Penganggur Di Hati Mu

Aku dan Kim Jong-Hyun Shinee sama-sama depression rupanya. Bezanya aku masih hidup dan dia telah meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya.

Aku dah lama bertaubat dengan hiburan yang lagha-lagha ni sebab muzik lagha tu berdosa kata pendapat setengah ulama’. Tapi hari ni aku tiba-tiba terkenangkan Jong Hyun.
Tolong jangan kecam saya. Yup, saya bekas peminat Kpop.
——
Kata Mufti Wilayah, semua orang ada kekuatan masing-masing. Kita tak boleh give up walaupun kita berada pada titik kehidupan yang paling teruk .

Itu benar, dan aku kini sedang melaluinya. Mencari sebuah kekuatan? Itulah yang sukar kerana aku sebenarnya tak bersedia menghadapi ujian tuhan kerana tidak kuat amal ibadah dan banyak pula berbuat dosa.
——
Ini kisahku:
Aku sememangnya bencikan lelaki sebab aku pernah kena belasah dan kena maki dengan adik beradik lelaki aku. Ayah aku pulak pandai buat anak aje dan die telah meninggalkan kami 7 beradik tanpa khabar berita. Dulu masa kami duduk serumah, aku selalu lihat dan rasa cara dia mengabaikan kami dan mendera ibuku. Sekarang kami semua telah dewasa, adik beradik lelaki menuruni perangai ayah dan jarang memberikan duit belanja pada ibu. Aku hairan dengan gelagat lelaki zaman kini. Manja tak bertempat. Si suami bawa wife tinggal dengan mak, dan mak yang menanggung semua makan minum si lelaki, wife dan cucu. Aku sebagai anak perempuan ni pon rasa malu dan stress andai tak dapat berikan ibu aku bantuan duit belanja bulanan. Bilakah lagi kita mahu membalas jasa mereka? Cukuplah dari kecil asyik menyusahkan ibu. Betul lah bak kata Ustaz di radio Ikim, lelaki sekarang telah kehilangan ke-Rijalan mereka (Sungguh aku berasa Hampeh+Hampa).

Aku bekas eksekutif pernah kerja di beberapa tempat. Bos pertama aku baik, tapi syarikat tersebut telah mempergunakan seluruh tenaga kuli-kulinya. Kerja dari pukul 8 pagi sampai 10 malam, kadang kadang hingga 2 atau 4 pagi. Tapi aku okay jer sebab itu kerja pertama aku sebagai eksekutif fresh graduate. Aku akur dan pasrah kerana ingin belajar. Tapi rasa geram jugak sebab penat sangat. Aku tekad akan keluar dari syarikat ini setelah pengalaman dua tahun. Aku janji !!

2 tahun berlalu, dapat bos kedua. Sabtu Ahad pun masuk kerja. Bos kedua ni agak bodoh; Lagi perit, jahat pon iye. Hasil fitnah bos, pengarah mula hilang kepercayaannya pada aku dan aku mula dipulaukan oleh project team dan team aku sendiri. Semasa dipulau, aku kian mengerti makna peribahasa melayu, Bagaikan Melutut di Tepi Gantang. Miserable!

Pengajaran kat sini, emosi tu jangan lebih-lebih, Bak kata Prof Muhaya orang tenang selalu menang. Islam kan ajar agar kita bersederhana. Sudah 2 tahun aku menahan kesabaran dengan toxic environment kat office tu. Yes aku kalah akhirnya. Mana tidaknya, budak baik jenis yes bos tiba-tiba bercakap tegas dengan pengarah syarikat. Nampak macam aku ni gila kuasa di situ.

Itulah nasib aku. Aku tak pernah berkira dengan syarikat. Selama bekerja, aku tidak pernah terlintas di fikiranku untuk menggagalkan misi syarikat. Prinsip hidup aku amanah dan jujur. Siapkan kerja aku dan latih budak baru sebagai pelapis. Nak harapkan manager tolong, memang tak lah. Manager pernah cakap kat geng2 single: “Korang single senang sebab tiada komitmen, aku kena balik on time sebab ada anak”. Agaknya dia pikir, geng-geng yang single ini perlu kerja dan terus bekerja selagi tak meninggal?
Macam tu lah keadaannya, sebagus mana pun engkau, bila satu sahaja kesalahan dibuat iaitu berlawan mulut dengan pengarah, segala kebaikan aku selama 2 tahun di situ berlalu begitu sahaja . Aku mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan kerana reputasi aku telah musnah dan aku tak nampak future aku kat situ. Aku pun beri notis berhenti seperti yang sepatutnya walaupun masih belum dapat kerja lain.

Selepas hampir 4 bulan pergi macam-macam interview, adventurous weh dunia mencari kerja ni !! Sukar digambarkan. Finally, aku akhirnya dapat kerja baru. Bos aku lelaki, Islam dan Melayu. Aku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tgh hari. Aku ditipu HR. Rupa-rupanya, kerja ni pun memerlukan aku stay sampai 10 pm kadang2 sampai above 12 malam. Bos sangat menakutkan. Tengking, maki, cakap lucah, nak makan pun tak sempat, solat pun tergesa-gesa di akhir waktu dan combine asar dan maghrib. Aku terpaksa resign sebelum aku terpaksa berduaan dengan bos lelaki tu sampai larut malam. Aku dah terfikir macam-macam. Rasa nak saman syarikat ini sebab aku terasa trauma setelah dilayan seperti lembu sepanjang bekerja di situ. Nak saman pon kena pakai lawyer, duit bakal kehabisan sebulan lagi. Saje cakap besar je nih.

Orang sekeliling mula salahkan aku. Keluargakau mula mengeluarkan kata-kata yang tak rasional mengoyakkan lagi kewarasan aku. Ya, ada yang mengatakan: Kau manja, Kau budak tak tahan diuji, Kau kena lah hati kering sikit kalau tak memang kau tak akan tahan dalam industri ni, Dulu belajar pon susah kau boleh tahan, sekarang kau tak tahan? Kau ni kan, rugi je berhenti..

Depression bertambah parah.
———
Dalam keperitan menelan takdir hidup, sempat pula aku tertarik dengan seorang makhluk tuhan bernama lelaki. Unrequited love ajer. Lupakan saja. Tak de masa depan pon. Aku nampak cara kerja dia memang excellent dan dia sangat menghormati orang lain. Tak pernah aku jumpa orang macam ni.
Hari terakhir aku kerja, daripada 2000 orang pekerja tu, boleh pula aku bertembung dengan dia depan post guard. Aku nampak dia, tapi dia tak nampak aku pun rasanya. Aku dahla pakai tudung indon, make up jauh sekali. Memang dia tak akan nampak akulah. Kalau nampak pun, buat-buat tak nampak la agaknya. “Cantik” sangat aku nie. Huahaha. Senyum lebar dia membuatkan aku nak nyanyi lagu Perfect by Ed Shereen,. I found a love for me.. tapi jangan perasan, dia bukan senyum kat akuu ler. Agaknya dia happy sebab hari Jumaat dan boleh balik awal la tu. Aku niha hari terakhir itulah hari pertama aku dapat balik awal sepanjang hidup aku kerja kat situ.

Itulah kali terakhir aku nampak die, my unrequited love. Cia cia cia. Tuhan sedang menguji aku. Aku tahu aku tak akan ada chance pun untuk kenal dia or tegur dia jauh sekali hidup dengan dia. I am a girl full of scars, broke, bakal jadi penganggur dan under great depression. Dia pulak orang budiman daripada keluarga baik-baik. Memang budak baik macam watak Hamid dalam movie di bawah lindungan Kaabah filem Indonesia tu. Tak ada ape yang boleh aku offer kepada dia. Kata pakar cinta, in relationship kita tak boleh mengharap untuk dapat something je, sepatutnya kita berharap untuk memberi juga. Betul lah tu kot..ada benarnya! Yes, buat masa sekarang aku tak ada ape yang best untuk dikongsi bersama dengan dia. Kbai, my unrequited love.

Agaknya macam tulah perasaan Kim Jong-Hyun, mungkin dia ada suka someone, tapi x boleh nak kahwin sebab ada perjanjian dengan syarikat. Akibatnya hanya kesedihan yang menyelubungi. Teringat lagu Ed Shereen I don’t deserve this, darling you look perfect. So, Cukuplah aku mengagumimu dari jauh saja bak lagu Khai Bahar.

Aku bukan jenis orang yang suka hamburkan perasaan terpendam pada orang yang tak bersalah. Aku stay senyum dan ketawa bagaikan akulah orang yang paling gembira dan bertuah di muka bumi ini. Bukan aku berlakon, tapi aku memang jenis suka ketawa sebab aku dah penat sedih dalam hati.
………………
Aku depression. Apalah nasib aku, lepas satu satu. Cerita hidup aku tak tahulah happy kat mana, Tak normal. Pathetic + Miserable. Tuhan tak sayang aku ke? Masa kecik aku selalu kena buli, pernah berhenti sekolah sebab masalah pembelajaran, masa remaja pernah cederakan diri sendiri sebab depression, pernah berhenti belajar di IPT sebab masalah pembelajaran. Tapi akhirnya berjaya jugak aku dapat degree di IPTA. Syukur. Aku tak berharap bahagia dengan lelaki pun, asalkan dapat kerja yang okay dan dapat belanja mak aku pon dah bagus sangat pada aku.

Aku cuba hubungi kawan aku yang pernah aku ada untuk mengadu nasib. Tapi, seorang ni kata dia sibuk sebab anak menangis, seorang lagi suami dia asyik tanya macam-macam masa aku tengah call. Aku try jumpa orang yg single, nak share cerita tapi dia pulak cerita tentang masalah cintanya dan aku pulak yang jadi kaunselor pakar cinta. Sepatah pon dia tak tanya pasal aku.

Aik sekejap. Sebenarnya ada je orang pernah cakap suka sama aku sebab bla..bla..bla..nak cakap pun segan nanti muntah pulak korang. Tapi.. lelaki tu suami orang umur 40-an. Lupakan sahaja. Sejarah mengajar aku betapa peritnya melihat kesedihan ibu sendiri akibat diabaikan suami dan peritnya perasaan tidak disayangi oleh seorang ayah. Aku tidak sekali kali mengulanginya kepada manusia lain. NEVER. Aku Melayu bukan jenis mudah lupa akan sejarah dirinya sendiri. Lupakan saja, aku pun dah berhenti daripada tempat kerja tu, Babai Si Encik suami orang!!
………………..
Kesimpulannya, aku dah penat mengharap simpati orang. Aku kini sedar kekuatan itu mesti datang daripada diri sendiri dengan cara memohon daripada Tuhan. Allah Al Wadud. Dia sajalah yang Maha Tinggi Kasih sayangnya.

Apalah sangat yang boleh diharapkan daripada seorang gentleman yang tiada apa-apa hubungan dengan kita? Apalah sangat yang boleh diharapkan daripada ahli keluarga yang sebenarnya juga mengharapkan sesuatu daripada kita? Cinta sejati? Hmmm. Aku kira, panjang lagi perbahasan tentang falsafah cinta.

Aku berharap agar tuhan, kutip aku kembali. Agar Tuhan izinkan aku kembali berasa nikmat menghayati al quran di kala aku sedih. Agar aku boleh berjaga di sepertiga malam untuk mengadukan nasib ku ini. Agar aku dapat mencintai lelaki yang lebih agung iaitu Nabi Muhammad Rasulullah.

Buat masa ini aku macam hilang arah, hilang rasa kehambaan, nak step out cari kerja semula pun agak sedikit trauma. Rasa kecewa hampa dengan nasib diri sampai termenung, kelu lidah, nak senyum pun tak de mood. Itulah depression agaknya. Perasaan kehilangan tuhan, kehilangan iman untuk mempercayai qada’ dan qadar itulah yang paling dahsyat dalam babak depression.

Sekian kisah aku mengenai cinta yang tak mungkin kesampaian bercampur takdir yang tak tertelan.

Terima kasih IIUM confession kerana mengizinkan aku berkongsi cerita dengan orang yang tak pernah aku kenal. Kurang lah sikit depression aku hari ini, tapi kalau baca komen orang ramai jap lagi, boleh jadi bertambah depression aku kang. Hahah.

Mungkin kehidupan anda di luar sana jauh lebih sukar daripada saya. Maafkan saya, saya juga bersimpati dengan anda. Jangan sedey-sedey ye, keep moving forward my dear friend!!
dan most importantly, doakan saya sekali ye.

Yang benar,
A.M.M.Y

– A.M.M.Y

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit