Pengalaman Yang Sama

Hai aku Sweet. Aku baru terbaca kisah bolehkah berdoa seperti itu dan jugak confession reply untuk bolehkah berdoa seperti itu, https://iiumc.com/doa-macamni-boleh-ke/

Aku juga ada pengalaman yang nak dikongsikan.

Kisah 1.

Waktu lepas spm, aku kerja sekejap di satu kedai CC. Ringkas cerita pekerja kedai tu ada 4 orang termasuk aku. 2 lelaki dan 2 perempuan.

Rasanya aku sempat kerja selama 2 bulan shj kerana ada peristiwa yang berlaku semasa aku nak terima gaji pada bulan kedua.

Aku dan seorang lagi kawan perempuan dituduh ambil duit kedai sedangkan aku tak pernah ambil 1 sen pun!

Bos panggil sorang demi sorang untuk ambil gaji cash pada masa tu.

Bila sampai turn aku, bos aku cakap something like, “jangan mencuri bla bla bla. Ni gaji awak saya bayar penuh. Saya tak tolak pun berapa yang hilang tu”.

Masa tu dia buat calculation atas kertas depan aku berapa yang hilang. If dia tolak separuh dari yang hilang tu pun tak cukup gaji aku masa tu yang hanya RM500.

Bodohnya aku masa tu tak pertahankan diri sebab masa tu aku cuba hadam apa sebenarnya yang jadi. Aku ambil cash dan balik. Esok nya baru otak aku berfungsi rupanya aku dituduh mencuri.

Aku punya kecewa sebab aku kerja ikhlas memandangkan tu first job aku dan aku terus resign 24 jam.

Dalam masa sama aku berdoa “Ya Allah, kalau betul bukan aku yang ambil duit kedai tu, kau bankcrupt kan lah kedai tu. tak lama, dalam masa 3 bulan ni.”.

Aku doa berkali-kali sebab kecewa sangat. Lepas tu aku pun dapat sambung belajar.

Fast forward bulan ketiga aku balik, kedai tu dah tutup terus. Dan aku ingat doa aku tu sampai sekarang tapi hati aku masih sakit lagi bila teringat. Muka-muka dia, bini dan anak2 dia sampai sekarang aku ingat lagi.

Kisah kedua.

Aku punya masalah bau badan yang aku sendiri buntu nak buat apa lagi. Aku tak mintak diuji mcm ni tp allah pilih aku untuk hadapi. Aku selalu doa supaya bila aku mati nanti, jenazah aku wangi sewangi kasturi. Tolong aminkan eh :)

Nak dijadikan cerita, dulu masa sekolah selalu la ada bunyi2 kutuk aku. Aku diam je sebab aku tahu masalah dari aku. Lama benda ni jadi sampai abis sekolah. Aku terasa tapi aku diam.

Tapi dalam diam-diam aku berdoa supaya Allah uji dorang dengan benda sama.

Aku doa Allah bagi dorang ada bau badan yang kuat selepas dorang bersalin. Sampai suami dorang pun tak tahan. Sebab aku tahu, lepas bersalin hormon perempuan akan berubah.

Dan doa tu kadang terlintas kat hati aku sampai sekarang bila mana aku teringat peristiwa tu.

Cuma aku tak tahu doa ni makbul atau tak sebab lepas abis spm aku terus cut semua dengan dorang. Even aku selalu berharap tak nak jumpa langsung diorang.

– Sweet (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. pendendam nya you sis, cerita yang dah lama tu biar jela berlalu. normal la sis zaman sekolah badan agak berbau, waktu tu kan hormon kita baru nak develop. bagus la you cut off dgn orang yg tak toxic, tapi selagi you tak move on dari cerita lama. selagi tu tu yg asik doakan benda yg tak baik utk orang. tak baik sis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *