Untuk part I, (https://iiumc.com/penganiayaan-tidak-terbela/).
Maka terbitlah short filem yang diadaptasi dari iklan Thailand dan di olah atas permintaan dari pengurusan yang terpaling maha tinggi. Kalau korang biasa dengan kerja-kerja penyuntingan filem atau video memang tahu macam mana strugglenya kerja-kerja grounding ni. Penat tak terkata.
Aku heret anak aku time tu baru 8 bulan shooting tengah-tengah malam sampai ke subuh sebab nak siapkan scene-scene yang tertunggak ni. Kalau ada amend tu benda biasa sebab kadang ada kesilapan teknikal yang kitaorg sendiri tak perasan. Aku pun ngaku ada silap pada certain scene dan kami ambil pendekatan untuk ubah balik before nak publish malam raya.
Malam raya, aku sedang memasak, bertalu-talu call masuk cari aku. Manalah aku nak angkat telefon sebab memang tengah sibuk dekat dapur. Tengah merendang, tengah menggulai. Yang aku perasan bila suami aku pass telefon dekat aku dan cakap, “Fone ni berbunyi dari petang Kenapa semua cari awak ni?”
Aku dah mula tak sedap hati, aku ambil je telefon terus aku tengok ada miss called dari Perempuan 1 dan Perempuan 2. Titiba notification Whatsapp aku masuk banyak gila. Aku dah cuak apa benda pulak ni nak kena marah “dalam hati aku”.
Memang betullah sangkaan aku. Malam raya tahun tu memang tak jadi malam raya. Sebijik-sebijik nama dia sebut dalam Whatsapp group. Aku hanya boleh reply “Saya mintk maaf dan perkara ini tidak akan berulang lagi di masa akan datang, selamat hari raya,”
Aku cepat-cepat call Perempuan 2 untuk tanya kenapa dan bagaimana? Perempuan 2 lagi teruk kena tiaw tapi apa pun masing-masing saling menyedapkan hati masing-masing. “Takpelah babe, maybe ni dugaan raya mesti Allah nak bagi benda lain yang lagi syok lepas ni”, aku cakap sebab nak sedapkan hati je. Padahal wei dalam hati duk fikir takutnya nak masuk kerja lepas raya nanti.
Sepanjang raya tu memang tak tenang hidup aku sebab aku duk fikir apa benda yang aku buat sampai boss kitaorang marah sangat dengan kitaorang. Aku punyalah tak tenteram sampai nak beraya pun aku tak nak. Duk review balik footage-footage yang ada, kot-kot kalau ada benda yang kami terlepas pandang atau cakap.
Aku sangat suka cara boss aku ni , kalau dia tk suka dia memang akan cakap je tak macam orang lain pendam-pendam lepas tu cakap-cakap belakang. Atleast aku tahu ada benda yang dia tak senang dengan apa yang kitaorang buat.
Aku pun terima jelah wei kena marah, buat apa nak terasa hati dah kau pun macai je bukan boss kan. Demi mencari sesuap rezeki telan jelah anggap ni semua pengalaman dalam karier sendiri. (ayat nak sedapkan hati). haha
Perkara ni tak terhenti sampai situ sahaja, naik kerja aku dengan perempuan 2 ni kaw kaw kena gam wei. Tak boleh jumpa dan berurusan dengan pengurusan secara langsung. Aku macam pelik walaupun aku dah kerja dekat 3 tahun dekat sini (masa tu) macam ni ke culture kerja dekat sini?
Kalau orang buat salah terus kena gam, terus kena palau & sebagainya. Tapi sebab akukan orang baharu, hadam jelah walaupun dalam hati apa bendalah yang besar sangat sampai kena ber gam gam ni. Maka nya aku mula belajar memahami perangai semua di antara mereka.
Sumpah Ya Allah pening kepala nak kena sentiasa tunduk dan jadi bodoh. Maka dengan itu aku Mula ambil langkah kebelakang untuk tidak berurusan secara terus sebab aku takut kalau benda mcm ni berulang kembali trauma hidup aku wei.
Dengan kisah malam raya berkait-kaitlah semua benda yang bakal berlaku nanti aku cerita sebab panjang lagi cerita ni. Aku ni jenis tak kesah kena marah ke apa sebab aku memang akan rasa “mungkin ada benda yang dia kena tu smpai dia marah aku macam tu sekali,” Maka nya benda itu akan berlalu pergi.
Hasil usrah dan ceramah-ceramah yang aku dengar memang banyak membantu aku untuk twist cara aku berfikir dan walau benda tu nampak negatif aku cuba twist benda tu dari sudut pandangan yang positif.
Sepanjang kes gam ni kami memang ada buat satu group whatsapp untuk comfort each others. Perempuan 1 ni memang drama queen gila. Sampaikan dia tak boleh nak tidur, kena makan ubat tidur sebab dia duk fikir apa benda yang boss kami marahkan kami.
Yelah dia kan penyelia kitaorang. Apa sahaja yang berlaku memang dia yang akan kena dulu. Pangkat dah tinggi maka besarlah tanggungjawab untuk dipikul. Group Whatsapp ni tak bertahan lama pun. Dalam 3 minggu lepas tu perempuan 1 ni left group sebab dia dah dimaafkan dan boss kitaorang dah tak gam dia.
Tapi kami berdua masih lagi di gam. Aku macam biasa senyap jelah takut nak bersuara sebab aku faham boss aku tengah membara. Bagi dia cool sikit nanti baru okay kot. (Itu apa yang aku fikirkan). Time ni aku dah mula penat dan tak sedap hati wei.
Sepanjang pergi kerja tu ada je benda yang berlaku sampai aku rasa “aku kena berhenti kerja awal ni”, trauma aku kalau kena tengking or marah depan-depan orang lain. Aku duk fikir macam tulah. Sebab keinginan nak tahu macam mana tahap kebaranan boss aku.
Aku pun sikit-sikit tarik diri dan hanya buat kerja di belakang tabir sahaja. Memang banyak aku mengelak untuk berurusan secara terus dengan boss-boss ni. Takut lah aku. Boleh kena panic attack. Aku takut bukan seram, takut sebab hormat dan demi menjaga periuk nasi untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Trauma yang tinggal kesan ni aku ingat aku sorang sahaja, rupanya Perempuan 2 ni lagi teruk dia punya trauma sampaikan nak tidur malam pun mimpi hahah. Aku punyalah coolkan dia. Banyak bagi nasihat dan aku make sure dia sentiasa okay. Takut pulak tetiba kena panic attack macam aku kena.
Punyalah semua risau boss aku ni mengamuk sampaikan tempat duduk kami pun ditukarkan, aku duduk sebelah perempuan 2 sebelum ini. Sebabkan kami di tuduh bercakap benda yang tak bukan-bukan Walhal takde pun Demi Allah. Kami juga tidak dibenarkan bercakap sesama kami di dalam office.
Dan sekali lagi Perempuan 1 ni tuduh nama aku yg kaki gossip. Sebab masa ini, perempuan 1 ni macam dah tak suka dekat aku. Tanpa sebab eh. Aku tak tahulah kenapa. Aku pun malas nak fikir sebab bagi aku orang yang suka fitnah org dan memburuk-burukkan orang ni senang tak payah layan.
Perempuan 2 ambil langkah yang sangat aku tak sangka. Dalam aku duk pujuk-pujuk dia tu. Aku tahu dia fighter dan dia pergi tulis surat hantar dekat boss Maha tinggi, permohonan untuk minta tukar unit. Ya Allah takut aku time tu. Aku rasa benda ni dah reda, tapi sebenarnya tak reda lagi rupanya.
Yelah, aku tak salahkan sesiapa pun sebab cara orang menerima apa yang dia kena itu berbeza-beza. Macam aku sendiri sampai kena panic attack. Memang teruklah kesan trauma yang ditinggalkan. Impak yang besar bagi aku.
Balik dari kerja aku terus buat solat hajat untuk permudahkanlah dan mintak Allah lembutkan hati dan sejukkan hati boss Maha tinggi kami. Aku tak boleh nak predict boss Maha Tinggi aku ni macam mana walaupun orang lain cakap dia pun manusia makan nasi sama macam aku dan yang lain-lain. Tapi satu je yang tak sama, hati dan attitude tak sama dan berbeza-beza.
Maka Perempuan 1 ni kembali cari aku luah perasaan. Mulalah drama dia. “Apalagilah yang si Perempuan 2 ni nak? Kan dah reda sekarang ni boss dah start marah sebab dia rasa Perempuan 2 ni cabar kesabaran dia”.
Hari selepas perempuan 1 ni dapat berita yang perempuan 2 hantar surat ke boss Maha Tinggi kami terus dia meroyan cari aku siap buruk-burukkan perempuan 2, sekali lagi. Dan aku rekod! Bukan apa, aku cuma nak pertahankan apa yang aku tak cakap dan apa benda yang aku cakap.
Perempuan 1 ni hidupnya memang akan menjadi penghasut, Maka aku belajar dari peristiwa lalu. Ingat wahai pembaca-pembaca iium confession kalau korg kena buli dan kena macam-macam dekat office jangan lupa rekod apa sahaja perbualan suara at least korang ada bukti kalau nak bawa ke tengah dan ketepi.
Kisah surat Pertukaran ni sampailah ke seorang lagi boss yang aku gelar dia “Gigi” aku sumpah tak faham apa masalah si gigi ni sampai beriya-beriya hangin dengan Perempuan 2.
Aku faham korang semua memonopoli keputusan pengurusan syarikat tapi kenapa sampai personal attack orang? aku tak nampak celah mana professionalnya cara mereka handle the situation. Sumpah macam budak-budak sekolah menengah. Aku rasa zaman aku degree dulu lagi bagus walaupun penat buat event tapi semua professional. Walaupun ketika itu aku hanyalah seorang pelajar.
Perempuan 2 ni kena hanging surat Pertukaran tu sampai 2-3 bulan. Tiada kata putus yang mengatakan syarikat atau pengurusan terima atau tidak. Kesian Perempuan 2 ni kena hanging macam gantung tidak bertali.
Hr buat kerja macam tak sekolah kau bayangkan lepas perempuan 2 ni hantar surat mintak tukar unit, tiba-tiba selepas 2-3 bulan keluar surat perpindahan ke negeri Perak. Yang mana memang kampung halaman Perempuan 2 ni. Tapi di balasnya kembali surat tu dengan sebab yang munasabah kenapa dia tak boleh berpindah ke Perak dalam masa 2 minggu.
Aku ni hanya memerhati dan aku banyak support apa sahaja yang Perempuan 2 ni buat sebab aku tahu apa pun keputusan itu semua terletak di tangan dia.
Sepanjang kes pertukaran Perempuan 2 ini di gantung tidak bertali, ada lah sekali dua perempuan 2 ini update insta stories yang mana dalam friendlist Perempuan 2 ni terdiri daripada isteri kepada si Gigi ni. Perempuan 2 ni memang cakap dengan niat dia memang nak suruh diaorang baca.
Aku pun tak ingat sangat apa yang Perempuan 2 ni update tapi yang aku ingat ia lebih kepada luahkan perasaan sebab kes pertukaran dia tu. Aku dah agak dah, si Gigi ni feeling hero lah dalam menangani masalah ni. Bini dia pergi screen shoot hantarlah kepada si Gigi ini untuk si Gigi ni ambil tindakan.
Yelah si Gigi ni orang penting jugak dalam pengurusan syarikat. Tapi yang aku tak puas hati kenapa bini si gigi ni suka sangatlah amik tahu hal staff sedangkan dia tiada kena mengena langsung dengan organisasi.
Aku ni antara orang yang ambil tanggungjawab aku sebagai seorang sahabat. Aku pergilah jumpa si Gigi ni untuk rundingan secara baik dan sopan. Sebelum aku naik jumpa si Gigi ni memang aku study sikit pasal dia ni. Jumpalah jawapan, walaupun dia suka bergossip petang-petang sambil makan goreng pisang tapi dia sangat lemah kalau perempuan menangis.
Dari nasihat orang yang dah betul-betul kenal si Gigi ni aku pun fake kanlah air mata aku untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Sahabat. Aku takkan biarkan kawan aku kena macam tu walaupun aku tahu kalau apa-apa jadi dekat aku satu hati nanti takkan ada satu orang pun yang berani come out macam aku buat.
Takpe aku ikhlas dan aku tahu Allah je yang boleh balas jasa aku. Hidup ni terlalu singkat untuk kau nak buat kejahatan dengan orang, so selagi masih bernafas kerjakanlah amal kebajikkan dan kebaikkan sesama manusia.
Aku masih ingat apa yang si gigi ni cakap dekat aku masa aku jumpa dia. “Korang berjaya dalam melakukan apa jua kerja dalam team tapi nak sustainkan team work tu korang gagal.” aku masih ingat sampai sekarang dengan riak wajah dia, cara dia bercakap tu ya Allah angkuh sangat sangat sangat. Aku tahu kau boss tapi sumpahlah macam ada udang di sebalik mee je cara dia cakap.
Dan selepas daripada perjumpaan itu aku masih tertanya apa benda lagi lah yang si Perempuan 1 nak buat ni. Sebab aku tahu sangat kalau boss-boss dah berkias-kias macam ni memang ada lah benda yang perempuan 1 tu burukkan aku atau pun perempuan 2.
Yang lawak selepas aku jumpa si gigi ni selang beberapa minggu tu perempuan 2 dapat kata putus untuk buat surat rayuan bagi mengekalkan kedudukan dia dalam unit kami dan di tempat yang sama. Aku macam tak boleh nak fikir macam mana hr ni berfikir dan macam mana boleh terfikir nak suruh orang merayu sampai suruh buat surat rayuan untuk kekalkan di penempatan yang sama.
Disebabkan Perempuan 2 lahir-lahir memang fighter dia tak buat langsung surat rayuan sebab dia cakap “takpe i pergi i nak cari apa benda yang i boleh buat kat luar tu babe”, aku pun melepaskan dia dengan penuh kebimbangan sebab aku takut macam-macam lagi yang diaorang akan plan untuk huru-harakan hidup si perempuan 2 ni.
Tapi takpelah aku serahkan kegusaran dan kebimbangan aku dekat Allah, Semoga Allah jaga Perempuan 2 ni sebab aku memang ikhlas doakan segala kebaikkan untuk dia.
Tapi benda paling aku rasa si gigi ni penakut sepanjang permasalahan yang timbul antara perempuan 2 dan boss Maha Tinggi, dia nak cuba-cuba untuk menjadi penyelamat tapi sebenarnya kau nampak bodoh sebab suka ugut staff.
Bayangkan disebabkan dia triggered dengan insta story si perempuan 2 ni dia marah-marah dekat aku sampai cakap depan Perempuan 1, “Perempuan 2 ni pangkat dia apa eh? sampai berani nak mencabar dan cakap macam tu sekali”, si Gigi tanya aku, aku hanya cakap tak tahu sebab aku rasa si Gigi ni takut nak berdepan dengan perempuan 2 ni.
Ibarat macam ni lah, orang lain yang buat silap eh tak pasal-pasal nak marah-marah aku. Aku terngiang-ngiang muka dia cakap pasal pangkat tu. Maknanya sepanjang hidup si Gigi ni bangga sangat menyandang jawatan tinggi. Sampai bercakap pun macam Tuhan.
Ibarat semua yang kerja bawah dia ni semua dia yang bagi rezeki. Kalau dia tak bagi rezeki tak boleh nak makanan dan nak sara keluarga. Macam tulah ibaratnya.
Sambungan………..
– Khalsom (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit