Pengalaman Zaman Kecilku

Salam & selamat sejahtera. Sekiranya penulisan ni disiarkan, terima kasih.

Dua tiga minggu ni dah tersebar mengenai pendedahan oleh pelakon cilik dulu, A***h mengenai perbuatan ayah dia.

Saya jujur terkejut lagi2 dengan komen netizen tapi saya percaya semua tu berlaku sebab saya pun melalui situasi yang sama cuma ujian yang dialami A***h lebih teruk dari saya dan saya akui dia dan ibunya manusia yang kuat sebab itu diuji sedemikian.

Saya tak tahu pun apa masalah sosial yang A***h buat smpai orang cakap patutlah dia jadi macam tu. Sebab dia berpakaian seksi ke?

Apa pun bukan semua salah dia.

Berbalik pada kisah saya, saya terdedah pada p*rn pada usia awal juga mungkin 5-6 tahun dan addicted sampai masuk kolej dan awal perkahwinan.

Alhamdulillah sekarang dah takde rasa sebab lebih fokus nak beribadah sekarang.

Kisahnya, masa kecik dulu, abah selalu terkantoi pasang video p*rn kuat sebab abah pun tak berapa dengar. Lepas pada tu saya sendiri jadi curious dan bukak hp abah, ratusan video yang abah simpan dalam folder yang agak tersorok.

Dengan saya abah pun ada jugak tepuk2 belakang sambil tu raba2 macam nak rasa tali bra saya (waktu saya dah masuk sekolah menengah) Semua tu masih segar dalam ingatan saya.

Abah ni penjawat awam, gred bawah tapi kami cuma 3 beranak jadi sebenarnya kami ni bukan lah susah cuma abah seorang yang sangat kedekut dan berkira smpai dia tua sekarang pun. Rumah yang abah beli ni agak sederhana tapi padat dengan barang.

Bila diorang buat hubungan intim, bunyi tu sangat menganggu saya, sampai saya pernah cuba lari dari rumah.

Ada satu ketika tu, abah disyaki kena buatan orang sampai dia buat perkara mengarut macam makan nasi dengan minyak goreng ikan masin, jadi lebih agresif, ada juga episod pukul.

Ada satu masa tu abah paksa mak buat o**l dalam jamban sebelum mak pergi kerja. Saya kecik lagi tapi saya tahu apa yang berlaku.

Oh ya, untuk pengetahuan jugak, abah memang plan nak ada satu je anak sebab takut susah nak makan sedap,

Tapi sampai sekarang taraf hidup masih sama dan mak memang bekerja sebab abah kedekut tak nak tanggung semua alasan duit tak cukup. Mak kerja sampai lah mak jatuh sakit beberapa tahun lepas.

Ada satu peristiwa juga dimana kami tidur bertiga di ruang tamu atas tilam dan saya terpaksa berjaga sebab abah paksakan diri dia kat mak.

Tak dinafikan mak saya pun ada buat salah, sebab lama sangat bekerja bercampur dengan ramai orang dan lelaki jugak.

Mak pernah kantoi berdua dalam rumah sewa dengan kawan kerja dia orang bangla. Saya pernah dengar perbualan dia dengan kawan keje perempuannya tentang apa dia buat dengan bangla tu.

Saya tak tahu macam mana saya boleh survive sampai sekarang. Tapi memang saya ada masalah dengan low self esteem and confidence. Ada jumpa psychiatric and di diagnosed dengan social anxiety.

Sekarang, memang abah dah berubah, solat awal waktu selalunya sangat awal sebelum azan agaknya dah takut tiba2 mati. Tapi kedekut dan berkira tu tetap melekat.

Duit rawatan mak pun dibahagi 2 dengan duit pencen dan simpanan mak. (Duit pencen dari perkeso)

Lepastu merata minta bantuan padahal duit pencen abah sangat mencukupi untuk mereka berdua cuma abah memang suka mengemis dan hidup ditanggung kerajaan sampai mati.

Sekarang bila dah dewasa saya memang rasa hdup saya selalu malang, saya dah keluar dari rmh tapi dalam daerah yang sama cuma kesiankan mak yang sakit kronik membuatkn saya susah nak hijrah dan berkembang.

Stay dekat kg halaman dengan kerja yang biasa gaji rendah memang membawa beban pada emosi saya.

Lahir dalam keluarga rosak macam tu walapun abah dari keluarga religious dan mak dari kampung, membuatkn saya stay dan tak boleh keluar dari circle yang sama. Nasib pun sama, saya tak dapat capai cita2 saya walaupun saya ada pelajaran.

Dalam hati kecil saya, memang patut lah mak saya sakit tapi abah saya tu sepanjang dia hidup memang takde apa musibah besar yang berlaku.

Saya tak sabar je nak tunggu hari dia mati. Sebab saya banyak menderita dengan adanya abah macam tu.

Cuma nak kata, bende tu memang berlaku dalam masyarakat Melayu Islam kita. Kala ada family yang mengadu tu cuba lah percaya.

Jangan sebab dia luarnya alim, nak kata mangsa sebar aib. Sebab ada ke saluran yang kami boleh pergi sebagai budak, dan pihak berkuasa mana yang kami boleh percaya.

Lepas ni kita semua buka mata hati kita. Didik anak sungguh2 lelaki & perempuan. Semua yang berlaku ni membuatkan sekarang saya tak teringin langsung ada zuriat sendri dan saya benci budak.

Saya benci tengok ibu bapa muda sekarang ni yang bangga dengan anak mereka tanpa mereka sedar tanggungjawab dia untuk lindungi anak tu.

Saya banyak jumpa budak kecik2 yang takde manners, mak cuma tegur macam tu dan anak berderet lagi. Anak ni sebenarnya sebagai apa? Throphy ke? Sedarlah semuanya akan dipertanggungjawabkan nanti.

Sekarang saya macam nak re-live balik childhood saya dengan pergi tempat2 yang saya tak pernah dapat pergi masa kecik dulu sebab dapat abah yang nak jimat duit, buat2 susah.

Itu jelah luahan saya. Ibu bapa yang tak layak jadi ibu bapa tapi sibuk nak beranak dengan tekanan masyarakat untuk beranak ni membarah sangat. Nak ada anak mesti dengan kesedaran please.

Tugas mendidik anak adalah tugas yang berpanjangan bukan setakat lahirkan bagi makan pakai dan hantar je ke institusi pendidikan. Sekarang memang zaman yang mencabar.

Terima semua kerana membaca dan maaf sangat kalau penulisan berterabur.

– NS (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *