Penganggur Bijaksana

Assalamualaikum first terima kasih admin sebab approve confession sy ni.

Saya nk share pasal sedikit tips lah kat sini kepada rakan2 yang baru grad macam sy.

Kakau ada graduan yg belum dapat kerja, sy nak cadangkan daripada kita tak buat apa kat rumah tu, lebih baik kalau kita manfaatkan dengan belajar ilmu baru.

Ilmu baru ni tak semestinya kena menuntut di luar, join kelas berbayar, dan macam2 lagi.

Contoh sikit kat sini saya kongsi.

1. Banyakkan membaca pasal penjagaan penampilan diri, personaliti diri.

Bg saya lah, untuk graduan yg tak terdedah sangat pasal gaya dan penampilan ni, elok lah belajar tentang ni. Sebab nanti interview kerja at least kita dah pandai menjaga penampilan diri.

Saya selalu follow seorang perunding imej femes ni. Sejujurnya saya banyak belajar dari beliau. Tak pernah pun lagi pergi kelas berbayar.

2. Rajinkan diri membaca pasal meningkatkan keyakinan diri.

3. Mula mengkaji lebih mendalam berkenaan job yang kita idamkan.

Contohlah kalau bidang pilihan kita adalah pendidikan / perguruan. Jadi dah boleh belajar dan ambil tahu pasal dunia pendidikan.

Contoh paling senang lah, macam mana cara terbaik nak tackle pelajar minat subjek yang kita ajarkan, cara kreatif semasa mengajar, cara menangani pelajar yang kurang minat dalam pembelajaran dan mcm2 lagi.

Itulah serba sedikit perkongsiaan saya. Alang2 tu juga sy nak minta jasa baik kalian kalau ada cadangan lain lagi saya boleh buat selain tips di atas.

Harapnya graduan tak jadi menganggur yang ‘miskin, tapi kita jadi penganggur bijaksana.

– CikMie

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit