Pengasuh vs Taska

Assalamualaikum. Saya Puan Nur. Saya nak share pengalaman menggunakan khidmat pengasuh & taska untuk penjagaan anak saya.

Post ni untuk rujukan Puan Mina (https://iiumc.com/murung-dek-pengasuh/) & other parents yang mungkin berbelah bahagi untuk hantar anak ke pengasuh atau taska.

Saya pernah menggunakan khidmat pengasuh dari anak saya berumur 3 bulan sampai setahun 2 bulan. Sejak umur anak setahun 2 bulan sampai sekarang 2 tahun 7 bulan, anak saya di bawah jagaan pusat taska.

Bagi saya, kedua-dua pilihan ni ada pro & cons. Tapi personally, saya lebih prefer taska berbanding pengasuh. Saya ada beberapa pengalaman tak best sepanjang anak di bawah jagaan pengasuh.

1. Cuti terganggu

Ni adalah masalah yang paling utama yang saya hadapi. Cuti tahunan saya masa tu cuma 15 hari. Saya bersalin pada awal bulan 3.

Dari bulan 1 sampai ke tarikh saya bersalin, saya perlu ke Klinik Kesihatan (KK) untuk routine check-up. Company saya pulak tak provide cuti khas atau time slip untuk kes-kes ibu mengandung ni.

Kami diminta untuk gunakan cuti tahunan untuk pergi KK. Jadi setiap kali check-up, saya terpaksa mohon cuti. Kat sini dah mula guna cuti yang agak banyak.

Masa bersalin pun saya ambil extra cuti selama 2 minggu untuk menguruskan anak dan latih anak menyusu guna botol.

Saya rasa cuti bersalin 90 hari tak cukup. Lagipun, saya bersalin seminggu lewat dari due date dan saya dah mula cuti 3 hari sebelum due date. Masa ni paling banyak cuti yang saya guna.

Selepas bersalin, anak pula kena attend routine check-up di KK. Ada yang sebulan sekali, 2 bulan sekali. Setiap kali pun saya ambil cuti at least setengah hari.

Saya dengan suami akan sama-sama ambil cuti atau saya seorang. Saya tak yakin untuk biarkan suami sorang bawak anak ke klinik lagipun anak saya fully breastfeed dan lebih mudah saya yang bawak.

Mungkin kebetulan dan memang dah nasib saya, pengasuh saya kerap minta cuti sebab anak dia pun lebih kurang sebaya anak saya, jadi akan ada routine check-up jugak di klinik, tapi anak dia ada extra check-up di hospital. Setiap kali kena ke hospital, dia akan minta cuti sehari.

Kalau ke klinik, setengah hari. Dan setiap kali dia cuti, saya pun terpaksa cuti untuk jaga anak. Cuma 1-2 kali je saya bagi suami jaga kat rumah & saya sediakan susu perahan. Tu pun kalau saya ada kerja penting yang kena attend kat office. If not, saya sendiri akan take over.

Ada sekali, pengasuh anak saya ada masalah dengan suami dia, dan dia nak balik rumah mak dia di negeri lain. Dia inform saya pagi pukul 7, minta cuti sebab nak balik kampung.

Ya ampun kelam kabut saya pagi tu, tengah bersiap nak bawak anak pergi KK untuk routine check-up, mana nak fikir sape nak jaga anak, nak apply cuti takut-takut sebab saya pun dah naik segan dengan bos asyik cuti je.

Yang paling buat saya tertekan bila saya tanya dia nak cuti berapa lama dia jawab “tak tahu lagi”.

Masa tu saya dah agak hilang sabar, saya bagitahu dia untuk confirm kan nak cuti berapa hari sebab saya kena inform boss atau kena standby cari pengasuh ganti buat sementara waktu.

Saya terpaksa ambil cuti emergency terus 1 hari dan sepanjang hari tu saya kelam kabut tanya sana sini untuk cari pengasuh ganti.

Berapa lama saya nak kena cuti untuk cover dia kan? Lepas tu pening jugak la saya fikir kalau kerap macam ni susahlah. Saya tak boleh nak plan cuti apa-apa sebab kena simpan cuti untuk hal-hal peribadi pengasuh.

Yang agak membebankan saya masa tu, pengasuh ganti yang available minta saya bayar upah dia secara harian. Setiap hari masa nak ambil anak saya kena bayar RM25.

Rakyat marhain macam saya ni mana la ada bajet sangat untuk kes-kes macam ni. RM25 sehari bagi saya banyak la, selalu saya takde pun belanja RM25 setiap hari.

Kalau hujung bulan bayar tu ok lagi dah gaji. Ni tengah-tengah bulan. Agak struggle la keadaan saya dengan suami, lagipun kesian kan anak. Kecil lagi and kena adapt lagi dengan orang baru & suasana baru.

Then masa anak saya umur 4 bulan, pengasuh saya tu pregnant lagi. Jadi makin kerap lah dia cuti untuk pergi check-up pregnancy & anak sulung dia.

Saya tak bising sebab bagi saya benda ni tak boleh elak, check-up memang kena pergi. Takkan saya tak bagi dia cuti pulak. Nak tak nak saya terpaksa la cover.

Soal bayaran pulak, saya tak tolak pun gaji dia bila dia cuti. Saya rasa kejam pulak nak tolak gaji sebab saya cuti pun berbayar.

Tapi bila saya tak dapat cuti lama & terpaksa ambil pengasuh ganti, bebanan kewangan bertambah kat pihak saya sebab kena bayar pengasuh ganti & kena bayar gaji pengasuh asal tu jugak full.

Masa dia cuti balik kampung seminggu tu, saya terpaksa tolak juga sikit sebab saya bayar ke pengasuh ganti. Tu saya bagitahu dia and dia setuju.

Pengasuh anak saya yang pertama ni ok sebenarnya, dia jaga baik anak saya. Dia pun baik orangnya senang ikut planning yang saya buat untuk anak lagi-lagi bab handle susu badan. Tak ramai pengasuh yang pandai & sanggup nak urus susu badan. Cuma masalah cuti ni je la.

Masa tu banyak saya ambil unpaid leave dan pendapatan terjejas. Otak pun stress nak kena adapt dengan personal problem pengasuh sedangkan kit apun kadang ada masalah sendiri & planning sendiri.

Lepas tu, 2 bulan sebelum due date dia bersalin, dia dah minta untuk stop jaga anak saya. Dia kata nak balik kampung dah. OK la saya faham mungkin dah sarat dah tak larat nak jaga lagipun nak balik kampung dah untuk persediaan bersalin. Saya pun cari pengasuh baru.

Kes dengan pengasuh baru ni pun sama jugak. Mungkin memang dah nasib saya. Kebetulan anak lelaki dia pernah sakit dan kena pergi buat check-up kat hospital.

Sebelum setuju nak ambil anak saya dia tak bagitahu pasal ni, sebab dia ingat last dah appoinment tu, tapi rupanya hospital masih bagi beberapa tarikh appoinment baru lepas tu.

Then ada anak dia yang lain yang nak ambil UPSR so kerap ada program kat sekolah yang dia kena attend tak dapat jaga anak saya.

Kat dia, saya sempat hantar anak sebulan je sebab tak tahan dah dalam sebulan tu hampir setiap minggu dia akan minta cuti. Tapi dia pun pengasuh yang baik.

Ambil berat kat anak and sayang sangat dengan anak saya walaupun sebulan je jaga. Sampai sekarang kami masih text each other tanya khabar. Actually dia pun rasa bersalah dengan saya sebab kerap minta cuti, selalu suruh saya tolak gaji dia bila dia cuti.

Tapi saya memang tak sampai hati, bukan banyak sangat pun bayarannya, nak tolak lagi tinggal berapa. Selagi mampu bertolak ansur saya cuba lah. Tapi akhirnya saya decide untuk hantar anak ke taska jugak.

2. Advance gaji

Kes advance gaji ni terjadi masa saya hantar anak ke pengasuh ganti, yang pengasuh pertama cuti seminggu balik kampung sebab ada problem dengan suami dia.

Masa tengah deal dengan pengasuh ganti ni, dia dah bagitahu lah yang bayaran minta saya bayar setiap hari, dia tak nak lumpsum. Walaupun saya agak keberatan tapi saya setuju jugak sebab dah terdesak & last minute notice.

Hari pertama saya hantar anak saya tu, baru setengah hari je pengasuh tu dah whatssup saya minta advance gaji. Dia minta RM50 untuk bayar petang tu masa saya ambil anak.

Katanya minta tolong sebab makanan kat rumah dia dah habis, even nak masak nasi goreng pun tak cukup bahan dah katanya.

Suami balik malam nak makan takde lauk dah. Aduh saya pening sungguh. Belum habis fikir masalah dengan pengasuh pertama, pengasuh ganti pulak buat request macam tu.

Then masa hari ke-5 tu, dia tanya saya berapa lama dia kena ganti jaga anak saya. Dia kata kalau lebih 10 hari kena bayar full sebulan.

Terkejut saya masa tu. Tapi dah dia kata memang macam tu, semua pengasuh akan cas macam tu. Saya noob sebab anak sulung, first time guna servis pengasuh ni.

Saya diam kan je la. Tapi nasib baik la pengasuh pertama anak saya tu balik rumah dah lepas seminggu. So total 5 hari la saya hantar kat pengasuh ganti. Saya rasa kalau pengasuh pertama tu masih nak extend cuti, saya terus terminate kot & remain je kat pengasuh ganti tu.

Pengasuh ganti anak saya ni pun jaga anak saya ok, takde masalah lain. Dia memang suka budak-budak especially baby. Dia dah kahwin lama tapi takde anak.

So part jagaan saya puas hati la. Kalau saya mampu saya pun tak kisah nak bayar extra. Tapi time tu memang agak kesempitan, baru dapat baby banyak kos lain sebab tu agak berkira-kira bila kena bayar extra itu ini.

So far cuma dua masalah ni je la saya pernah hadapi sepanjang guna khidmat pengasuh. Cuma yang saya perasan anak saya tak kerap sakit masa dengan pengasuh, mungkin sebab budak jagaan tak ramai sangat. Paling ramai pun 3 orang je termasuk anak saya.

Sekarang, dah setahun lebih saya hantar anak kat taska. Antara kelebihannya:

1. Cuti saya tak terganggu. Taska cuma akan bercuti pada hari cuti umum negeri & nasional je, which is saya pun cuti juga masa tu. Jadi saya boleh plan ahead & lebih tenang, no kelam kabut lari sana lari sini cari pengasuh ganti lagi. Cuti tahunan saya pun boleh jimat untuk hal-hal penting.

2. Bayaran yang fixed, tak minta advance di tengah-tengah bulan secara tiba-tiba.

3. Environment yang sesuai untuk perkembangan anak-anak. Ada ruang untuk belajar, bermain, waktu tidur & makan yang teratur so anak akan lebih berdisiplin. Kawan-kawan pun ramai dan anak belajar bersosial, jadi tak takut orang sangat, tak over clingy.

4. Bayaran yang berpatutan. Ini mungkin depends on each taska lah. Dulu saya taknak hantar anak kat taska sebab risau bayaran yang tinggi. Saya ingat charge taska kat sini lebih mahal dari pengasuh,

Tapi masa saya survey taska untuk hantar anak saya tu terkejut jugak bila owner taska bagitahu harga, eh sama je dengan bayaran pengasuh anak saya. Kalau saya tahu sama harga lama dah saya hantar ke taska. Silap saya sebab tak survey awal-awal.

5. Berdaftar dengan JKM, rasa lebih selamat. Lagipun taska anak saya ada CCTV.

Tapi disebabkan ramai budak dalam satu taska, saya perasan anak saya kerap selesema. Masa hujung minggu je dia tak selesema tapi bila mula rutin kat taska semula dia akan selesema balik.

Jenuh jugak la kena sentiasa bekalkan ubat sapu, ubat hidung, kain lap hingus. Saya pun jadi rimas tengok anak memanjang je hingus meleleh, kena kerap lap, anak pun macam tak selesa and tak bersih.

Anak saya pun kerap ada luka-luka kecil kat muka. Mungkin bergaduh berebut barang dengan kawan-kawan.

So far saya tak pernah tanya cikgu sebab luka tu kecil sangat and boleh baik dalam 2-3 hari. Cuba bersangka baik la yang cikgu terlepas pandang masa diorang bergaduh ke apa. Maklumlah budak-budak memang susah sikit nak kawal.

Rezeki saya jugak dapat taska yang bagus. Cikgu-cikgu semua jenis suka budak-budak. Saya tengok budak senang mesra dengan cikgu. Taska anak saya pun terima budak seawal jam 7am.

Selalu saya hantar 8.30am tapi so far pernah beberapa kali saya terpaksa hantar anak awal bila terpaksa kerja luar kawasan & ambil lewat pernah beberapa kali juga (anggaran 7pm). Tapi cikgu tak merungut & takde pulak charge OT.

Jadi pendapat peribadi saya setakat ni, saya lebih selesa dengan perkhidmatan taska berbanding pengasuh.

Untuk parents kat luar sana, kalau nak hantar anak ke taska, make sure selidik taska tu dulu sebab banyak juga kes walaupun taska berdaftar dengan JKM, tetap ada cikgu yang buat hal.

Tanya pada orang sekeliling especially yang pernah atau tengah guna kan khidmat taska tu.

Google sikit tengok ada tak story yang tak best or kes-kes berkaitan taska tu. Sebelum hantar anak, jumpa dengan owner interview sikit latar belakang taska, owner, cikgu-cikgu dan lain-lain yang berkenaan. Saya dulu siap tanya pasal makanan yang disediakan.

Masak kat mana, menu apa, budak-budak makan macam mana, berapa kerap. Kalau boleh, masuk dan tinjau ruang bahagian dalam taska, so boleh tahu anak tidur kat mana, keadaan bilik mandi & ruang rehat.

Kalau owner tak bagi masuk tu macam ada something fishy so fikir lah dalam-dalam nak hantar ke tak.

Setakat ni dulu dari saya, harap post ni bermanfaat la ye.

– Puan Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *