Pengemas?

Assalamualaikum semua. Hai nama aku Fey. Sebagaimana tajuk di atas, ye aku ingin bercerita mengenai isu pengemas. Aku tidak meletakkan diri ku sebagai pengemas. Apatah lagi perfectionist. Cukup sekadar sedap mata memandang.

Aku terkesan dengan satu cerita yang aku baca di FB. Mengenai isu mengemas rumah. Penulis ada selitkan gambar dan memohon bantuan untuk mengemas bilik anaknya.

Apabila aku melihat gambar yang disertakan, aku terus teringat keadaan rumah aku sebulan lepas. Sangat mengerikan. Bau kencing tikus menusuk hidung. Pinggan berkulat bersepah di atas meja. Baju yang sudah dibasuh dan belum bercampur tersadai di lantai.

Wayar laptop dan wayar pengecas berselirat di ruang tamu. Kertas2 bersepah. Sampah yang aku tinggalkan 3 bulan lepas masih lagi dalam tong sampah.

Katil juga tidak nmpak rupa katil. Hapak bau selimut dan bantal menusuk hidung.Jam 11 malam aku melangkah ke dalam rumah aku. Aku menarik nafas panjang2 kerana aku telah menjangkakan perkara ini.

Ya, aku telah berkahwin dan mempunyai anak. Aku hidup PJJ dengan suami. Rumah yang aku maksudkan adalah rumah kami sendiri di kg.

Suamiku tinggal di kampung kerana beliau bekerja di sana. Aku pula bekerja di bandar dan tinggal di sana. Hanya cuti panjang sahaja aku balik ke rumah kami. Dan kebetulan, aku dapat cuti panjang bulan lepas.

Kenapa aku katakan aku sudah bersedia dengan keserabutan rumah kami? Kerana ini bukan kali pertama aku masuk ke rumah kami dengan suasana sebegitu.

Malah pada awal perkahwinan kami, aku pernah berperang besar mengenai isu ini. Aku seorang yang baran.

Namun, perkara itu bukanlah salah di pihak suamiku seorang. Beliau seorang suami yang baik. Setiap hujung minggu akan ke tempatku.

Jadi menurut beliau, beliau tiada waktu untuk mengemas rumah. Aku menerima alasan beliau. Bukan semua orang pengemas. Bukan semua orang rajin.

Lalu, untuk kesekian kalinya, aku hanya diam, mengangkat anakku ke bilik tetamu kerana bilik itu sahaja yang rasional untuk dihuni.

Jam menginjak pukul 12 malam. Lalu aku putuskan untuk tidur dahulu dan menguruskan rumah keesokan harinya.

Terjaga dari subuh, aku menyedari, ruang tamu utama telah divakuum dan kain dalam mesin pengering telah selesai dikeringkan.

Oh, suamiku cuba mengambil hatiku dengan menguruskan apa yang dirasakan boleh. Pinggan berkulat Dan gelas yang bersepah di luar juga telah dikumpulkan. Aku bersyukur.

Aku malas untuk merungut dan membebel. Kerana beliau adalah beliau. Kemas bagi beliau adalah begitu.

Pertama sekali, aku senaraikan kerja2 pembersihan mengikut keutamaan dan hari. Aku cuba hipnosis diri aku. Esok masih ada. Boleh buat satu2. Kurangkan tekanan kerana aku perlu tumpukan pada anak aku juga.

Aku berdarah AB. Kalau anda tahu macam mana orang berdarah AB bekerja, anda akan faham betapa struggle nya aku untuk menyabarkan diri, mengemas rumah dalam masa seminggu.

Barang dapur semuanya aku basuh dan sental dengan clorox. Jika sebelum ni, periuk nasi aku berkulat hingga terpaksa ku buang, kali ini dapur aku pula. Dibuang kerana bau kencing tikus yang tak boleh dibasmi. Mulut aku tutup. Hanya satu sahaja aku ungkapkan.

Jom beli dapur baru dan awak bayar. Titik. Banyak lagi barang dapur yang terpaksa dibuang. Aku tidak mahu tekanan. Daripada menyental barang yang sukar, aku rela keluarkan sedikit duit untuk menggantikan barang yang telah kubuang.

Sebenarnya bahagian dapur adalah bahagian terakhir aku kemaskan. Aku tertekan setiap kali ke dapur. Ya, suamiku akan bungkuskan makanan untuk kami.

Bilangku, selagi dapur masih belum dikemas, aku tidak boleh memasak. Beliau seorang yang tidak berkira. Jadi itu salah satu sebab untuk aku cuba bertahan dengan kelemahan dia yang satu ini.

Pertama sekali, aku uruskan bilik tidur utama dan ruang keluarga. Untuk anakku selesa bermain dan tidur. Seterusnya ruang tamu dan tandas. Bilik laundry dan dapur adalah tempat terakhir aku uruskan.

Aku terpaksa organize kerja rumah aku agar aku tidak serabut. Semua kucatat dan paparkan pada pintu peti sejuk.

Jika dulu, aku akan mengamuk dan membebel bila keadaan itu berlaku. Malah aku pernah hilang sabar dengan suamiku suatu masa dahulu.

Sebelum berkahwin dengannya, aku fikirkan mengemas rumah adalah benda asas yang dilakukan oleh semua manusia.

Rupanya kita mempunyai kepelbagaian kekuatan dan kelemahan. Malah aku sendiri juga bukanlah rajin. Tapi suami aku tidak sedikit pon marah.

Lalu aku fikir, jika beliau boleh menerima kelemahan aku, apa salahnya aku menerima kelemahan dirinya.

Kini, cuti aku telah sampai ke penghujungnya, aku mula dihantui gambaran rumah bersepah dan berbau jika aku tinggalkan rumahku ini sekali lagi.

Semoga aku diberi kesabaran untuk mengurus dan mengemas rumah aku buat kesekian kalinya.

Doakan aku dapat tinggal sebumbung dengan suami aku. Sekurang-kurangnya aku tidak perlu berasa tertekan setiap kali bermulanya cuti panjang.

– Fey (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *