang kereta haha.
Masa ni Kobis makan tak ingat dunia dengan harapan boleh kenyang sampai malam esok. Sebab ikutkan lusa baru kakak Kobis dah boleh discaj balik rumah.
Eh lupa pulak nak cerita kisah seramnya. Kisah ni berlaku keesokan harinya selepas hari Kobis melantak dekat rumah jiran-jiran.
Dipendekkan cerita,esok paginya Kobis dah membuang. Hmm rugi betul. Nampaknya Kobis akan lapar tak lama lagi. Kau pun tak agak-agak masa melantak tu Kobis, ingat perut ni macam peti ais ke boleh simpan-simpan makanan.
Malam tu, Kobis pun mula menyelongkar dapur kakak Kobis, ada pun makanan dalam cabinet hehe.
Mula-mula nak masak megi, tapi cacing dalam perut Kobis cakap “No mama, we don’t want megi. We want tom yam,” ha gitu. Sebenarnya ada je makanan kat rumah kakak Kobis tu, tapi tahu lah cacing dalam perut Kobis ni kelas bangsawan.
So Kobis pun terus capai kunci kereta kakak, start enjin dan bergerak ke pekan cari kedai tomyam. Masa ni, Kobis tak reti sangat bawa kereta tau.
Time tu bawa kereta kalau boleh kerusi tu nak rapat sampai ke stereng aje. Walaupun kaki Kobis panjang, tetap nak duduk setegak yang boleh. Punya lah takut, dah la malam-malam, tak biasa bawa kereta pulak tu.
Cakap pasal kereta ni, teringat pulak dekat anak buah Kobis 3 ketul tu. Kereta yang Kobis beli sekarang ni ada reverse camera. So kalau bawak kereta and kena parking reverse memang Kobis akan tengok reverse kamera tu.
Itu pun kawan Kobis yang ajar, dia kata “ko xpayah tengok cermin kiri kanan dah..tengok camera ni je,”Sejak tu kalau nak park kereta memang Kobis kena tengok reverse camera.
Sampai lah satu hari ni, Kobis datang rumah kakak. Lepas tu kakak mintak tolong Kobis pergi hantar kucing dia pergi grooming. Ye la, bulunya tebal kesat tak terurus dah macam gorilla.
Kobis pun pinjam lah kereta kakak, Axia. Kobis lupa kereta kakak ni tak ada reverse camera. Sampai depan kedai kucing tu, Kobis jumpa parking yang kena parking reverse.
Punya lah gelabah Kobis, alamak nak tengok mana ni. Cermin sisi, belakang, semua Kobis tengok.
Kotak parking tu punya lah besar, tapi Axia yang Kobis bawa tu sekejap kedepan, sekejap kebelakang. Kedepan, kebelakang. Sampai anak-anak buah Kobis tanya “Maksu..lama lagi ke..”sambil diorang buat muka boring huhuhu.
Last-last Kobis park je la ikut suka hati, asalkan masuk kotak. Bila keluar, ya rabbi senget betul 45 darjah.
Kobis pimpin anak buah Kobis dengan pegang kucing serupa gorilla tu, terus masuk kedai tu cepat-cepat. Malunya orang lain nampak. Hmm dasar Kobis tak reti parking kereta.
Ok berbalik cerita perut Kobis nak makan tomyam tadi. Sepanjang drive melilau lah mata Kobis cari kedai tomyam. Akhirnya jumpa juga kedai tomyam dekat sebelah kanan Kobis. Tapi, Kobis terlepas.
Disebabkan kobis terlepas simpang kedai tomyam tu, Kobis pun berniat nak cari kawasan lapang nak pusing balik. Cari punya cari, tak jumpa. Jalan tu lurus je. Kobis yang lurus macam jalan tu pun nekad yang Kobis nak jalan je selagi tak jumpa simpang Kobis tak nak pusing.
Akhirnya dari jauh Kobis boleh nampak ada simpang sebelah kiri Kobis. Dekat simpang tu ada pintu gerbang bertulis nama kampung tu.
Kobis bagi signal, dan terus belok ke kiri. Kobis pun teruskan bawa kereta, dengan niat kalau jumpa kawasan lapang sikit kobis nak pusing.
Tapi semakin lama, jalan tu semakin kecik. Semakin Kobis kedepan, semakin tinggi lalang dekat kiri dan kanan jalan.
Jalan yang mulanya ada 2 lane, bertukar jadi 1 lane. Kobis ni ada satu tabiat tau, Kobis suka rekod video time drive. Sambil drive tu Kobis keluarkan phone, and start merekod kegelapan dekat depan Kobis.
Selepas lalu jalan yang penuh dengan lalang, akhirnya Kobis sampai ke kawasan tanah lapang. Kawasan tu macam kawasan construction, tapi lapang. Ada sebiji bangunan lebih kurang 5 tingkat sebelah kiri Kobis yang masih lagi under construction.
Dekat sebelah kanan, ada divider kayu yang memisahkan kawasan tu dengan gaung. Masa Kobis masuk kawasan ni, ramai pekerja warga bangladesh tengah duduk bersidai dekat divider tu menghadap gaung.
Mungkin diorang tengah melayan perasaan rindu dengan awek dekat kampung halaman agaknya. So diorang ibarat di halaman rindu, cuma tak berteman bunga yang layu huhu.
Bila kereta Kobis masuk, diorang semua pandang Kobis. Mungkin tak pernah nampak kereta asing masuk kawasan situ.
Tangan kiri Kobis masih lagi pegang phone, merekod, dan tangan kanan Kobis tengah pegang stereng. Time Kobis nak pusing tu pun, ada pekerja-pekerja Bangladesh tengah berjalan. Bila nampak kereta Kobis, diorang terus ketepi bagi laluan dekat Kobis.
Akhirnya Kobis berjaya buat pusingan dan keluar dari kawasan construction tadi tu. Yang peliknya, waktu keluar jalan yang sempit tu, Kobis rasa cepat je sampai ke jalan besar.
Time nak masuk tu punya lah payah. Tapi Kobis tak fikir apa lah, sebab sama je macam kalau kita nak pergi satu tempat kan. Nak pergi rasa lama, balik tu sekejap je.
Keluar dari simpang tu, Kobis pun teruskan bawak kereta macam biasa. Tiba-tiba kereta-kereta yang bertentangan dengan Kobis, bagi high beam dekat Kobis. Kereta belakang Kobis pun sama. Banyak kali pulak tu.
Tak cukup dengan tu, diorang hon-hon pulak. Kobis dah tak sedap hati. Kenapa diorang semua hon-hon Kobis, apa salah Kobis?
Time ni la tiba-tiba nak teringat kisah-kisah seram yang Kobis suka baca dekat fiksyen syasya. Kalau kena hon-hon tu, maksudnya ada “benda” ikut kereta Kobis.
Kobis tahu William tengah pergi makan dengan gf dia, tapi dalam kepala Kobis masa tu tak fikir orang lain selain dia. Kobis pun whats app William and bagitahu orang hon-hon kereta Kobis.
William tanya,
“dekat situ ada petrol pump tak?”
Kobis jawab ada. William pun suruh Kobis teruskan bawak kereta dan berhenti dekat petrol pump.
Lepas tu dia suruh turun beli air and duduk luar sekejap. Ikutkan Kobis nak je call William, tapi dekat petrol pump kan tak boleh pakai phone.
Kobis memang tak berani pakai phone dekat petrol pump sebab pernah tengok video dekat pesbuk yang orang terbakar time isi minyak sebab dia jawab phone. Padahal Kobis parking jauh je dengan tempat orang isi minyak. Tapi biasalah Kobis, penakut. Buatnya meletup, kan naya.
Sambil minum air soya, Kobis tengok-tengok lah keliling kereta kakak, tak ada apa-apa pun. Bila dah tak takut, Kobis pun drive balik rumah.
Selepas basuh kaki semua, Kobis terus baring dalam bilik.
Time tengah baring-baring, Kobis belek-belek la phone dan Kobis tengok video yang Kobis record masa tengah drive tadi.
Minit pertama video masa lalu lorong yang ada lalang tu, tak ada apa-apa. Masuk ke tempat yang banyak pekerja bersidai tu, meremang semua bulu yang ada dekat Kobis. Masa Kobis sampai kawasan tu kan ramai pekerja tengah duduk-duduk, bersantai di halaman rindu kat situ.
Tapi dalam video tu, kosong! Langsung tak ada kelibat manusia. Yang duduk bersidai dekat divider menghadap gaung, yang toleh belakang & bagi Kobis laluan, langsung tak ada!
Yang ada cuma ada suara Kobis je bercakap sorang-sorang dalam video tu. Siap ada lagi suara kobis cakap “tengok ni banyaknya bangla..”tapi dalam video tu, tak ada kelibat manusia langsung, sunyi sepi.
Masa ni nak nangis je rasa. Kalau bukan manusia, yang Kobis nampak ramai-ramai tu apa? Sudah lah lapar, kakak Kobis tak ada. Nak masak megi kat dapur pun Kobis takut.
Tak lama lepas tu, William call tanya Kobis ok ke. Sambil berborak tu, Kobis send video tu ke William and cerita pasal apa yang Kobis nampak.
Akhirnya dengan William-William pun terpaksa teman Kobis tidur malam tu. Kobis rasa, dia pun takut. Kobis on je call dengan William tu sampai pagi.
Kadang-kadang Kobis terjaga Kobis panggil-panggil William, William menyahut (hopefully masa tu memang betul William la yang menyahut). Dia pun tidur-tidur ayam agaknya.
Mesti gf William berbulu je dengan Kobis masa ni. Nak dating pun kena kacau. Kobis pun satu hal jugak, kakak kan ada. Yang pergi kacau orang dating dah kenapa hmm.
Tapi bila fikir balik elok juga lah Kobis call William, kalau nak suruh kakak yang on call sampai pagi dengan Kobis mau kena lepuk mengada benor.
Tak lama lepas kejadian tu, diorang putus. William cakap susah nak jaga, bela Kobis lagi senang. Ingat Kobis ni anak kucing ke nak bela bela pulak. Kobis ni spesis tenggiling okay, rare gitu. So adakah Kobis perlu tukar nama kepada tenggiling? Hehe.
Gf William lawa kot macam model, nak dibandingkan Kobis yang macam potato ni. Masa dia menyamar jadi bf Kobis dulu tu boleh la Kobis berangan, sebab dia bagi password fb dia. Sesuka hati je Kobis nak tulis apa-apa termasuk komen dekat fb Kobis sendiri huhu.
Now not anymore.
Sejak tu, sampai la sekarang William single and jadi gila kerja. Mungkin dia heartbroken lepas kena tinggal kot. Tapi haritu Kobis nampak ex gf dia ada je komen dekat fb dia, tak tahu lah dah get back ke apa, malas lah nak tahu huhu.
Ha itu lah pengalaman seram tak berapa seram Kobis nak share. Ada lagi satu kisah seram Kobis dekat tempat kerja, ni memang jembalang hati kering punya.
Ada masa nanti Kobis share lagi. Thanks semua yang sudi baca & komen. Bye!
– Kobis (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit