Selamat malam. Suka admin cerita gigi ye. Meh Cik Tukang Gigi (CTG) nak cerita apa yang fakta dan apa yang auta. Masa CTG budak-budak sekolah dulu, CTG tak pernah takut dengan doktor gigi. Sebab doktor selalu cakap,
“Okey, awak dah boleh balik kelas, gigi awak semua cantik takda masalah.”
Yelah doktor asyik puji siapa tak suka. Haha.Tapi sebelum CTG masuk u, pengalaman tak best berlaku. CTG nak pakai braces, jadi doktor suruh cabut 4 batang gigi. Sebab CTG tak sabar, CTG mintak dr cabut 2 batang sekali gus setiap kali datang. Nak dijadikan pengalaman pahit, lepas dr cucuk kat lelangit, CTG rasa bengkak dan lebam kat situ. CTG pun buat la cerita kat member,
“Dr tu cucuk sampai bengkak lelangit aku, dah berbulan tak hilang pulak tu,”
Yang sebenarnya, CTG ada torus palatinus. Benjolan tulang yang memang wujud sejak kecil lagi. Tapi CTG je tak perasan sebelum tu. Pastu CTG pergi cabut lagi gigi, kali ni gigi tu rasa sakit lepas cabut, pastu ada ulcer dekat tempat cabutan. Dr bagi ubat cengkih letak dalam lubang gigi tu dan ubat kumur. CTG buat cerita lagi,
“Aku dah tak nak cabut dengan dr cina, kasar sampai ulcer gusi aku,”
Ceritanya, CTG tak pantang lepas cbut gigi, CTG kumur-kumur dan makan panas-panas lepas cabutan gigi, jadi ketulan darah beku yang sepatutnya akan tutup gusi tu tercabut dan menyebabkan jangkitan kuman dan ulcer. Padan muka CTG, huhu. Tapi walaupun CTG ada banyak trauma, CTG tetap jadi Cik Tukang Gigi aka dr gigi. Hihi.
Korang jangan annoyed baca perkataan CTG ni. Hahaha. Fakta baru nak mula.
Okey sekarang CTG nak share beberapa fakta tentang gigi yang orang selalu salah faham tentang rawatan pergigian. CTG share rawatan asas je la. Sebab nak bukak cerita pasal cabut gigi je pun 24/7 takkan habis sebenarnya. Kihkihkih.
1. Cabut gigi.
**Dr lelaki lagi kuat dari dr perempuan.
Salah. Dr hebat macam mana sekali pun, tidak dapat tidak, ada masa-masa tertentu, gigi akan tikam belakang doktor, dia tak nak jugak keluar dan lebih sayangkan tuan dia. CTG pernah ada pesakit yang lebih 30min gigi dia tak mau keluar walaupun dah bergoyang menari-nari dalam soket. Silap haribulan bolrh patah akarnya. Tapi ada kebanyakan masa, CTG berjaya cabut gigi tak sampai 5 minit pun walaupun gigi tu takda goyang langsung.
Tips : Jangan keraskan badan masa doktor cabut gigi. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan. Tenang dan sabar.
Faktor kesukaran : bentuk akar gigi terkangkang, bilangan lebih dari normal 4 5 akar, atau panjang dari normal, atau terlalu besar dari normal.
**sakit tak boleh cabut.
Tak semestinya. Ada pesakit suka simpan gigi buruk lama-lama. Dia ingat nak tunggu reda baru datang cabut. Kesudahan dah hilang sakit, dia pun hilang ingatan pasal gigi.
Tips : Jumpa doktor gigi seawal mungkin, hatta jika rasa sengal atau berdenyut sedikit pun, terutamanya kalau kerap berlaku pada gigi yang sama.
Faktor : Nanah adalah faktor utama gigi tidak dicabut. Kebanyakan gigi yang terlalu bengkak bernanah akan ditangguh cabutannya. Sebab ubat bius tak boleh nak sampai keakar gigi dan menyebabkan kawasan lain kebas, tapi gigi yang bernanah sahaja tidak kebas. Sakit nak tergolek meraung macam mana pun, dr terpaksa suruh balik makan ubat. Ubat antibiotik wajib habiskan kalau tak nak ada komplikasi selepas cabutan. Jadi, tak semestinya kalau terlalu sakit tak boleh cabut, kalau gigi tu tak bengkak dan bernanah, dan ubat bius jalan, takda masalah untuk gigi tersebut dicabut. Malah jika tunggu reda sakit tapi mengakibatkan nanah, terpaksa pulang makan ubat tanpa MC. Hehe.
**Dr cucuk lelangit samai bengkak.
Kenal pasti gigi yang hendak dicabut.
Fakta : cabutan gigi atas kena cucuk dua kali ditempat yang berlainan, dicelah bibir/pipi atas berhampiran akar gigi yang perlu dicabut, dan dibahagian tepi lelangit berhampiran gigi yang perlu dicabut. Biasanya cabutan gigi atas, pesakit rasa sangat kebas. Tapi hilang rasa sakit, atau kebas bahagian berhampiran bibir atau hidung.
Pastu kalau cabut gigi bawah, biasanya doktor cucuk bahagian dalam mulut berhampiran gigi geraham bongsu. Ada doktor cucuk sekali je , ada yang dua kali cucuk berdasarkan teknik yang dipelajari masing-masing. Then, akan rasa kebas disebahagian rahang melibatkan seluruhari pipi belah kena cucuk, separuh bibir dan separuh lidah. Kalau gigi depan, kadang-kadang doktor cucuk dekat gusi bahagian dalam dan luar dicelah bibir bawah bergantung juga pada teknik yang dipelajari.
Tips : Kalau rasa tajam dan menyucuk masa dr cabut gigi, maknanya ubat bius tak berjalan sepenuhnya. Cepat-cepat beritahu doktor untuk diperiksa semula. Kalai perlu tambah dos bius, jangan takut, rasa sakit kena cucuk jarum dah takda sebab kawasan tu dah kebas, mungkin bahagian-bahagian tertentu je belum sampai bius. Atau kalau sakit jugak, dr tak kan paksa cabut, mungkin kena makan ubat akibat nanah dibawah akar yang dr tak nampak masa awal pemeriksaan.
2. Cuci gigi.
**cuci gigi buat gigi terhakis.
Tidak benar sama sekali. Fungsi scaler adalah untuk membuang karang gigi. Getaran yang laju yang menyebabkan karang gigi longgar dan tercabut dari tempelan didinding gigi. Takda hakisan pun. Jika terasa gigi jarang lepastu, mungkin sebab gusi dah kecut dan tulang gigi terhakis (bone resorb) akibat bakteria pada karang gigi yang lama bertapak dipermukaan dan celah gigi. Lepas tu kalau rasa gigi goyang lepas cuci pun mungkin sebab yang sama la, bukan sebab doktor tonyoh-tonyoh gigi ya.
Tips : lakukan cucian gigi sekerap 6 bulan sekali untuk kurangkan karang gigi, gusi lebih sihat dan kurang sensitif. Amalkan ubat gigi sensitif (pro relief) atau air garam suam, jika selalu rasa nyilu selepas cuci gigi.
3. Tampalan
**Dr kerajaan tampal sakit dr swasta lembut.
NO COMMENT. Uhuks.
Sakit semasa tampalan bergantung pada tahap sensitiviti pesakit. Ada pesakit toleransi sakit dia tinggi ada rendah, ada yang dah nak sampai bilik saraf gigi masih tak sakit dan ada yang baru buka sikit dah mengaduh. Dan kebanyakan klinik kerajaan tidak menggunakan ubat bius semasa rawatan tampalan, jadi pesakit perlu la tahan sikit ye. CTG selalu akan guna alatan tangan jika pesakit tak tahan. Jika sakit disebabkan lubang terlalu dalam, CTG akan letak sejenis tampalan sementara yang ada kandungan cengkih untuk redakan rasa sakit. Jika tidak ada masalah boleh dibuka semula dan ditampal dengan tampalan kekal selepas dua minggu.
**tampalan sementara.
Ramai orang yang tak dapat bezakan tampalan sementara dan kekal. Zaman dulu kebanyakan doktor guna amalgam yang ada mercury tu, warnanya silver (kehitaman/kelabu). Itu tampalan kekal. Sekarang kebanyakan klinik gigu guna tampalan putih untuk orang dewasa dan berwarna-warni untuk kanak-kanak untuk bezakan tampalan gigi susu dan gigi kekal. Ada masa tertentu, tampalan sementara (dressing) digunakan untuk menutup lubang yang sakit dan dalam. Namanya pun sementara, tampalan ni tak bertahan lama, lepas seminggu dua kena datang semula untuk tampalan kekal. Jangan biarkan terlalu lama, sebab boleh menyebankan kebocoran, air liur makanan dan kuman boleh masuk dicelahan tampalan dan mengakibatkan gigi makin sakit dan karies merebak, akhirnya selepas sebulan dua bulan kena cabut.
Tips : kalau tak pasti, tanya je semula doktor yang merawat, perlu datang kembali atau tidak, tampalan tu kekal atau sementara. Mudah je.
Okey dah panjang sangat CTG membebel ni. CTG suka bagi kesedaran dan info kat masyarakat, sebab CTG dulu pun ada midset yang macam korang. Dr buat itu la ini la. Cuma kadang-kadang CTG penat jugak nak melayan soalan remeh temeh bila tengah kerja, maklum la klinik kerajaan tak pernah kurang orang datang walaupun ramai yang mengaku trauma la, doktor kasar la, dr perempuan lemah la, dr lelaki tak bagi penerangan la. Tapi kami tetap sedia membantu.
Jumpa la doktor gigi seawal 6 bulan, bawa anak-anak tu supaya mereka tak takut dan trauma macam bila dah besar. Hihi. Sekian, terima kasih sudi membaca dan menjaga gigi anda.
Ouh last. Yang merokok tu, slow-slow la berhenti, dah tak tau nak nasihat macam mana. Umur muda-muda gigi dah longgar, gusi hitam, lidah lelangit hitam. Hurm, fikir la sendiri.
– Cik Tukang Gigi
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit