Assalamualaikum
Firstly aku harap sangat admin sudi approve perkongsian aku ni sebab apa yang aku nak sampaikan sangatlah penting untuk para pelajar yg akan sambung degree tak lama lagi. Maklum la result UPU baru keluarkan.
Lagipun sepanjang aku follow page iium macam tak ada lagi orang yang confess pasal benda ni (kalau ada, mungkin aku terlepas pandang, maaf kan aku, hehehe)
Confession aku ni ditujukan khas buat korang yang lepasan DIPLOMA sahaja, tapi yang bukan diploma pun boleh baca, buat tambah ilmu or spread kan confession ni untuk pengetahuan family, kawan or anak jiran sebelah yang mana tak follow page iium. Hehehe
Mari mula, korang pernah dengar course exemption or transfer kredit or pengecualian kredit? Haa semua maksud sama, cuma sebutan je yang lain. Pengecualian kredit ni maksudnya korang tak perlu ambik subjek yang tertentu masa degree nanti sebab masa diploma korang dh ambik subjek tu.
Sini aku bagi contoh sikit, let say la masa diploma korang dh ambik paper Operation Management, then masuk degree paper OM tu ada lagi ditawarkan, so masa degree tu korang tak payah pulun pegi ambik subjek tu lagi, just ambik gred masa diploma je. So dah tak perlu lagi attend kelas, buat assignment, jawab final exam ape semua tu. Masa pun jimat, kalau korang dapat kecualikan banyak subjek silap haribulan korang boleh grad awal dari masa yang ditetapkan . Faham tak? Faham tak?
Tapi tapi, ada prosedur yang korang kena buat untuk pengecualian kredit ni which is korang kena ambik borang pengecualian kredit kat pejabat fakulti masing masing dulu dan sediakan dokumen yang diperlukan kemudian dh settle semua submit kat fakulti. Pihak fakulti akan uruskan nanti.
Dokumen tu mostly pihak fakulti akan mintak salah satu, antara soalan final exam ataupun silibus pelajaran (kalau subjek Operation Managemnt nak dikecualikan , so kene sediakan la final exam paper subjek ni atau silibus pelajarannya) yang mahu dikecualikan dengan full transkrip diploma korang sebab pihak fakulti nak tengok gred masa diploma . (full transkrip is COMPULSORY ya).
Lupa nak kasi tahu, setiap Uni ada tetapkan syarat untuk buat pengecualian kredit ni, bukan semberono je ye, macam Uni aku, subjek yang nak dikecualikan kredit tu paling minima mesti kena dapat gred B dan ke atas sahaja, B- je dh tak boleh.
Aku tak tahu Uni lain macam mana syaratnya, mungkin Uni lain syaratnya berbeza dengan Uni aku, so diharap dapat baca syaratnya dulu dengan teliti then rasa rasa dh penuhi syarat boleh la proceed.
Perlu ingat juga, once dh buat, tak semestinya korang confirm berjaya dapat pengecualian kredit ni,contoh korang hantar 5 subjek untuk dikecualikan kredit, tak semestinya dapat untuk kelima lima subjek tu, boleh jadi cuma dapat 3 subjek or 2 subjek or tak dapat langsung. Macam aku yang layak dapat pengecualian cuma 6 je dari 11 subjek yang dipohon, sebab mugkin silibus masa diploma tak sama level dengan degree. So jangan pasang harapan terlalu tinggi ye kawan kawan, nanti kecewa tak sudah.
Ok, mulai harini sesiapa lepasan diploma yang bakal further study very soon especially yang dapat Uni jauh, boleh la siapkan dokumen tu awal awal kalau boleh sebelum daftar masuk degree lagi bagus, nanti tak ada la kelam kabut, tinggal nk submit je.
Jangan la jadi macam aku, pegi daftar degree tak bawak apa dokumen yg diperlukan untuk buat pengecualian kredit, nak pegi tempat belajar lama ambik semua dokumen tu tempat belajar ‘dekat’ sangat dgn Uni, so jadi cacing kepanasan la aku kt situ, call ofis tempat belajar lama, pihak sana tak jawab call, dh cuti raya haji katanya, dah dapat call kena maki pulak sebab mintak silibus subjek tak ada surat rasmi dari fakulti,nak mintak tolong lecturer masa diploma, faham faham jela, diaorang pun busy dgn student sendiri.
At the end dapat jugak aku selesaikan pengecualian kredit dengan bantuan pihak fakulti walaupun makan masa yang lama.
So sampai sini jela perkongsian aku rasanya, thanks kepada sudi yang membaca, diharap dapat memberi manfaat sedikit sebanyak kepada korang semua.
– Mek Kembang
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit