Pengalaman Tagih Hutang

Hai, assalamualaikum. Aku Rozita. Cerita ini lebih kepada berkongsi sahaja.. Nama peminjam saja aku guna: Munah. Munah ialah rakan sekerja aku, duduk betul-betul meja depan, bertentang dengan aku.

Kita terus kepada cerita ya..

Pada Jun 2019, Munah mengajak aku join main kutu, 10 orang × sebulan RM200. Dia ketua jadi dia yang first akan dapat duit.

Aku menolak baik ajakannya. Aku tak pernah join mana-mana group main kutu. Aku tak minat. Lagi pula banyak orang bercerita main kutu tak dapat balik duit. Maka Munah pun ajak rakan sekerja yang lain.

Oktober 2019, Munah menyuarakan hasrat nak pinjam duit aku RM400, buat deposit beli kereta. Aku bagi saja tanpa banyak soal. Dia pun berjanji akan mula bayar RM100 pada gaji bulan depan.

Gaji bulan November 2019, dia tak bayar pun seperti dijanjikan. Aku diam lagi. Masuk Disember 2019, aku mesej, “Kak, saya nak peringat bayar RM400 kak pinjam tu.”

Dia jawab, “Ohh ya ya. Okay sat kak bayar RM100 nah.”

Masuklah RM100 dalam akaun aku. Jadi baki hutang RM300 lah.

Januari, Februari, dan bulan seterusnya, dia tak bayar jugak. Aku pun dah jadi malas nak minta, aku diamkan saja. Sehinggalah Januari 2022.

Munah mesej aku, mesejnya macam betul-betul dalam keadaan emergency.

“Assalamualaikum Cikta (panggilan rakan sekerja), kak betul-betul nak minta pinjam duit ni. RM5000.”

Munah juga hantar mesej peringatan dari pihak Singer mengatakan suaminya ada hutang tertunggak. Hutang ini mesti dijelaskan bayaran, jika tidak akan dikenakan tindakan tata tertib (suami Munah polis).

Aku balas mesej Munah bahawa amount dia nak pinjam itu besar, lagi pula RM300 pinjam 2019 belum dibayar. Munah pun berjanji bahawa suaminya akan bayar gaji bulan depan.

Betapa bodohnya aku senang-senang bagi duit kat orang.

Bulan depan (ikut gaji kerajaan), aku mesej Munah, mengingatkan bayar duit aku. Dia jawab bank suaminya ada masalah, tak boleh transfer. Minggu depan baru nak pergi bank untuk update akaun.

Bulan itu sehingga Mei 2022, aku masih belum terima duit dia bayar. Akhirnya aku cakap mulut saja lah, “Kak, saya nak peringat kak bayar duit saya.”

Munah terkejut, cepat-cepat dia ambil RM100 dari purse-nya bagi aku. Sekali itu sajalah aku dapat.

Hujung minggu itu, aku mendapat panggilan dari seorang perempuan, bertanyakan pasal Munah. Perempuan itu tanya, “Adik, Munah kerja dengan adik ka? Akak main kutu dengan dia, tapi dia tak bayar duit akak RM900.”

Terkejut beruk aku. Aku diam dulu, mengambil masa untuk bertenang. Akhirnya cerita Munah tak bagi duit kutu akak tu aku bagitahu rakan sekerja Amy, Lina, Anne. Mereka bertiga juga main kutu dengan Munah.

Aku lagi menerima kejutan dari balasan tiga orang itu. Munah juga sebenarnya tak bayar, dan lewat bayar kutu mereka. Kena minta, sampaikan ugut nak repot polis jika dia tak bayar mereka. Patutlah Munah kadang-kadang macam melarikan diri dari mereka.

Aku dah mula rasa tak sedap hati. Entah-entah duit aku yang dia pinjam itu bertujuan untuk bayar ahli kutu.

Tanpa fikir panjang, aku print semua conversation aku dan Munah, print bank statement aku jugak. Lagi satu aku buat excel, kiranya summary Munah pinjam duit aku.

Esok pagi, bangun dari tidur selesai solat aku berdoa sungguh-sungguh Allah mudahkan urusan aku untuk tagih duit aku dengan Munah.

Aku bawa dokumen-dokumen aku print semalam ke balai polis (tempat kerja suami Munah).

Mulanya aku nak buat report polis saja. Tetapi pegawai di situ bagitau sudah inform ketua balai mengenai hal ini. Sekejap lagi ketua kami sampai nak cakap dengan cik.

Setibanya ketua balai tu, kami bersembang, berbincang jalan penyelesaian. Akhirnya suami Munah juga sampai balai. Dia baca semua.

Pasal mesej dari Singer tu rupanya rekaan si Munah saja. Suami Munah sangat terkejut. Akhirnya dia cakap akan bayar semua duit aku. Alhamdulillah sudah selesai pun.

Sehingga sekarang, jika aku terselisih dengan Munah tu di mana-mana, dia mesti lari. Malu barangkali. Ohh lupa nak bagitau, Munah dah berhenti kerja pun.

Banyak pengajaran aku peroleh dari pengalaman ni.

– Rozita (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *