Pengasuh Bukan Hamba

Assalamualaikum para pembaca sekalian. Terima kasihlah yang utama sekali kepada admin kerana cerita ini disiarkan. Biar saya perkenalkan diri saya. Nama aku, rahsia. Aku di hujung umur 20-an. Tak lama three series. Aku ini seorang suri rumah, tetapi sebab bosan sangat uruskan rumah dan anak, aku pun nak tolong suami aku tambah pendapatan. Memandangkan suami aku tak beri aku kerja di luar, dan dia nak aku luangkan masa dengan anak, jadi aku fikir mengasuh adalah salah satu cara aku boleh buat duit dari rumah (cetek kan pemikiran aku. Boleh jer buat bisnes pun).

Pertama sekali, aku jaga anak manager. Umur dua tahun, dan bayaran dia RM 300 macam itu. Tapi, biasalah, kalau dah nama kehidupan, mesti akan jumpa segala rasa punya. Masa mula-mula dia hantar anak dia, okay jer. Hantar pukul lapan, ambil anak pukul enam. Lama-lama dia mula buat hal. Hantar macam biasa, masih pukul lapan. Balik itu sahaja masalah. Makin hari, makin lambat dia ambil anak dia. Hari ini dia ambil anak dia 6:30, esok 6:45. Sampai satu tahap, dia ambil anak dia pukul 9:30 malam okay! Itupun tak bagitahu apa-apa dekat aku dia datang ambil annak dia lambat. Dahlah anak dia buas, tak makan saman. Stres aku… Lepas itu, ambil anak dia lambat, masa bayar gaji aku, buat selamba sahaja. Tak ada apa-apa bayaran tambahan pun. Aku betul-betul naik angin. Ingat aku ini, kerja lebih masa itu sedekah ke? Sehari bolehlah, kalau dah berhari-hari, dah lain daripada apa yang kita dah deal. Aku pun buat keputusan untuk berhenti jaga anak dia dengan beri alasan aku dapat kerja. Masa itu dia merayu sebab yalah, bukan senang nak cari pengasuh. Sebab aku geram sangat, aku cakap jer hantar ke taska. Apa susahnya? Kau itu yang susahkan kepala kau fikir.

Kedua, aku jaga anak cikgu. Umur setahun, tapi sekejap dia duduk dengan aku. Sebab cikgu itu sesi petang. So, aku ambil RM 200 jerlah. Tapi, dia tambah lagi RM50. Aku pun pelik sebab tak tahu kenapa dia beri. Masuk jer bulan kedua, dia mula hantar dua orang anak dia yang besar ke rumah aku. Tapi tak lama. Jumaat jer, sebab suami dia solat jumaat. Suami dia kerja bisnes online. Jual jersey bagai itu. Yang ini pun sama. Selalu hantar pukul dua belas lebih macam itu, lama-lama mula meleret sampai pukul sebelas lebih. Aku macam, cikgu apa yang masuk pukul sebelas lebih? Bukan jauh pun sekolahnya. Sebelum ini, anak dia yang dua orang dah besar itu, duduk dengan jiran dia, tapi dia bagi alasan jiran dia nak kerja (macam alasan aku jer). Tapi, jiran dia jaga kejap jer sebab masa suami cikgu itu pergi solat Jumaat. Sebab aku ini peramah sangat, aku tertanyalah dekat anak dia yang besar itu, kenapa tak duduk dengan jiran. Kau tahu budak itu jawab apa? Jiran itu tak tahan dengan perangai dorang. Buas. And yes… memang buas sangat. Tak reti duduk diam.

Bayangkan, TV LED aku itu dia pergi sentuh skrinnya, laptop aku ditutup bukaknya, telefon aku diketuk atas meja, melompat atas sofa… memang aku beli semua itu guna daun pun. Aku kalau anak aku, memang aku naik tangan. Nasib baik anak aku kecil lagi, baik aku didik dia supaya tak kurang ajar.

Ketiga, yang ini last. Sebab peristiwa inilah aku berhenti mengasuh and thanks, aku diberi hidayah.

Dia hantar tiga orang anak dekat aku. Sorang bayi, sorang budak kecil dan sorang lagi yang dah sekolah rendah. Masa ini, baby cikgu itu tak ada dah. Aku bagi alasan yang sama nak kerja. Huhuhu.

Masa tiga orang ini duduk rumah aku, okay jer mereka ini. Tapi,lama2 aku dah nampak belangnya. Ada satu hari itu, aku dapat tangkap ayah dorang tak pergi kerja. Dan aku baru tahu, setiap hari Sabtu, ayah mereka tak kerja pun! Tapi tetap hantar ketiga-tiganya. Kalau hantar baby sorang itu, aku fahamlah. Yalah, tak semua lelaki pandai uruskan bayi ini. Kalau kau lelaki yang pandai uruskan bayi, memang aku respect. Jangan jadi macam lelaki ini. Pandai buat anak, tapi tak reti urus anak. Apa yang korang bangga? Selfie dengan Maria Ozawa. Bangga sangat dengan bintang lucah itu. Kalau anak aku nak kahwin dengan korang, memang sebelum rombongan korang masuk rumah aku dah halau awal-awal.

Lepas itu, yang ini pun sama macam kisah di atas. Patutnya, hantar pukul tujuh, balik pukul enam. Lama-lama, hantar pukul enam lebih, balik pukul tujuh lebih. Mentang-mentang aku diam, korang pijak kepala aku. Korang buat aku macam hamba. Lepas tu, hari Sabtu pula makin lama makin lambat ambil anak, even suami duk terbongkang kat rumah. Kalau anak dia yang sulung tak beritahu aku ayah dia tak kerja setiap sabtu itu, memang sampai sekarang aku masih diperbodohkan.

Nasihat aku, kalau korang rasa nak mengasuh anak orang ini, pastikan korang ada mulut yang terlampau jujur. Tak payah nak jaga hati orang sangat kalau orang tak jaga hati kita. Buat macam sistem Taska. Ambil anak lambat, kira OT. Kalau nak hantar anak hujung minggu, kira OT. Jangan bila dah kena lepas lama-lama itu, masih diamkan diri. Minta jer. Hak kita, kita kena tuntut. Dorang kerja lebih masa pun nak bayaran lebih, kita jaga anak dorang, dorang buat derk jer.

Dan kepada yang di luar sana kalau nak hantar anak anda mengasuh, pastikan jangan menyusahkan kami para pengasuh. Aku respeklah kalau ada lagi orang yang boleh respek pengasuh dia. Aku teringin tapi tak pernah dapat.

Tapi, kalau korang jumpa majikan yang hantar anak korang lepas itu buat perangai, korang cadangkan jer kat dia hantar anak dia pergi taska. Susah-susah sangat.

Terima kasih.

– MakCikJessica

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit