Saya straight to the point.
Saya ada extreme str3ss. Pernah masuk Hospital M3ntal, dan di-diagnose mild d3pression. Saya dimasukkan hospital mental sebab saya suic*dal.
Saya tak mula menjadi ibu yang kasar.
Mungkin saya dan suami ada post-partum d3pression lepas saya lahirkan anak pertama tapi kami tak sedar sebab kami langsung tak happy bila lahir anak kami.
Dan kami hidup dengan mak ayah waktu tu. Macam-macam jadi dan itu cerita lain.
Tapi, lepas pindah hidup sendiri, saya janji pada diri, saya nak didik anak-anak saya tanpa tinggi suara, tanpa pukul.
Sampai lah saya terpaksa kerja sepenuh masa kerana desakan kewangan. Saya nak jadi suri rumah, begitu juga suami tapi dia redha bila saya terpaksa bekerja.
Oleh kerana masalah kesihatan, kami terpaksa juga tinggal semula dengan mak ayah.
Sebab, saya akan pengsan tak kira masa dan mereka takut waktu saya pengsan, akan jadi apa-apa pada anak-anak saya yang masih kecil.
Saya dan mak ayah ibarat dekat bau tahi, jauh bau wangi. Dan kerana ini, saya tertekan.
Saya tak boleh hidup serumah dengan mak ayah kerana saya tak boleh sepenuhnya mendidik anak-anak ikut keinginan saya.
Saya mula jadi pemarah. Saya mula tinggi suara pada anak-anak. Saya mula berkasar. Tapi, dalaman saya meraung kerana itu semua bukan apa saya nak buat.
Saya nak cakap elok-elok, tapi yang keluar dari mulut saya hanya jerit pekik.
Sampai sekarang, anak kedua saya lebih suka makciknya berbanding saya. Dan saya setiap hari rasa saya ibu yang gagal dan jahat.
Selepas 2-3 tahun, saya berhenti kerja dan kerja sendiri. Setahun yang pertama, saya masih macam tu walaupun dah mula hidup sendiri, rumah sendiri. Saya jaga anak-anak sendiri.
Saya sangka, bila pindah sendiri semula, saya akan instantly jadi macam dulu. Tapi… effect d3pression tak macam tu.
Tiap hari saya rasa nak mati. Saya tak boleh kawal diri. Saya nak jadi mak yang kasihkan anak-anak dan tunjuk pada mereka, tapi, tak macam tu. Keadaan tak macam tu.
Anak-anak saya jadi pemarah. Jerit pekik bila marah. Mereka lelaki dan hanya 4 dan 5 tahun. Mereka kuat bergaduh. Bertumbuk. Saling memukul. Setiap hari, saya dan suami cuba untuk perbaiki diri.
Tahun ini, lebih baik dari tahun lepas. Anak-anak pun mula tone down dari perasaan marah. Masih pemarah. Tapi dah kurang.
Betul seperti confessor katakan. Anak-anak ikut apa mereka NAMPAK. Bukan apa yang kita suruh.
Kami cuba perbaiki diri dari sehari ke sehari. Saya jadi takut sebab anak pertama akan mula sekolah rendah tak lama lagi. Dia akan membesar. Saya taknak sampai dah terlambat baru saya menyesal.
Mohon doa semua untuk saya dan suami. Kami taknak jadi pemarah. Saya doa kat Allah tak nak jadi macam ni. Hari-hari kami usaha. Follow telegram parenting. Cuba apply dalam hidup kami.
Saya mohon sangat doa semua. Saya mohon sangat.
– Najmussirr (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit