Pengasuh

Aku tak tahu macam mana nak mula, lagi pula setiap sering kali penulisan aku dipandang sepi. Namun tidak mengapa, lepas juga apa yang terbuku dihati. Aku, Iz, berkhimat sebagai seorang pengasuh pada pasangan yang mempunyai 4 anak orang di rumah mereka.

Dengan bayaran dibawah kadar gaji minimum, makan, tempat tinggal dan bercuti sekali setahun ditanggung(bercuti bersama mereka).

Meskipun khidmat diambil sebagai pengasuh tapi cara kerja lebih kepada maid/pembantu rumah.

Semestinya, menjadi seorang pengasuh tidak mudah apatah lagi anak asuhan yang nakal tapi itu lumrah alam kanak-kanak. Dimarah tidak juga berhenti, nak ditangan-tangan bukan anak sendiri, dibebel mengajing semula.

Stress sudah tentu, dapat ibu yang faham bersyukur, dapat ibu yang tidak faham di biarkan kelakuaan anak begitu. Malah mempersoalkan semula kenapa anak tidak dapat membaca? Tidak mengenal huruf? Tuan/Puan sekalian adakah itu tugas Pengasuh?

Tuan/Puan masa saya banyak diambil dengan menyelesaikan rumah supaya sentiasa rapi dan menyelesaikan urusan anak-anak kencing, berak, makan serta sewaktu dengannya. Saya mintak maaf tidak dapat mengajar anak Tuan/Puan membaca atau menulis.

Masa saya bersama anak-anak 24 jam sampai saya terfikir sedangkan bibik punyai waktu rehat dan gaji mereka jauh lebih besar.

Saya sedar status saya OKU untuk mendapat tempat dalam perkerjaan sangat sukar. Oleh itu, saya bagi 200% kepada Tuan/Puan dari mengasuh, cuci kereta, kemas dalam serta luar rumah tapi dipandang sepi.

Dengan kelahiran yang ke 4, menjadikan tanggunjawab saya semakin besar. Oleh itu saya suarakan agar yang ke 4 dihantar ke pengasuh yang lain. Saya memerlukan ruang untuk berfikiran rasional, mengurus rumah dan anak-anak dengan baik.

Saya lelah Tuan/Puan, permintaan saya tidak diendahkan malah alasan diberi “nanti bertambah gaji” sedangkan bukan duit yang saya cari, saya mencari ketenangan untuk hidup yang rasional.

Tuan/Puan Adakah anda sedar apabila ada kesilapan menguruskan anak-anak, salah saya dianggap besar.

Puan ingat ketika saya terpotong kuku baby terlebih sikit “kalau tak pandai jangan potong”(bengis), sudah berminggu-minggu saya lihat kukunya panjang saya tunggu Puan potong tapi dibiarkan juga atas alasan tidak pandai.

Adakah Puan ingat pada hari cuti apa yang Puan buat? masa berhappy-happy bersama anak ketika anak-anak nak makan, nak berak, muntah dibiarkan. Jika Puan dalam seminggu ada hari cuti tidak salah ambil giliran menjaga anak-anak.

PKP membuat keadaan bertambah buruk terperangkap 24 jam bersama anak-anak setiap hari tanpa cuti. Emosi saya mulai tidak stabil semakin memendam rasa kerana sering dibiarkan bersama anak-anak.

Hari saya di mulai dengan longgokan periuk belanga disingki sedangkan keadaan rumah seperti kapal pecah dan lantai berhabuk sana-sini.

Anak-anak pula ada bahagian masing-masing menyakat sana sini, sini menjerit sana menangis, sini meraung sana bergaduh.

Saya bukan wali, yang tidak goyah di ganggu oleh nafsu, syaitan mahupun iblis. Saya dari soft spoken bersama anak-anak menjadi seperti orang separuh gila terjerit-jerit dan lama kelamaan menjadi seorang pemarah.

Tuan/Puan saya tidak pernah menyembuyikan amarah saya di didepan Tuan/Puan dengan harapan Tuan/Puan menghulur bantuan mengurus apa yang patut.

Adakah Tuan/Pun tahu saya pernah menghempas paip air ditandas dalam tindakan sepantas kilat, kerana terlalu marah dengan perangai anak ketika itu.

Dimana, sendiri terkejut dengan perbuatan sendiri dan saya berfikir tidak mustahil anak Tuan/Puan pula selepas ini. (Dan Allah jua yang melindungi saya dari perbutaan terkutuk).

Hasil dari sikap Pemarah, ia saya nampak Tuan/Puan mulai berubah dalam rungutan dan ngauman. Itu tidak mengapa, agar kelelahan itu dapat dikongsi bukan dihadapi seorang kerana jika dibiar saya tidak tahu apa akan jadi pada sikap saya kepada anak-anak.

Pekerjaan yang saya lakukan tidak perlu diperlihatkan kepada orang kerana saya bukan “flatter” dan saya berkomunakasi pada yang dapat menerima mesej saya secara baik bukan terus membangkakang.

Maaf jika saya semakin berat mulut dan hanya selesa bergurau senda dengan anak-anak kerana sikap Puan itu sendiri membangkakang setiap tutur kata serta tingkah laku saya dari awal sebelum bertanya atau melihat hasilnya.

Sampai sini sahaja penulisan ini, Terima Kasih IIUM jika menyiarkan penulisan ini dan Terima Kasih juga para pembaca yang sudi membaca karangan setengah masak ini. Misi saya sekarang ni, mencari ketenangan serta keikhlasan yang telah hilang.

Moga doa anda mengiringinya dan saya doakan “Diberi kesembuhan ketas setiap kesakitan, dilapang dari setiap masalah, diselesaikan dugaan hutang, dilepaskan dari kesempitan moga berpanjangan dalam Keikhlasan dan Rahmatnya” aamiin.

– Iz (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *