Hi semua, nama ku She. Aku berasal dari negeri pisang goreng cicah sambal kicap. Sebelum ini aku melakukan bisnes secara online, namun ingin mencuba nasib menjual offline dengan menyertai car boot sales (CBS).
Dipendekkan cerita, aku mendaftar diri untuk menyertai CBS bagi bulan Disember. CBS ini berdekatan dengan sebuah mall yang agak popular di negeri ini sebab selalu dikunjungi warga Singapore sebelum PKP dulu. Kadar sewaan CBS ialah RM160/sebulan, setiap jumaat, sabtu dan ahad.
Aku namakan penganjur ni Mr E. Pada mulanya, Mr E menyatakan ada food truck, permainan berlampu dan go kart sebagai tarikkan.
Namun, last minute Mr E beritahu bahawa food truck tak dapat diadakan mengikut tarikh yang dijanjikan atas sebab tertentu dan akan di post pone pada bulan Januari.
Sewa bagi bulan Disember di kira percuma dan sewa yang aku dah bayar di kira untuk bulan Januari. Jadi kami terpaksa meniaga pada bulan Disember tanpa apa-apa tarikkan. Untuk pengetahuan korang, tapak CBS tu gelap, ceruk dan tersorok.
Seperti yang semua tahu, bulan Disember adalah musim tengkujuh dan banjir. Tapi aku dan beberapa rakan seperjuangan lain tetap datang meniaga walau angin, ribut, hujan. Ramai peniaga tidak dapat meniaga. 60 lot cuma 15 sahaja yang datang.
Bila ramai peniaga yang tak hadir, Mr E mula marah, katanya malu nak promote kat page viral kalau peniaga tak beri kerjasama. Dan dia tak promote pun. Setakat promote kat fb personal tu adalah.
Tapi berapa ketul saja friends list dia tu nak dibandingkan dengan rakyat Malaysia ni? Aku pun tak kenal dia di socmed sebelum ni. Dia juga paksa kami melakukan marketing di socmed sendiri. Bukan ke tugas penganjur adalah buat marketing?
Boleh dikatakan banyak hari yang tiada sales langsung. Kalau ada pun, peniaga support peniaga. Macam aku cakap tadi, tapak CBS tu gelap, ceruk dan tersorok. Takde siapa pun nak datang kalau takde tarikkan. Sebab tu pentingnya tarikkan dan marketing. Banyak duit keluar dari masuk.
Nak parking CBS pun berbayar RM2 ya. Bila ditanya kenapa peniaga pun kena bayar parking, Mr E hanya jawab tu luar bidang kuasa dia.
Dahlah kami kena bayar sewa tapak, parking pun kena bayar, sales pulak takde. Belum kira minyak, tol dan duit makan lagi.
Hari demi hari, bulan Januari pun tiba. Kami menuntut janji penganjur iaitu tarikkan food truck, permainan berlampu dan go kart.
Mr E kata dia nak bawa tarikkan pesta lampu dan dinosaur tetapi tarikh untuk food truck, permainan berlampu, go kart, pesta lampu dan dinosaur ialah hujung bulan Januari.
Maksudnya kami kena meniaga setengah bulan lebih lagi tanpa apa-apa tarikkan. Peniaga mula panas hati dan minta budi bicara untuk percepatkan tarikh.
Tapi jawapan dari Mr E sangat kurang ajar dan tak professional. Dia jawab “apa masalahnya nak start hujung bulan, takde dalam perjanjian CBS”.
Ye, memang dalam poster official CBS takde tulis tarikkan tu semua tapi dia yang menjanjikan pada peniaga CBS akan diadakan semua tu sebagai tarikkan pengunjung. Tapi pernah ke dia fikirkan usaha kami selama ni?
Usaha kami untuk menaikkan tapak niaga dia adalah sia-sia belaka dan langsung tak dihargai.
Kami sangat mengharapkan tarikkan tersebut untuk tingkatkan sales jualan kami. Kami masih bersabar dan teruskan meniaga seperti biasa.
Tarikh yang dijanjikan pun tiba, ramai peniaga semangat berkobar-kobar datang meniaga memandangkan cuaca dah kembali elok dan dijanjikan tarikkan baru. Namun setibanya aku di tapak niaga, segala tok nenek tarikkan tu TIADA. AKU ULANG, TIADA.
Peniaga mula marah dan tak puas hati, penganjur cakap tak serupa bikin. Dan Mr E seperti biasa, memberikan jawapan yang tak professional. Dia cakap tu bukan bidang kuasa dia. Tu adalah bidang kuasa mall.
Tapi dia sebagai penganjur, tak boleh ke follow up supaya benda-benda tersebut ada pada hari sepatutnya? Ni dia langsung tak ambil tahu sehingga peniaga yang bagitahu kat group whatsapp. Ibaratnya dia berikan harapan palsu.
Tapi sebaris perkataan maaf pun tiada dari pihak penganjur malah kami yang kena marah balik. Sesiapa yang bersuara tentang ketidak puas hati di tapak CBS akan di block serta merta dan tak dibenarkan meniaga lagi di event dia.
1. Peniaga ada request untuk kemudahan tandas dan surau di tapak niaga sebab tandas dan surau kat mall tu jauh. Kesian pada kanak-kanak dan warga emas.
Tapi penganjur kata kalau melibatkan kos pihak dia tak mampu memandangkan sewa tapak murah. Setelah aku buat kira-kira, untung sewaan CBS yang dia dapat dah mencecah belas ribu. Ye, belas ribu.
2. Apabila peniaga menyuarakan apa-apa pendapat Mr E tak pernah terima pendapat orang lain, melenting, cakap ada 3 tahun pengalaman CBS, tunjuk segala sijil yang ada, cakap besar. Dalam erti kata lain, bodoh sombong.
3. PA sistem – ada beberapa kali PA sistem tak hadir, bila peniaga persoalkan, Mr E jawab PA sistem adalah ikut suka dia nak datang ke tak, tiada dalam perjanjian.
Lagipun sewa yang kami bayar tu murah. Apa-apa situasi pun, Mr E akan guna ayat “sewa tapak murah”, ibaratnya duit kami ni takde nilai ke? Padahal duit kami ni la yang bagi dia makan anak beranak.
4. Sewa tapak murah – jadi kalau murah, tak boleh ke kami bagi pendapat? Dia macam, “dah murah tu kau tak payah banyak bunyi, redha jelah walau apa keadaan sekalipun.” Tak murah ye nak dibandingkan dengan kuasa beli kat situ. Banyak hari yang takde sales langsung.
5. Mr E persoalkan peniaga tak ucap terima kasih atas tarikkan yang dia bawa di tapak niaga. Melalui conversation aku tempoh hari, Mr E tak pernah ucap terima kasih langsung. Dia nak orang ucap terima kasih tapi dia pun tak ucap terima kasih.
Dan banyak lagi isu-isu sepanjang 2 bulan aku sertai CBS tu. yang aku hairan, ada juga yang jadi penjilat dia. Kebanyakkannya penjilat Mr E ni orang yang dah lama sertai CBS dia di merata tempat.
Kadang-kadang penjilat Mr E ni kat group whatsapp saja mulut manis, kat belakang kutuk jugak. Tapi tiada kebaikkan pun jadi penjilat dia, bayaran kadar sewa tetap sama, sales jualan di CBS macamtu juga. Bagi aku, yang salah tetap salah.
Bila kita dah berjaya dan berada di atas janganlah memandang rendah terhadap orang lain. Tak salah rasanya menerima pendapat orang lain untuk kebaikkan bersama dari melenting-lenting marah peniaga.
Mungkin itulah kali pertama dan terakhir aku berurusan Mr E. Terima kasih admin kerana siarkan cerita aku dan terima kasih kepada pembaca sekalian.
Yang tersakiti,
– She (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit