Pengalamanku Berpantang dan Bersalin

Assalamualaikum dan hi semua. First of all, minta maaf if penulisan agak berterabur. Dah lama tak mengarang. Haha.

Bismillah. Nama aku Nur, berasal dari Borneo. Umur 30, dah berkahwin dan anak dah sepasang. Itu intro basic tentang aku. Macam biasa, terdetik buat confession ni bila terbaca satu confession berpantang dirumah mertua.

Okay aku tak nak karang meleret-leret, nak terus direct pada cerita pengalaman aku bersalin dan berpantang.

Anak first aku terpaksa berpantang di rumah mertua sebab aku terpaksa follow suami aku yang masa tu baru nak bina semula kerjaya dia dikampun, selepas dibuang kerja beberapa bulan sebelum tu.

Aku pulak, dah buat kesilapan terbesar dalam hidupku bila aku resign dari kerja masa dapat tahu aku pregnant. Padahal gaji dah elok dan cukup buat aku. Lepas ni maybe aku dah tak kan dapat rasa dah gaji 3K plus.

Kenapa aku resign? Sebab aku nak follow suami aku duduk kampung lah kat Perak. Aku tak nak duduk sorang kat KL, haha. Itu lah yang aku fikirkan masa tu.

Cut story short, Suami aku sewa rumah kat area rumah mertua. So, dah plan siap-siap lah, berpantang nanti kitorang duduk rumah mertua. Mak aku ok saja, dia risau aku nak naik flight. Apa yang aku imagine pasal suasana berpantang aku, totally tak sama dengan reality.

Aku takde bilik berpantang ok. Bentang tilam saja kat ruang tamu. Ruang tamu pun tak besar mana. orang dok lalu lalang. Takde tingkap sebab ruang tamu kat tengah and keliling bilik dan pintu ke dapur.

Malam pertama dirumah, baby dok melalak, suami aku bangun lah kejap dodoi-dodoi baby sebab mak mertua aku kejut dia minta tolong sebab baby tak berhenti melalak, haha.

Lepas tu, malam kedua, aku cuma berjaya kejutkan suami untuk tolong ambil air minum untuk aku sebab aku dahaga.

Lepas tu dia sambung tidur. Aku dah mula nak naik stress. nak kejut mertua, aku segan. Sumpah masa tu aku sedih sangat sebab suami aku layan aku macam tu. Aku dah mula rasa benci kat baby.

Malam ketiga, aku terpaksa bermalam kat wad sebab baby aku kuning tinggi and berat badan susut.

Suprisingly, aku lagi selesa kat wad. Tak panas, boleh baring selesa, baby kat sebelah saja bawah lampu biru tu tak merengek macam kat rumah. Suami aku datang hantar makanan yang aku pesan, mertua aku masak and datang melawat aku.

Aku selesa sangat kat wad. Orang lain tak sabar nak balik rumah, aku pula kalau boleh nak stay lagi lama kat wad. hahaha. Lebih kurang 3 malam aku kat wad lepas tu discharge sambung lah berpantang kat rumah mertua.

Mertua aku baik sangat-sangat. Dia mandikan baby, masak untuk aku, panaskan tungku. Cuma yang buat aku stress environment rumah dan sikap suami aku.

Malam aku balik dari wad tu, dia dah tak stay rumah mertua. Balik kerja dia tidur rumah sendiri. cuma datang masa dia balik kerja and pagi sebelum pergi kerja. aku sedih gila. Siapa tak sedih kan?

Bila aku whatsapp dia, dia tuduh aku play victim, tak bersyukur mak dia dah jaga aku. No, all i want was dia ada dengan aku together, tak perlu bangun malam pun takpe, asalkan dia ada tidur kat tepi aku, teman aku kat ruang tamu sorang-sorang with baby.

Aku cuba nak faham dia penat balik kerja, tapi aku pun penat baby tak nak tidur waktu malam!

Masa macam bergerak slow saja aku rasa masa tu. Hari-hari aku kira bila aku nak habis pantang. Aku da cakap awal-awal kat mertua aku, Nanti dah sebulan aku dah kuat dah boleh buat semua sendiri, dah boleh balik rumah.

Selama sebulan tu, setiap malam aku macam tu lah, sorang-sorang kat ruang tamu tu dodoi-dodoi baby.

Pukul 6 pagi baru dapat luruskn badan untuk tidur. Mertua aku bangun, aku tidur, baby tidur, suami datang nak minum teh sebelum pegi kerja.

Kadang mamai2 aku sedar lah dia datang duduk kejap sebelah aku. Kadang aku bangun tidur saja dia dah pergi kerja.

Dipendekkan cerita, suami aku dapat kerja kat Kuala Lumpur masa baby 4 bulan. So, tinggal lah aku berdua dengan baby kat kampung. Aku, orang borneo, dengan baby aku tinggal kat kampung orang, Sedih tau.

Kadang mertua aku datang melawat. Kadang aku bosan petang-petang aku berjalan kaki lah ke rumah mertua. Suami hujung minggu saja balik kampung. Kadang tak balik. Ikut suka lah, haha.

Ok sambung balik cerita berpantang. Ditakdirkan aku pregnant anak kedua. Kali ni, aku nekad nak berpantang kat kampung sendiri.

Yes, kandungan aku 3 bulan aku minta izin suami nak balik borneo. Alhdumdulillah, aku rasa heaven sangat duduk kat rumah orang tua sendiri sepanjang pregnant dengan anak sulung still a toddler. Suami aku video call saja hari-hari.

Alhamdulillah, pregnancy journey aku smooth saja. Aku apply I-Sinar, so duit tu every month aku buat beli sikit-sikit barang baby, barang untuk aku berpantang nanti. Aku dapat beli apa yang aku tak dapat beli masa aku pregnant anak first. Aku dapat beli Playpen untuk baby.

Jouney berpantang aku pun smooth saja, luka jahit aku seminggu saja dah sembuh. Sedangkan masa anak first, sebulan pun tak sembuh lagi luka jahit tu.

Badan aku kuat sihat tak lemau pun macam berpantang anak first. Baby pun tak banyak meragam. Susah sangat dia nangis. Malam pun dia tidur saja, kadang aku kejut pun dia nyenyak saja tidur malam.

So, siang tu takde lah aku lemau sangat. Alhamdulillah, aku sendiri yang uruskan sijil lahir ,naik grab ke UTC. Allah permudahkan, haritu jugak sijil lahir siap.

Oh ye, lepas bersalin, baby dimasukkan ke NICU sebab dia G6pD. So, selama seminggu tu aku ulang-alik ke hospital sendiri, Setiap kali nak ke NiCU kena buat swab test dulu tau.

Every.. Single.. Day.. Haha.. Pengalaman betul. Selama berpantang lebih kurang dua minggu pertama kat rumah(lepas baby dah discharge) mak tolong mandikan baby dan anak sulung aku.

Lepas tu, semua aku dah buat sendiri ,termasuk mandikan anak sulung. Mak tinggal masak saja. Aku pun tak request lauk special ke apa. Masak simple saja asalkan kenyang.. haha. Ada balance duit I-Sinar tu aku bagi kat mak untuk repair rumah usang kami.

Suami aku sejak anak lelaki dia ni lahir, dia dah start layan aku baik-baik, aku minta gelang emas, dia belikan. Terkejut aku. Rasa macam ‘eh suami aku ke ni?’ hahaha.

Kadang kala aku fikir, ada betul juga kata orang berpantang kat rumah mertua beza dengan berpantang kat rumah mak sendiri. Apa pun, aku bersyukur dapat mertua yang baik dan bersyukur masih ada mak sendiri yang sanggup jaga aku dan anak-anak aku.

Nasihat aku pada korang, wanita macamana pun kena ada simpan duit sendiri even sedikit. Suami jangan lah layan isteri macam kain buruk bila dia takda apa-apa, penat tau mengandung.

Macam tu la pengalaman aku berpantang kat dua tempat ni. Maaf jika berterabur dan meleret, huhu.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *