Assalamualaikum semua. Panggil sahaja aku Syifa (bukan nama sebenar).
5 tahun lepas aku mula jaga seorang budak lelaki. Aku nama kan dia Henry. Dari umur 2 bulan sehingga 5 tahun dia bawah jagaan ku.
Bagai menatang minyak yang penuh aku menjaga nya. Begitu juga suami ku, sangat manjakan Henry.
Oh ye, lupa nak cerita, kami masih tiada zuriat, dah 8 tahun usia perkahwinan kami. Tolong doakan kami ya.
Jika kami balik kampung, bercuti atau ada aktiviti kekeluargaan memang akan bawa Henry sekali.
Bersyukur sangat kerana ibu bapa dia tidak pernah kedekut bab anak. Mereka pun sudah percaya pada saya dan suami. Alhamdulillah, Allah juga lindungi kami dari musibah ketika bawa Henry sekali.
Pada tahun lepas, ibu Henry berhenti kerja dan saya pun sudah berhenti mengasuh dia.
Walaupun begitu, pada hujung minggu saya akan ambil Henry untuk luang masa bersama. Dia pun sangat manja. Ya lah, tempoh 5 tahun bukan sekejap kan.
Sampai lah satu masa, ibu Henry dapat tawaran kerja. Dia ada bertanya, untuk hantar Henry semula.
Malangnya, saya tidak dapat jaga kerana anak asuhan dah ramai ketika ini. Saya takut tidak boleh beri tumpuan bila tambah lagi seorang anak asuhan. Dan ibu Henry pun hantar pada pengasuh lain.
Cerita bermula bila seorang kenalan cerita pada saya. Dia bertanya pada ibu Henry, mengapa tidak hantar semula pada saya untuk di asuh? Dan jawapannya, kerana caj saya mahal dan saya agak berkira.
Terkejut saya dengar, kerana tidak sangka orang yang selalu berkata baik di hadapan, memburuk kan saya di belakang. Dah la cerita tidak benar pula tu.
Sepanjang saya bawa Henry keluar dan bercuti, tidak pernah saya ambil bayaran. Malah guna duit sendiri untuk beli mainan dan makanan.
Kadar bayaran mengasuh pula saya ambil RM350 termasuk makanan dan kudapan. Kalau itu di katakan mahal, saya tidak tahu nak cakap apa. Harga barang semua naik, nak bagi bayaran murah pun serba salah.
Akhirnya saya block dan buang nombor ibubapa Henry, buang mereka dari media sosial. Saya bukan jenis yang suka bergaduh. Jika ada sesuatu isu, memang tidak akan panjangkan.
Terima kasih pada kenalan saya, kalau tidak sampai ke hari ini saya tidak sedar.
Terima kasih semua kerana sudi baca luahan ini. Bukan mudah untuk lupakan anak asuhan yang sudah di jaga sekian lama, tetapi saya terpaksa.
Doakan saya ada zuriat, kerana susah nya meminta kasih sayang dari anak orang lain.
Proses ambil anak angkat pula, setakat ini masih tidak berjaya.
– yang sedang dalam fasa move on-
– Syifa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Saya bersimpati dengan ujian yg awak terima. Semoga awak terus menjadi pengasuh yg baik dan direzekikan anak asuhan yg baik² juga. Saje nak share kisah anak sy 13 tahun lepas..sy direzekikan dapat pengasuh yg baik mcm awak, asuh anak sy mcm anak sendiri. Everything went well..pengasuh jaga anak sy waktu lps habis pantang sampai anak sy umur lebih kurang 4-5 tahun..lps tu ada kejadian yg sy sgt tak sangka dan tak boleh terima, so sy terus stop hantar anak walaupun berat hati dan sy pun tak sampai hati nak tanya/cerita the truth kat pengasuh (anak mengadu something bad happened to her). Bukan salah pengasuh tp dari one of her family member’s. So dari kejadian tu bermula lah gap dlm relationship antara kami sbb anak fobia and lama-kelamaan terus dingin..tp kami tak gaduh or making stories to our neighbours etc..bila bumped into each other kami masih bertegur sapa (sbb kami duduk dlm taman yg sama)..too bad bila jadi mcm ni sbb perasaan bersalah tu masih ada dan jauh disudut hati sy sgt bersyukur serta berterima kasih pd pengasuh sbb jaga anak sy dgn sgt baik..sy takkan lupakan jasa baik dia dan selalu berdoa semoga Allah membalas dgn segala kebaikan dunia akhirat..
Dunia semakin gila dengan perangai manusia bernafsu setan…..rasa2nya dpt agak apa yg terjadi kpd anak Lana….tiada tempat selamat didunia ni…too bad..