Assalamualikum, aku nak share pasal topic yang mak cik dan pak cik bawang dok sebok2 bercerita. Aku umur baru nk meningkat remaja 22 tahun. Kadang2 terganggu dengan mulut2 mak cik dan pak cik bawang ni suka ambil tahu hal anak orang lain, padahal mak ayah kita tak kesah dan tak banyak tanya macam bawang ni.
After kau SPM mak cik bawang dah start amik tahu hal kau. Sambung belajar mana nanti? result apa SPM? kalau keputusan yang membanggakan tuh okey la nak jawab, yang kalau keputusan kurang tuh nak jawab pon rase down. Kita dah jawab “biase2 je makcik” dia tanya lagi “yala biase2 tuh ape?’ aduh susah mak cik2 macam ni, jenis tak fahanm hint orang bagi. Kalau kau dah abis belajar soalan lain pulak keluar, bila dah dapat kerja dia tanya bila nk kawin pulak.
Ini la yang aku hadapi sekarang, kepoci suka menyebok.. rimas!! aku baru habis belajar time bulan puasa tahun lepas sementara tunggu dapat kerja aku mengangur la plan sampai habis raya. Time raya tuh kawan mak aku datang dia tanya dah abis belajar ke? aku cakap “dah” .. “ohh tak lame lagi dapat kerja kawin terus la”. Aku macam aikk kenapa dapat kerja kene terus kawin pulak, aku jawab “takda la,, nk kumpul harta dulu baru kawin kot.. lagi pon nk kawin calon takda”. Aku pon hehehehe la dengan kawan2 mak aku tuh, aku ingat soalan tuh sampai situ jek.
Melarat sampai sekarang, laki bini kawan mak aku time datang melawat ayah aku dekat hospital, dia sempat bisik2 dekat aku “pak cik ada sorang lelaki ni baik, kamu nak kenal2 tak?” Soalan ini yang di tanya time melawat bapak aku sakit ni. Bila jumpa dekat kerja kahwin atau kenduri tak pernah tak tanya pasal mamat yang dia nak kenalkan dengan aku. Sampai aku rase rimas, setiap kali mak aku nak pergi kenduri aku akan tanya “ade kemungkinan ke kita untuk jumpa laki bini tuh” mak kata “tak” baru aku join pergi.
Aku baru kerja tak sampai setahun, gaji pon cukup2 makan. Sekarang mak aku pulak busy suruh aku cari someone untuk jadikan pasangan hidup dan tak cukup lagi tuh dia bagi arahan “sebelum aku umur 23 tahun dah ada kenalan untuk jadi pasagan hidup, kalau takda mak amik jek anak kawan2 mak yang nak kau”. Aku jadi sakit hati, agak anak dia orang ni takde pilihan hati sendiri ke. kenapa mudah sangat pilih calon ni.. baru tengok orang datang beraya kau berkenan terus cakap dengan mak ayah kau “mak orang nak kenal dengan anak makcik tuh” mudahnya hidup. Sumpah ini drama melayu tau.
Mak bukan jenis macam ni aku kenal mak aku. Mak selalu biar anak dia buat keputusan sendiri. Aku rasa terpengaruh kawan2 dia la tuh. Penah sekali tuh time gelak2 ketawa2 mak cakap “mak nak tengok kau kawin sementara mak hidup” ya Allah sedihnya waktu ni (aku buat tak dengar jek time ni). Abah baru pergi tahun lepas mungkin tuh yang buat mak terpikir macam tu mungkin, aku pulak anak perempuan sorang lain2 abang. Drama melayu sungguh yang aku hadapi sekarang. aku paling benci cerita2 melayu drama sangat, sekarang realiti yang aku hadap.
Sekarang tempat kerja aku bukan syarikat besar, dekat dengan rumah rutien hari2 pergi kerja balik kerja. Cuti hari ahad je, mane ada waktu aku nak mencari. Lagi pon umur aku ni bagi aku masih lagi muda, tersangat2 muda untuk kawin. Lelaki sekarang nampak macam tak boleh untuk kita berharap pada dia 100% tak pun 80%, ramai yang takda sifat bertanggunjawab. Orang yang bergelar ustaz pon boleh terlepas dari tanggungjawab.
Nak mintak pendapat korang dalam situasi aku ni. Plan aku 25 dalam bab2 kahwin, ini terlebih awal untuk aku. Lagi pon tak suka orang sebok2 dalam urusan hidup aku. Aku tak nak buat keputusan hanya untuk menutup bicara mulut orang. Sorry terpanjang pula.
– Unknown (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit