Pengasuh Havoc II

Hi lagi! Terima kasih admin siarkan cerita aku. Dan terima kasih kepada pembaca yg mendoakan aku supaya murah rezeki dan sebagainya. Sebelum aku sambung kisah aku sebagai pengasuh, aku akan jawab beberapa pertanyaan dari pembaca yg memberi komen.

OK. Aku dapat bilik dan bilik air aku sendiri. Apartment boss aku ni ada 4bilik dgn 3bilik air. Sebab itu aku boleh letak segala mesin jahit serta alatan menjahit dlm bilik sbb bilik aku memang luas. Sebelum aku beli mesin jahit, aku minta kebenaran dari boss aku dulu. Boss aku pun suka dah aku boleh menjahit. Dia pun OK sajalah.

Aku tak tidur sekali dgn anak-anak boss aku. Tapi biasanya yg kembar dgn 2org si kecil suka dtg bilik aku malam-malam. Kalau aku tgh menjahit biasanya aku akan kata aku tgh sibuk. Esok pagi kita main sama-sama ea. Kalau tak sibuk, aku tgh membaca novel ke apa yg tak melibatkan jahitan, aku bagilah mereka masuk bilik aku. Bilik aku sendiri pun penuh teddy bear. Itu yg suka sangat masuk bilik aku. Hehe. Oh, aku tak menjahit waktu kerja siang. Sebab memang fokus pada jaga budak-budak.

Selain menjaga anak-anak boss aku, asas seperti belajar bercakap dgn betul, abc, 123, bentuk, warna, anggota badan, doa harian & sebagainya aku ada ajar berpandukan buku kanak-kanak yg boss aku beli. Utk bermain dgn kanak-kanak tanpa gadjet, byk boleh main bersama sebenarnya. Biasanya main kejar-kejar, nyorok-nyorok, lawan-lawan(acah-acah macam boxing), polis & pencuri, bowling(pakai apa-apa jns bola & botol plastik), lumba lari(keliling ruang tamu & ruang makan), buatkan kapal terbang kertas atau apa-apa origami dan pelbagai lagi. Tapi aku lebih suka bermain yg buat budak bergerak. Sebab mereka akan mudah tidur tanpa byk ragam.

Bagi aku, yg paling penting sekali terhadkan ruang yg mereka boleh bermain semasa kita jaga mereka. Sebagai contoh, bila aku ada diruang tamu, mereka hanya boleh bermain di ruang tamu sahaja. Tak dibenarkan pergi bilik atau mana-mana ruang yg lain. Kalau aku tgh masak, aku akan kata panas, panas. Jadi mereka tak akan kacau aku di dapur. Tapi sesekali tgh masak, kena tgk juga budak-budak ni. Kadang-kadang bergaduh rebut mainan. Biasanya aku akan tanya, siapa dapat/pegang dulu. Aku takkan sokong belah kakak/abang atau adik. Siapa yg dapat dulu, mainan itu dia yg punya. Kalau masih berebut benda yg sama, aku ambil aku simpan.

Sepanjang aku mengasuh, tidak pernah berlaku kecederaan pada anak-anak boss aku. Aku sentiasa berharap aku tidak leka. Tidak kira pada pengasuh lain atau ibu bapa, bila jaga anak-anak, smartphone sila simpan. Dan kita kena tegas dgn anak-anak. Tak boleh pergi dapur, sebab panas. Tak boleh memanjat sebab nanti jatuh & sakit, tak boleh main benda tajam nanti luka. Nada bercakap lembut tapi ada ketegasan. Bila sebut perkataan jangan/tak boleh, sebut dgn tegas bukan dgn jeritan.

Ada aku baca komen yg negatif macam budak-budak tak semua macam anak-anak boss aku. Aku rasa aku belum terangkan lagi anak-anak boss aku macam mana dlm pengakuan yg pertama. Huhu. Anak boss aku yg sulung ada dyslexia(masalah pembelajaran). Kalau bercakap dgn dia, kena ulang beberapa kali. Yg kembar lagi seorang disahkan doktor hyper active + alergik telur & ayam. Jadi ada cabaran juga di sini.

Segala skop kerja boleh bincang dgn boss pada sesiapa yg nak kerja sebagai pengasuh. Yg paling penting jangan ambil kesempatan di atas kebaikan org lain. Tak kira anda sebagai boss atau pengasuh. Kalau boss ada suami, jaga kelakuan & pakaian anda semasa di rumah. Berpakaian sopan sentiasa. Pintu bilik biar berkunci kalau berehat dalam bilik.

Kerja ni nampak mudah. Tapi pastikan anda minat. Karang budak-budak buat sesuatu yg menaikkan darah, dipukul-pukul pula. Jangan ya. Budak ni kalau nak buat dia rasa bersalah lepas mereka lakukan kesalahan, tenung mata mereka dalam-dalam dgn muka serius. Jangan gelak-gelak pula. Hehe.

Sampai di sini sajalah pengakuan aku yg kedua. Aku bersyukur sgt diberi rezeki & kesihatan yg baik. Terima kasih yg sudi membaca. Apa-apa pun, sebagai pengasuh atau ibu bapa, kena rajin cari ilmu keibubapaan, disamping memanjakan anak-anak, terapkan disiplin & ketegasan juga. OK, XOXO.

– Cik Rana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *