Pengasuh

Assalamualaikum semua. Tujuan saya confess kat sini untuk dapatkan pandangan semua.

Saya terus kepada cerita dan situasi yang saya hadapi ya. Maaf kalau ayat berterabur sebab saya kurang arif bab membuat karangan ni.

Nama saya Miss M, seorang ibu bekerja, seorang ibu yang agak sibuk jugak.

Saya ada dua orang anak, si kakak umur 2 tahun setengah hantar ke taska dan si adik umur 6 bulan hantar ke rumah pengasuh.

Bayaran kakak RM390 dan si adik RM400 sebulan.

Biasa saya akan hantar adik dulu dalam pukul 7.45 pagi sebab dekat area rumah, pastu terus hantar kakak yang sehaluan sahaja ke tempat kerja.

Isu sekarang ni adalah ayah pengasuh ni sentiasa sakit.

Masa saya mula2 nak ambil dia jadi ibu asuhan, saya ada tanya dia selalu ke cuti sebab saya ni sibuk sikit, memang susah nak cuti atau kalau ada emergency.

Pastu dia cakap takde selalu pun, dalam 3 bulan sekali macam tu, cuma waktu hujung minggu memang tak dapat nak jaga anak sebab time weekend dia kene jaga ayah dia.

Saya memang time weekend takkan kacau pengasuh sebab nak bagi pengasuh free je dan kalau ada kene masuk ofis, memang saya akan bawak masuk ofis anak2, time malam pun memang takkan kacau pengasuh.

Ada sebelum ni pengasuh ada mintak cuti sebab nak uruskan anak masuk sekolah, ok kita faham sebab nak masuk sekolah. So satu hari je la cuti kan.

Lepas tu ada emergency ayah dia masuk kecemasan, time tu saya ada kerja luar, nak terus balik tak boleh sebab saya keluar dengan kereta orang, jadi agak susah nak mintak balik selagi tak selesai kerja.

Pengasuh bagitahu kene amik anak pukul Sekian sebab ayah masuk kecemasan.

Kita ni dengan tebal muka bagitahu orang yang tumpang kereta tu untuk pergi rumah pengasuh ambil anak, pastu letak anak kat taska.

Mujur la kat taska kakak tu boleh la tumpang kejap.

Masa pengasuh mintak cuti nak uruskan anak2 dia masuk sekolah pun saya letak anak kat taska, so kene bayar RM45 sehari. Takpela yang ni sebab bukan selalu kan.

Cuma sekarang ni, ayah pengasuh masuk wad, dah hampir tiga minggu masuk wad.

Masa mula2 masuk wad tu pengasuh mintak cuti 2 hari, hari jumaat dan isnin.

Kebetulan masa tu saya memang tak hantar anak sebab saya ada meeting kat luar. Hampir 2 minggu tak hantar sebab ada meeting kat luar.

Ok la, selamat la sebab tak perlu ambil cuti sebab mintak mak mertua jaga kan anak time saya pergi meeting tu.

Lepas ayah dia masuk wad, hari2 pengasuh akan tanya bila boleh balik, sebab dia nak pergi tengok ayah dia kat wad. Hari2 mintak untuk ambil anak awal.

Kalau sehari dua tu ok la, tapi ni dah macam hampir setiap hari waktu bekerja mintak saya ambil awal anak untuk dia pergi hospital tengok ayah dia.

Saya ni sibuk sangat, kadang ada kerja luar yang tak membolehkan untuk balik awal.

Bila hari2 dia tanya bila boleh ambil anak, lama2 rasa macam menyampah pulak.

Menyampah sebab time saya tak hantar anak hampir dua minggu tu dia takde pulak cakap nak kurangkan bayar ke,

Ada jugak hari2 lain yang saya tak hantar sebab ada kerja luar dan hantar anak rumah mak mertua dan ada hari ambil awal anak, hantar separuh hari je.

At least kalau dia kata bayar separuh, rasa macam ok la sikit kalau nak mintak ambil anak awal pun.

Ni takde give and take pun, bayar pengasuh penuh, nak mintak ambil awal dan ada hari saya tak hantar dan dia mintak cuti.

Betul, saya hantar ke rumah pengasuh, jadi kene get ready untuk cuti sebab pengasuh pun perlu cuti jugak, tapi saya tak jangka akan jadi macam ni, selalu cuti dan mintak ambil awal anak.

Saya biasa ambil anak dalam pukul 6 macam tu. Paling lambat pukul 6.30.

Bila keadaan ayah dia tak sihat ni, dia hari2 tanya pukul berapa boleh ambil anak. Walaupun kadang2 tak cakap mintak ambil awal, tapi secara tak langsung mintak ambil awal.

Ada sekali tu saya cakap ada meeting luar kawasan, jadi akan ambil macam biasa, dalam pukul 6 macam tu, bila saya cakap balik dalam pukul 6 macam tu, dia pun seolah-olah macam tak puas hati.

Kadang dari segi cara penulisan pun dah tahu sama ada dia ok ke tak.

Kalau time saya takde keje sangat saya tak kisah pun, lagi suka kalau dapat ambil anak awal, tapi bila kerja banyak dengan pengasuh mintak ambil awal, rasa serabut la jugak dengan kerja kita yang bertimbun tu.

Lepas tu nanti mula la post kat story cakap lambat melawat ayah sebab komitmen.

Aishh, ni yang rasa tak sedap kan bila baca, sebab secara tak langsung macam perlu kita la sebab ambil anak lambat.

Tujuan saya hantar anak ke pengasuh tu sebab pengasuh jaga tak ramai, 3 orang sekali dengan anak saya, kalau hantar taska biasa akan lebih baby yang dijaga even cakap ikut JKM 3 baby sorang cikgu.

Nak tukar pengasuh, macam nak kene cari lagi, masa saya memang terhad nak cari dan survey2 ni.

Pada pandangan pembaca2 sekalian macam mana? Ada apa2 nasihat atau memang pengasuh ada hak untuk mintak ambil awal sebab nak tengok ayah dia kat hospital?

Yang Benar,

– Miss M (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *