Penganiayaan Tidak Terbela

Assalamualaikum IIUM Confession reader,

Aku lama sangat nak menulis dekat sini. Before this aku pernah hantar cerita aku tapi aku baca ramai yang comment pengalaman sama macam aku, cumanya tulah bila dah jadi manusia yang tiada kuasa ni apa je kita boleh buat kan?

Sebelum puasa 2024 aku digantung bekerja dengan penghinaan yang dahsyat aku rasa kalau korang kat tempat aku pun korang rasa macam terhina dan sedih sebab aku di halau keluar oleh Pengurusan dengan di kepong lebih 10 orang dan ada yang merakam ketika sesi aku dihalau dengan alas atas dasar keselamatan dan polisi syarikat.

Korang bayangkan hampir semua unit tengok macam mana aku diusir keluar dari bangunan pejabat. Memang dirancang dan memang pihak Pengurusan Tertinggi dengan niat jahat untuk menjatuhkan maruah, reputasi dan nama baik aku.

Korang mesti pelikkan apa punca dan sebab aku diusir dengan begitu hinanya? Penulisan ini mungkin akan ada bahagian 1, 2, dan mungkin 3. Tapi aku harap cerita ni akan viral..

Dan kepada mereka yang terlibat dalam Siri penganiayaan aku ni, ketahuilah aku tak pernah tinggal nama korang dalam setiap sujud aku di atas penganiayaan dan kejahatan yang telah korang buat dekat aku dan menjejaskan keluarga aku sehingga aku terpaksa dirujuk kepada Klinik Psikiatri dan kesihatan Mental, Hospital Sg Buloh.

Bahagian 1

Aku bekerja di sebuah agensi kerajaan dalam pinjaman dana untuk usahawan Wanita di Malaysia yang aku rasa memang terkenal di kalangan rakyat Malaysia khususnya diluar bandar. Alhamdulillah aku berkhidmat dah hampir 4 tahun 4 bulan sebelum aku dibuang kerja.

Dek kerana fitnah dan penganiayaan yang pihak pengurusan tertinggi buat dekat aku. (nanti Korg baca sebab memang akan panjang). Aku disingkirkan dari team aku bekerja dan mereka buang aku kerja dengan alasan aku gagal hadir bekerja dan tanpa alasan yang munasabah.

Sepanjang 4 tahun berkerja demi menyara ibu ayah aku, Alhamdulillah aku boleh ringankan beban keluarga aku yang bukan dari golongan orang kaya ni. Aku mampu beri mak ayah aku duit belanja bulanan, bayarkan utilities rumah mak ayah aku sebab memang kami adik-beradik sepakat tak bagi ayah aku kerja dah sebab faktor usia.

Sepanjang 4 tahun aku tak pernah miss langsung bagi duit kat mak ayah aku. Kalau aku dapat bonus memang aku asingkan siap-siap untuk bahagian mak ayah aku. Tapi mungkin Allah dah tulis “sampai sini sahaja aku bagi rezeki kau dekat sini”, maka nya aku redha, sebab aku tahu Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Aku di terima kerja di atas pengalaman bekerja sebelum ini dan ketika itu pihak Pengurusan tertinggi memang nak cari team untuk mempromosikan dan penjenamaan nama syarikat. Kami di bawa masuk bekerja di dalam sebuah pasukan dan masing-masing ada tugas dan peranan masing-masing.

Berbekalkan pengalaman bekerja dalam bidang yang sebelum ini aku ada, aku diterima kerja dan aku menjalankan tugas-tugas kerja dengan 200% kehadapan untuk susun strategik dan sebagainya.

Alhamdulillah impaknya kami berjaya menaikkan nama agensi ini dan hasil kerja kami dipuji sebab berjaya mewujudkan satu template kerja yang sebelum ini hanya method yang sama selepas bertahun-tahun tanpa ditukar.

Tapi banyak kali kalau orang puji team kami ni bawak pembaharuan kami akan sentiasa rujuk kepada boss-boss kami yang mana kami akan appreciate dia walaupun dia tak faham dan tak pernah bagi arahan pun untuk kerja-kerja yang kami lakukan. Tapi kalau korg Dari GLC dan Government mesti korang akan faham istilah “tak boleh mendahului orang-orang atas”.

Tahun pertama kerja memang kitaorang pulun sangat-sangat kerja sampaikan aku pernah keguguran time tu, tapi aku push jugak untuk kerja sebab aku dalam sesi prohibition time tu. Aku masuk bekerja tahun pertama aku baru sangat kahwin dan aku korbankan sesi bulan madu aku untuk kerja sebab nak tetapkan jawatan aku. Sampailah kami di jadikan kakitangan tetap.

Aku tolak tepi aku gugur sebab aku tahu badan aku larat nak buat kerja. Tapi bila balik bilik hotel aku telan banyak gila ubat tahan sakit sebab aku kena cepat-cepat sembuh sebab esoknya aku nak kena buat banyak kerja.

Tu aku rasa pengorbanan aku yang paling bodoh aku pernah buat untuk push diri dan badan aku untuk terus kuat bekerja walhal aku tahu setiap jawatan dekat mana-mana syarikat pun memang boleh diganti oleh sesiapa sahaja.

Melalui tahun kedua, ketiga dan keempat aku lalui macam biasa pekerja-pekerja lain lalui. Banyak benda aku belajar dekat sini, dari segi pengurusan, cara nak menguruskan dan pelbagai lagi ilmu yang aku rasa sangat lah berharga sebab aku belajar dengan orang-orang lama dalam pengurusan.

Aku berterima kasih sangat dekat mana-mana yang sudi bagi tunjuk ajar dekat aku sepanjang aku berkhidmat sebab memang aku mahir dalam bidang aku, tapi aku tak mahir dalam Pengurusan syarikat Dan kerja-kerja grounding. Aku memang suka tanya pengalaman orang-orang lama ni kalau diberi peluang berjumpa atas dasar kerja. Sebab tu dah nature job scope aku sebelum ni.

Tahun ke Dua aku dah Mula bau-bau unsur tikam menikam belakang orang sebab before this nature and environment kerja Aku memang jarang jumpa officemate sebab kau banyak assignment dekat luar dan hari-hari akan jumpa orang baharu.

Walaupun aku selalukan luahkan perasaan dekat suami aku, suami aku Suka bidas aku cakap aku ni tak boleh orang tegur sikit, cepat melatah, cepat terasa hati. Sampai aku pun rasa macam kenapa aku ni sangat sangat Suka fikir benda negatif.

Sampailah aku jumpa solusi aku tenangkan diri, banyak dekatkan diri dengan Allah dan aku ada join kelas ngaji dan usrah untuk halang aku fikir benda-benda negatif. Memang mujarab tapi setiap kali kembali ke pejabat Ya Allah aku tak tahu macam mana nak cakap bertapa penatnya aku.

Bermula ada perselihan di antara rakan pasukan aku. (Kami terdiri daripada 3 perempuan 1 lelaki) Salah satu di antara kami berpangkat tinggi dan kami memang dengarlah cakap dia sebab dia yang bertanggungjawab mengelola segala rancangan untuk kerja-kerja di dalam pasukan kami. Aku namakan Perempuan 1, Perempuan 2, Lelaki 1 dan aku.

Lelaki 1 ni ada datang berbincang dengan aku baik-baik cakap apa sebenarnya masalah yang terjadi. Aku sangat meraikan perbincangan. Tapi dalam perbincangan tu aku memang sangat tak sedap hati sebab ada unsur-unsur cakap belakang, tikam sesama sendiri dan ada unsur-unsur nak mempengaruhi orang lain untuk benci orang lain. Faham tak?

Maka nya aku tanyalah solusi si lelaki ni, si lelaki ni explain lah dekat aku untuk kekalkan perbincangan ini dengan aku sahaja sebab lelaki ni pun nak tengok jauh mana permainan mereka.

Aku ingat sangat macam mana Perempuan 1 yang berjawatan tinggi ni sedaya upaya nak cucuk perempuan 2 ni untuk benci aku dan si lelaki ni. Padahal kami dalam pasukan yang sama dan kami hanya berjawatan Pegawai cabuk dengan gaji tak sampai 5k (waktu mula-mula bertugas) tak faham kenapa nak kena tanam sifat berpuak dan nak hancurkan pasukan sendiri?

Lama kitaorang kumpul bukti sampailah si Lelaki ni mengalah. Aku di sahkan mengandung pada tahun 2 perkhidmatan. Jadinya, aku memang banyak on leave sebab aku sakit. Asyik keluar masuk hospital. Banyak aku tertinggal cerita si lelaki tapi sebelum berhenti si lelaki ada pesan dekat aku tolong hati-hati.

Aku mintak explanation kenapa si lelaki ni nak berhenti time aku tgh cuti bersalin. Aku paksa jugak si lelaki ni cerita apa yang terjadi. Rupanya sepanjang tu dia memang sangat-sangat dibuli secara mental dengan Perempuan 1 yang berpangkat tinggi ni.

Ada satu masa tu, lelaki ni tengah bekerja dan memang on event mana boleh kau senang-senang nak transfer gambar event secepat mungkin.

Contoh situasi dia macam ni, kalau kau seorang jurugambar tengah on going event baru amik gambar sekeping dua dan kau diarahkan untuk transfer gambar, dan amik lagi sekeping gambar dan transfer lagi sekeping. Tak stress ke korang kerja? Possibility file corrupt dan semua gambar tu hilang sekelip mata is higher dan sangatlah ditakuti oleh semua jurugambar di muka bumi ini.

Si lelaki ni memang jarang wei melawan maybe sebab dia lelaki dan tahap kesabaran dia tinggi. Dia senyap dan dia akur je dan menuruti apa yang diarahkan tanpa bantahan. Banyak lagi yang si lelaki ni cerita tapi aku tak boleh nak tulis dekat sini takut buka aib mana-mana pihak. Maka nya tinggallah pasukan kami bertiga.

Dalam majlis perpisahan tu aku memang tengah on the way ke labor room dan sebelum aku masuk labor room aku siap Whatsapp si lelaki ni aku mintk maaf sebab aku tak dapat nak join farewell dia dan aku akan anggap si lelaki ni macam adik beradik aku sebab dia memang baik wei. Protective dan terima Kasih sebab jadi kawan kerja yang baik.

Sekarang ni pun kitaorang memang jadi kawan baik walaupun tidak bekerja dalam satu organisasi yang sama. Selalu contact luah perasaan, tukar-tukar pendapat Dan semestinya tumpahkan teh yang mana patut ditumpahkan.

Bayangkanlah bertapa busuknya hati dan perangai Perempuan 1 ni sampaikan Farewell si lelaki ni pun dia tak nak datang hantar wakil dan memang dia suka sebenarnya nak singkirkan lelaki ni sebab katanya pengurusan tertinggi tak Suka lelaki ni sebab dia ada ada masalah attitude Sombong, angkuh, amik gambar tak pandai,

Tapi aku tengok gambar dekat setiap bilik pengurusan tertinggi besar iye print gambar si lelaki ni amik dan aku yakin segala lemparan Sombong tu semua Perempuan 1 ni yang bagi. Kenapa tak guna gambar yang blur-blur dan gambar yang tahlah malas aku nak condem kerja orang. Kau kerja, kau setuju ambil jawatan itu so maknanya kau kena bertanggungjawab untuk deliver kerja dengan sebaik mungkin untuk nampak hasilnya.

Aku memang dah dapat cium modus operandi pengurusan tertinggi dan perempuan 1 ni. Cara dia nak singkirkan orang senang je bagi work load sampailah kau sendiri stress. Kadang bagi work load yang bukan job scope kau dengan alasan ”Takpe kan benda ni satu process pembelajaran, It’s good for your career development yada yada yadaaaa”. Begitulah ayat nak gula-gulakan orang.

Perempuan 1 ni memang mulut manis. Tapi dari apa yang aku belajar dari dia kadang-kadang kita tak perlu jadi pandai pun untuk naik pangkat, untuk orang suka kat kita.

Cukup sekadar jadi kaki ampu, suka puji orang tiber-tiber dan bagi orang selesa dengan dia dan korek rahsia dengan niat nak jatuhkan reputasi orang tu dengan menyebarkan cerita-cerita yang ditambah dengan ajinomoto, perasa maggie dan sebagainya. Mohon kita semua dijauhkan untuk menjadi manusia seperti ini.

Setahun lebih dah si Lelaki berhenti kerja tapi nama masih dicanang-canang di dalam mesyuarat sampaikan aku dan perempuan 2 di ejek-ejek yelah sebab kami kan satu team. Kalau bercakap pasal si Lelaki memang kami terasa lah.

Tapi apa pun sebelum Lelaki berhenti memang banyak video-video dan gambar-gambar cantik tinggal buat kenangan di syarikat tu. Kalau korg pernah tengok video kakak pandan yang pernah viral pada tahun 2022 ha itu antara hasil kerja si lelaki ni.

Selepas tinggal kami bertiga sahaja dalam pasukan ni aku dah mula sikit-sikit tarik diri untuk tak bergaul dengan perempuan 1 dan 2 ni sebab aku perasan ada hari titiba si perempuan 1 ni jeling-jeling aku, cakap sindir-sindir.

Since dia selaku penyelia aku, aku diam jelah aku abaikan sebab aku fikir selesai aku buat kerja aku balik, aku dapat gaji dah. Sebab time ni aku dah busy kelas ngaji, geng-geng usrah aku dah banyak susun aktiviti tpi disebabkan kerja aku ni banyak sangat kena outstation aku selalunya akan terlepas aktiviti-aktiviti usrah dan kelas ngaji aku.

Selepas kami tinggal bertiga memang banyak aku kena dengan perempuan 1 ni. Aku buat kerja ditegur “teruk” di dalam group Whatsapp besar. Siap Tanya “siapa yang tulis caption ni? Teruk”, sepanjang aku kerja ni aku baru first time aku rasa org cakap aku teruk.

Lepas aku bersalin aku di cop tak perform kerja, banyak buat Salah itu ini. Padahal aku follow semua arahan Perempuan 1 ni sebijik-sebijik. Tapi macam biasalah kalau ada salah apa-apa memang pengurusan tertinggi akan serang aku sorang dan perempuan 1 ni sebagai penyelia ni tak ada nak cakap apa-apa pun ibarat dia macam melepaskan semua kesalahan dekat aku sorang.

Aku akur je sebab aku memang respect dia sebagai seorang yang lebih tua dari aku dan penyelia aku. Maka, aku memang dah letak gap boundaries walaupun dia selalu sedaya upaya untuk korek rahsia kehidupan peribadi aku.

Haha dan kalau anda baca ini “ketahuilah segala cerita-cerita yang akak paksa saya untuk cerita itu adalah dogengan semata-mata.” Trick sekali dah berjaya masuk perangkap dan selamanya kena sentiasa berhati-hati.

Aku ni penat sangat kerja dekat sini sebab kau kena sentiasa berhati-hati berlakon setiap hari bila pergi office. Sampaikan kalau balik rumah tu aku rasa tersangat lega sebab aku dah buka topeng aku dan aku dah boleh jadi diri aku sendiri.

Wei letih sangat sangat sangat sebab kena sentiasa berlagak cool, control your emotions untuk elak sebarang provokasi emosi. Benda ni paling aku jaga. Sebab aku tahu diaorang ni sebenarnya akan cari alasan untuk menjatuhkan imej dan maruah aku. Supaya kalau apa-apa jadi boleh salahkan aku sebab aku mengamuk or tk pandai control emosi aku.

Setiap hari aku menanti apa je yang Perempuan 1 ni nak buat, sampailah titiba dia ada perselisihan sikit dengan Perempuan 2. Memang teruk jugak time tu sebab banyak benda yang aku dengar dari dua-dua pihak ni. Perempuan 1 mula mengadu dekat aku yang Perempuan 2 lawan dia tengking suara dekat dia dan sebagainya.

Aku ni kena berlakon tanya seolah-olah prihatinlah dengan nasib si Perempuan 1. Macam-macam di kutuknya Perempuan 2 ni. Tapi aku still remain calm walaupun hati aku mendidih dengar dia kutuk Perempuan 2 sebab dia kawan aku. Aku pun pernah di hasut untuk benci perempuan 2 ni.

Macam biasa2 modus operandi perempuan 1 ni, bawak makan-makan lepas tu konon luah perasaan apa yang perempuan 2 ni buat dekat dia. Pandai dia tp dia lupa aku ingat segala benda dan game yang dia sendiri dah create dari day 1.

Aku masih menanti Perempuan 2 ni datang untuk explain dekat aku apa yang jadi. Lama baru Perempuan 2 ni datang explain. Aku teliti betul-betul dengan dengan hati dan otak aku sebelum aku nak pilih yang mana yang betul dan mana yang Salah.

Sampailah aku satu point ni aku rasa memang selayaknya si Perempuan 1 ni kena tengking dengan Perempuan 2 ni sebab perangai kau terlalu busuk dan jahat untuk orang hadam. Kuat menghasut, kaki burukkan orang.

Dan selepas dengar semua cerita dri Perempuan 2 ni aku lebih berhati-hati dan selepas itu apa sahaja perbualan dengan perempuan 1 ni memang aku akan rekod secara diam-diam sebab aku tahu Perempuan ni memang kaki pusing. Dia punya pembelit dan tambah-tambah cerita tu memang lebih dari apa yang akal fikirkan kita fikir.

Lepas dari kisah Perempuan 1 dan 2 ni berselisihan pendapat maka banyaklah peristiwa-peristiwa yang aku rasa pihak pengurusan tak patut pun nak buat penganiayaan dekat Perempuan 2.

Sepatutnya Boss kami yang paling tinggi tu kena dengar cerita dua-dua belah pihak bukan membuat konklusi dari satu belah pihak yang kau rasa dia betul. Si perempuan 1 ni selalu cakap dekat kitaorang “I akan selalukan backup korang kalau boss marah-marah dan tk puas hati dengan kerja Korang”,

Aku rasa jauh lagi dia nak sebelahkan kami sebabnya dia memang hanya mempergunakan kami untuk dia naik pangkat dan nak jalankan project-project kerja dan setiap kali video dan hasil kerja kami bagus pun dia akan claim itu dia yang buat. Baru aku tahun editing, publishing semua memang dia buat.

Nak save document word to pdf pun masih tak tahu.. hmmm. Takpelah sebab Perempuan 1 sangatlah berkuasa sekarang ni memang kaw kaw naik pangkat setiap tahun. Aku gembira untuk dia sebab dia naik pangkat atas usaha dia kerja tapi tolong jangan buruk-burukkan nama baik orang lain.

Dalam dia berselisih faham dengan Perempuan 2 ni aku pun terbabit kena tempias sebab kadang aku pun tolak jugak kerja yang aku rasa tak munasabah untuk aku buat. Kerja aku ni banyak outstation tau, memang kadang aku tak mampu nak join semua outstation sebab kadang suami aku pun bertembung outstation dengan aku, pengasuh titiba ada checkup KK kencing Manis, darah tinggilah apalah.

Jadi ibu ni pun kadang serba Salah tapi tulah bila aku bantah sikit dan mintak excuse weiii memang macam-macam dicanangnya belakang aku. Diaorang mana pandang kerja-kerja yang sebelum ni kan so aku faham je Benda tu.

Aku diam je aku tak banyak cakap sangat sebab aku tahu aku hanya pekerja yang kau kena turut apa yang penyelia kau mintak. Tapi kadang mintak benda yang tak bukan-bukan aku pun hangin jugak.

Tahun 2023 aku rasa sumpah banyak gila drama yang aku dah malas nak hadap waktu ni aku fikir aku settle je project ni aku nak resign dan aku memang aktif dekat LinkedIn dan semua tempat aku apply untuk aku keluar dari environment merepek ni.

Aku nak keluar dari environment merepek ni sebab body aku dah give to many sign yang sebenarnya aku ni tk sihat bukan sebab aku sakit tapi sebab toxic environment. Aku dah tak productive macam dlu dan yang paling aku takut aku pernah susah nak bernafas dan kena panic attack dekat dalam toilet office.

Nasib baik clinic memang dekat dengan office aku. Turun bawah office tu je dah sampai klinik. Seminggu 3 Kali aku kena amik nab. Sampai doktor pun dah perasan. Dah sebulan sampai dekat 10 Kali aku amik nab pada setiap minggu sampai 3-4 Kali doktor suruh aku refer to Hospital sebab ada sekali tu aku datang aku menangis teruk dan aku memang tak boleh nak bernafas.

Doktor ajar aku cara nak bernafas aku duduk dan start on nab. Maka, Dari situ doktor nasihatkan aku untuk ke KK berdekat check and refer dekat tempat yang sepatutnya.

Time aku kena panic attack ni Perempuan 1 ni dah mula titiba takde angin, takde ribut nak attack aku. Aku perasan ni sebab dalam apa jua kerja yang aku buat semua dikondemnya.

Kau bayangkan, aku buat paper work dia cakap teruk lah apalah, padahal sebelum-sebelum ni aku buat paper work pembelian peralatan semua okay je? Elok je lepas peralatan tu? Elok je guna sampai sekarang, walaupun aku dah dibuang? titiba tahun 2023 ni dia dah start layan aku macam pelik.

Aku dah start rasa tak sedap hati sebab Perempuan 1 ni dah mula attack aku pulak. Dalam group besar cakap aku teruk itu ini,

Dalam meeting bulat-bulat dia tolak kertas kerja dan cadangan aku tapi kalau orang lain buat boleh. Hahaha buat amik idea Aku pulak tu. Okaylah, Aku senyap je lagi sebab Aku rasa takde sebab Aku nak lawan sebab time ni dia dah naik pangkat memang kuasa penuh untuk mengelola unit Aku.

Projek terbesar tahun 2023 untuk unit kami menjayakan satu short film raya. Alhamdulillah settle tapi ya Allah banyak nya drama bodoh dalam short film ni sumpah Aku penat.

Walaupun bukan Aku yang sepenuhnya buat benda ni aku hanya tolong part-part kecik sahaja mcm arrange hari shooting, tengok balik rakaman shooting okay ke tak & lain-lain. Projek ini memang tidak dikelola bawah Perempuan 1 langsung memang 100% Perempuan 2.

Dari pre shooting semua memang Perempuan 2 yang handle. Kalau dilihat dekat situ memang susahlah nak claim ni hasil kerja si Perempuan 1 ni. Dia datang tempat shooting pun sehari je untuk tengok lokasi dan balik sebab tak silap dia ada kerja yang perlu diuruskan.

Dan bagi aku apabila kau dah menjawat jawatan yang lebih besar jangalah micro manage sangat. Jangan risau kami tetap akan menampakkan kewujudan kau dalam setiap gerak kerja kami. Kan dah di brain wash untuk dahulukan boss-boss tak guna ni untuk apa jua kerja-kerja yang dijalankan. Walaupun kau kerah keringat orang bawahan macam Kain buruk.

Bersambung………

– Khalsom (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *