Pengasas Kosmetik Tempatan Perlu Ambil Peluang Ini

Salam dan terima kasih admin jika artikel ini tersiar! Info nie khas untuk pengasas2 kosmetik tempatan jadi kalau kenalan anda adalah tauke mana-mana kosmetik, tolong forward artikel ni supaya mereka dapat buat tinjauan pasaran.

Untuk pengetahuan semua, pasaran Muslim di seluruh dunia tidak cukup alatan kosmetik yang Halal. Kekurangan nie amat ketara di mana di setiap negara barat (US, UK, Canada, Australia, Europe) cuma ada satu atau dua sahaja jenama kosmetik yang halal untuk dijual kepadaratusan ribu orang Islam di negara tersebut.

Di sebuah negara yang saya rahsiakan namanya, populasi penduduk Muslimnya sangat ramai tetapi hanya ada SATU jenama yang bebas alkohol dan bebas lemak haiwan. Jenama-jenama halal ini tidak membuat marketing yang kuat; kehadiran mereka tidak diketahui ramai pun. Marketing tak sampailah pendek kata.

Keadaan nie menyukarkan Muslim yang menetap di luar negara kerana hampir TIADA produk tempatan yang halal-certified untuk kami. Kami boleh mencuba kosmetik yang bersifat vegetarian tetapi penggunaan alkohol menimbulkan masalah lain pula.

Sesetengah orang mmg tak kisah memakai barangan yang ada alkohol, memang ada fatwa yang membolehkan hal nie dengan syarat alkohol itu mesti begini begini. Tetapi bagi mereka yang betul-betul ingin menjaga perkara ini, mereka akan mencari alcohol-free cosmetics, dan bebas dari unsur haiwan.

Di tempat yang saya menetap cuma ada 1 jenama halal dan mereka tiada range yang saya perlukan . Hanya beberapa produk saja dijual jadi memang tiada pilihan, sgt jauh berbeza dgn pelbagai range yang disediakan produk-produk di Malaysia.

Harga di sini juga adalah 3-4 kali ganda harga barang yang sama di Malaysia, jadi ramai yang fikir berkali kali sebelum membeli. Ada kemungkinan kami terpaksa kirim alatan kosmetik dari rakan-rakan dari Malaysia setiap kali habis guna.

Oleh kerana pasaran kosmetik di Malaysia sudah terlalu banyak, boleh tak saya nak minta pengasas-pengasas semua buat sedikit tinjauan untuk pasaran antarabangsa dan lihat market mana yang you all boleh cuba masuk?

Minta tolong fokus kepada negara-negara barat sebab populasi org Islam di negara barat macam USA, Australia, Europe dan lain lain dah sangat ramai tetapi supply untuk halal cosmetic masih rendah.

Kesedaran orang ramai tentang bahan bernajis dalam kosmetik juga masih rendah, sebab tu ramai yang beli je alatan kosmetik di retail store biasa. Benda tu ada kesan kepada solat 5 waktu (sah / tak sah) dan ramai yang tak tahu benda nie lagi, but it’s okay ini bukan tujuan artikel nie.

Buat masa ni kalau saya google, untuk seluruh dunia cuma ada 10 atau 11 jenama yang blog blog antarabangsa senaraikan sebagai pengeluar kosmetik halal. Jenama-jenama ini ada yang fokus range tertentu saja (contoh: fokus kepada range Bedak sahaja).

Kos shipping juga sangat mahal misalnya seseorang yang berada di US perlu membayar shipping mahal untuk makeup halal dari Australia.

HALAL CERTIFIED COSMETICS (SENARAI SEKARANG)

– Amara Cosmetics (US)
– Wardah (Indonesia)
– Talent Cosmetic (Korea)
– So.lek (Malaysia)
– Iba Halal Care (India)
– Inika Organics (Australia)
– Glow by Claudia Nour (US)
– Tuesday in Love (Canada)
– Sampure Minerals (UK)
– Zahara (Singapore)

**list ni saya susun rambang saja, bukan paling atas paling berjaya

Saya tak pasti kenapa Simplysity tak tersenarai dalam website-website tersebut, mungkin kerana mereka hanya menyenaraikan jenama yang buat International Shipping dan Simplysity belum buat international shipping lagi? Kalau salah minta betulkan.

Wardah juga macam tiada international shipping tapi masuk dalam senarai, Wardah ada international shipping ke? Kalau ada tolong komen ye.

Yang pasti, ada banyak lagi halal kosmetik tapi kehadiran mereka tidak di highlight oleh website-website rujukan ini, so Malaysian founders, please tap the international market!!!!

Saya tahu memang kebiasaan founders mereka akan cuba masuk dulu Singapore, Indonesia dan Brunei. Tapi kalau anda fikirkan semula, negara-negara macam Singapore Brunei dan Indonesia mereka pun dah ada pasaran yang tepu untuk halal kosmetik.

Pengguna mereka banyak pilihan dah pun bersepah – sepah nak pilih jenama mana. Yang tak ada supply ialah orang orang Islam di negara barat macam kami.

Lebih membanggakan, syarikat-syarikat kosmetik luar negara nie ramai yang dapatkan Halal certification dari JAKIM *_* Walaupun produk mereka keluaran Korea, tapi sijil adalah adalah dari JAKIM. Tak banyak syarikat yang sedia untuk bersusah payah dapat kan sjiil halal jadi memang tak mengejutkanlah kalau di sesuatu benua yang besar cuma 1 syarikat kecil je yang halal.

Disclaimer: Artikel ini bukan bermaksud bahawa SEMUA wanita Islam di luar negara memakai kosmetik halal. Kesedaran wanita-wanita sendiri tentang halal haram dalam kosmetik adalah masih rendah lagi, sangat rendah.

Kalau pengasas-pengasas kosmetik dapat bina kesedaran tu (awareness) lama-lama makin ramai wanita Islam akan mula mencari produk-produk keluaran Malaysia! Sekarang ni pun dah ada yang kirim mengirim kepada orang – orang Malaysia, jadi bayangkan 10 tahun akan datang. Pastikan anda buat market research sekarang ok! Where is team marketing?

Diharapkan jenama-jenama Malaysia akan mendapat tempat di negara barat satu hari nanti, insyaAllah kalau buat marketing betul-betul anda akan dapat masuk niche market nie iaitu pasaran umat Islam dunia! Kepada yang tidak berminat mencari Halal kosmetik it’s okay!!

Artikel ni bukan untuk merendah-rendahkan anda atau mengajar sesiapa. Setiap orang berhak pilih apa yang nak dipakainya jadi saya bukan tulis artikel ini untuk suruh semua orang berubah kepada Halal cosmetic serta- merta. Artikel nie sekadar nak memberitahu peluang kepada founder-founder tempatan yang tercari-cari inisiatif baru.

Sekian, maaf BM-BI bercampur!!

– Anastasia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *