Pengasuh Havoc

Hi semua!! Terima kasih pada admin iium kalau-kalau pengakuan aku diterbitkan. OK, aku Rana, berusia awal 30tahun, masih bujang dan bekerja sebagai pengasuh hampir 5tahun.

Kalau pada pandangan kasar orang awam, kerja aku macam pembantu rumah. Tapi hakikatnya kerja aku lebih pada menjaga anak-anak majikan seramai 6 orang yg berusia antara 10tahun hingga 1tahun.

Sebelum aku ceritakan kisah aku yg agak panjang. Aku nak bagitahu, gaji aku RM1500 , makan minum ditanggung, tempat tinggal disediakan, dan tak perlu fikir nak bayar bil api air segala bagai. Cuma tiada potongan epf, socso dan sebagainyalah.

OK, kerja aku bermula dari pukul 6.30pagi hingga 6.30petang. Uruskan anak-anak majikan ke sekolah, buat susu/milo & sarapan, mandikan si kembar berusia 5tahun & siap-siapkan mereka ke tadika. Sebab yg sulung & yg kedua boleh uruskan diri sendiri dan mereka berdua naik van pukul 6.55am. Boss aku & suami beliau pergi kerja 7.10am. Aku teman si kembar tunggu van ke tadika 7.30am bersama-sama si kecil yg kelima & sibongsu berusia 3tahun & 1tahun++.

Tugas aku selepas itu pula mandikan si adik yg kelima & sibongsu. Buatkan sarapan utk mereka berdua. Keluarkan lauk basah dari peti ais utk masak tengah hari nanti dan jaga mereka berdua. Budak² berusia sebegitu kan tgh lasak. Kerja nak memanjat & sepahkan mainan. Jadi aku tak boleh leka main smartphone.

Oh ya. Sebelum itu, aku jaga si kembar dari mereka berdua lahir sampailah yg kelima & yg bongsu lahir. Jadi aku boleh kira berpengalaman dalam menjaga bayi & kanak-kanak memandangkan aku sendiri anak sulung dengan ramai adik. Teehee.

Berbalik pada tugas harian aku. Aku mula masak dalam pukul 11pagi. Selalu aku masak minimum 3lauk atau 4lauk(sekali dgn makan malam). Sebab aku kena jemput kembar dalam pukul 12.40pm(rumah boss aku jenis apartment, aku kena turun dgn lif sekali yg kelima & sibongsu). Lepas bagi mereka berempat makan, aku bagi susu botol dan suruh mereka siap-siap utk tidur petang. Pukul 1.30pm, yg sulung & kedua balik, bg mereka makan & siap-siap ke sekolah petang. Selepas mereka berdua turun, naik van. Baru aku boleh rehat. Sebab yg berempat dah tidur. Jadi aku boleh main dgn smartphone aku atau tidur sekali dgn mereka. Kira waktu rehat akulah kan.

Pukul 4.00pm, aku lipat baju anak-anak boss aku, siapkan pakaian malam mereka. Sediakan minum petang. Bila mereka berempat dah mandi & minum petang, aku akan suruh mereka kemaskan mainan masuk bakul sebab aku nak vacuum & mop lantai. Sambil tu pasangkan video lagu kanak-kanak. Kadang-kadang kalau cuaca baik, aku bawah mereka ke taman bawah apartment.

Selepas boss & lain-lain balik dalam pukul 6lebih. Baru tugas aku selesai & aku boleh mandi, rehat, solat sebagainya. Aku cuma kerja dari isnin hingga jumaat. Sabtu ahad & cuti umum cuti. Kalau boss ada kerja Hujung minggu, nanti dia minta aku OT. Sehari OT dapat dalam RM100.

Syukur Alhamdulillah aku dapat boss yg bagus. Anak-anak dia boleh dengar cakap aku sebab aku tegas. Dalam tegas aku selitkan benda lawak. Nanti stress pulak budak-budak tu. Hahaha. Bagi aku kerja sebagai pengasuh adalah 1cabaran dimana kau kena cari idea baru utk hiburkan budak-budak tanpa gadjet. Sebab budak akan buat benda bukan-bukan kalau mereka bosan.

Sepanjang hampir 5tahun aku bekerja, aku boleh kumpul duit utk beli 2mesin jahit heavy duty brand Juki. Aku juga mengambil tempahan pakaian sebagai pendapatan sampingan. Kalau orang tengok cara penampilan aku secara realiti, FB atau IG. Orang tak percaya aku bekerja sebagai pengasuh. Sebab aku sangat OOTD orangnya(muka aku pun baby face, orang tak percaya umur aku dah 30, hihi). Cuma waktu kerja dirumah, aku hanya memakai t-shirt dan seluar slack. Rambut ikat ponytail. Hehe. Panjang pula ceritanya.

Jadi, mana-mana yg tak memilih kerja & mudah bergaul dgn kanak-kanak, bolehlah bekerja macam aku. Sebab ramai nakkan pengasuh warga tempatan banding warga asing. Gaji besar, dapat makan tempat tinggal segala bagai. Tak payah pening pasal duit dah.

Cuma aku nak pesan, jangan nak mengatal dgn suami boss. Buat kerja kau sudah. OK, tatatititutu! Oh, sebelum tu, sebenarnya banyak benda aku nak cerita pasal penjagaan kanak-kanak. Mungkin kalau anda mahukan sambungan, aku boleh sambung kisah aku sebagai pengasuh havoc. Adios ~

– Cik Rana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *