Terima kasih admin kerana sudi siarkan luahan saya.
Saya lebih kepada nak meluah dan sebarang pendapat dan nasihat amat saya alu-alukan. Maaf kalau panjang sebab menaip dalam keadaan hati yang remuk.
Saya perempuan dominant lahir dari broken family. Parents divorced masa umur saya 15 tahun (masa tu minggu Trial PMR).
Sejak dari saat tu hidup saya banyak dengan kawan2. Memang kadang ada nakal2 remaja yang saya lakukan. Tapi alhamdulillah tak ada lah buat perkara yang terlalu teruk.
Bukan kisah kehidupan lalu yang nak saya ceritakan. Saya mula stabil dalam kerjaya pada usia 25 tahun. Ye usia yang agak lewat pada saya.
Pada usia 30 tahun alhamdulillah dah ada sebuah kereta tempatan dan sebuah rumah flat kos rendah (walaupun masih hutang bank tapi saya sangat bersyukur saya mampu usaha sendiri di samling doa dari kawan2 dan ibu)
Dari usia 15 tahun sampailah usia saya 32 tahun memang circle saya banyak dengan kawan2 saya. Saya bukan family person. Tak pandai nak blended dengan family activities. Saya akan rasa sangat janggal.
Saya memang tak terfikir nak kahwin lagi masa tu sebab life seronok dengan travel sana sini, kerja, upgrade skill, reading, food hunting.. Boleh makan sedap2 , beli je apa barang yang saya nak, pergi spa, facial, massage.
Boleh dikatakan memang saya enjoy to the fullest masa muda saya dalam kesederhanaan dengan kawan2. Jadi saya rasa “cukup” dan happy.
Saya rasa kawan2 lah dunia akhirat saya. Kawan2 banyak tolong saya bila saya tak sihat, tak ada duit nak makan, even masa mood up and down pun kawan2 setia teman.
Sehingga lah usia saya 32 tahun. Entah kenapa tiba2 hati saya dijentik rasa yang membuak2 nak ada anak yang saya kandung sendiri. Walhal saya memang jenis tak suka budak. Tapi perasaan tu tiba2 muncul dan sangat kuat.
Bermula dari saat tu saya selalu bangun malam tahajjud, solat taubat, solat hajat, minta Allah hadirkan jodoh untuk saya. Saya pergi usaha cara alternative untuk permudahkan urusan saya.
Ustaz tu cakap nanti bila ada yang datang, InshAllah itulah jodohnya.. Lain2 berserah dan tawakal sahaja pada Allah.
Saya pegang kata2 ustaz tu. Dan memang betul tak lama lepas tu ada seseorang datang untuk berkenalan. Semua tu Allah. Saya tau. Tapi sebagai seorang andartu pada ketika itu, saya ada perasaan takut untuk menolak.
Jadi saya terima untuk berkenalan dengan lelaki tu. Dia lebih muda dari saya. Hati berat tapi dalam masa yang sama masih ada rasa takut kalau tolak yang ni nanti memang tak ada jodoh dah.
Jadi saya teruskan berkenalan macam biasa. Dan semuanye dipermudahkan. Akhirnya kami bernikah pada usia saya 34 tahun.
Di sini segalanya bermula. Dari seorang yang independent, agak dominant, tiba2 saya kena tunduk taat pada seorang lelaki “strangers” . Ambil masa berbulan juga untuk saya biasakan diri dengan keadaan.
Kami duduk di rumah yang saya beli ketika bujang. Rumah tu memang dah hampir lengkap. Kami cuma beli peti sejuk baru dan mesin basuh baru sahaja. Tu pun sebab rosak. Lain2 memang dah saya sediakan dari bujang.
Untuk pengetahuan pembaca, gaji suami saya agak lebih rendah dari saya. Ye lah faktor usia diambil kira. Tempoh pengalaman kerja yang berbeza.
Jadi banyak keperluan rumah, keperluan kami, keperluan anak, makan seharian, banyak yang saya bayar guna gaji saya.
Di sini saya nak tekankan bukan nak merendahkan suami, nak jelaskan keadaan.
Dibesarkan dalam broken family, mendewasa bersama kawan2 bukan family, buatkan saya memang terlalu mengemis kasih.
Saya tak kisah pasal duit asalkan saya disayangi, dihargai, diperlukan, disedari kehadiran saya, setia, sentiasa ada bila saya perlukan, itu dah cukup membahagiakan saya.
Tahun ni tahun ketiga. Tapi hati mula rasa dah tak boleh nak teruskan lagi. Sebabnya hari ni birthday saya. Saya dah booked hotel dan activities bayar pakai duit saya sendiri. Total semua hampir RM800 untuk hotel dan activities 3h2m.
Memang kami dah plan untuk bercuti bawak anak pada tarikh birthday saya harini (saya tak sebut birthday masa plan dengan husband, just mention tarikh) sebab saya nak tengok dia sedar tak tu tarikh apa.
2 minggu sebelum birthday, saya ada bagi hint dengan suami bila nak bagi bunga kat saya? Saya tak pernah dapat bunga. Dan dia jawab nanti lah tunggu birthday.
Ok dari situ saya assume dia ingat birthday saya. So saya diamkan. Sampailah hari tersebut, dari pagi sampai lah tengahari masa kami bersiap2 nak ke hotel, sepatah pun dia tak wish birthday saya.
Saya husnuzon lagi, oh mungkin dia ada nak buat surprise kot. Tapi sampai dah siap semua nak gerak masih tak ada wish sepatah pun.
Saya terus direct tanya dia kenapa tak wish birthday saya? Dia macam tersentak sekejap. Dan tau apa dia jawab? Nanti lah belum lagi.
Belum lagi??? Nak tunggu bila???? Masa tu hati saya remuk seribu. Sedih bukan kepalang. Saya tak mintak pun emas sebab saya tau dia tak mampu nak belikan saya emas.
Saya tak mintak pun hadiah mahal2 sebab saya tau gaji dia lebih rendah dari saya. Saya tak mintak pun benda besar. Saya cuma mintak dia ingat birthday saya, hargai saya. Tu pun terlalu susah ke??
Hidup saya berubah 360° lepas berkahwin. Sebab saya sematkan dalam hati saya tak nak anak saya hidup broken family macam yang dah saya rasa dulu. Saya all out dari segi tenaga, masa, duit untuk family kecik saya ni.
Saya dah tak travel, tak pergi upgrade skills, selalu catu skincare, dah tak shopping buku, cut down makan sedap2, tak hang out dengan kawan2, even pakaian dalam dah lusuh pun saya tangguh untuk beli. Nak jelaskan betapa saya all out untuk “menjaga” family saya ni.
Saya pernah cakap dengan husband masa awal kahwin dulu, prinsip saya, birthday kena disambut dan dihargai. Tak kisah dengan hadiah murah atau just keluar makan sekalipun, tapi kena celebrate.
Tapi tengoklah apa jadi hari ni? Jiwa rasa kosong sangat. Rasa terlalu useless nya diri saya ni. Permintaan yang sekecil itu pun dipandang enteng oleh insan yang benar2 saya anggap “rumah” dan “tempat pulang” saya. Allah.. saya kecewa..
Saya tak mintak banyak pun… Saya cuma mintak dia raikan kelahiran saya kat dunia ni.. Kenapa itu pun susah? Berpuluh hint dah saya bagi, kenapa tak boleh nak simpan dalam kepala?
Terlalu tak penting ke saya dalam hidup dia?? Dahla seminggu sebelum birthday saya demam dia buat tak endah je, hari ni dia tak ingat pulak birthday.
Bagi orang mungkin benda ni terlalu remeh. Tapi bagi saya isu ni terlalu besar apatah lagi bila saya dah banyak “memberi” untuk kebhagiaan bersama.
Ini bukan mengungkit. Tapi rasa kecewa yang terlalu dalam. Permintaan saya tak besar dan tak susah. Saya sedih. RM800 saya spent untuk vacation ni rasa sangat membazir. Baik saya beli emas yang dah lama saya tak beli sejak kahwin.
Mungkin cukuplah setakat samapi di sini untik saya terus memberi dalam family ni. Dia yang ajar saya semua rasa ni. Saya sedih. Terlalu sedih sampai tak ada sedu sedan dalam tangisan. Air mata mengalir tapi dah tak sedu sedan macam sebelum ni bila kami gaduh.
Saya rasa mcam tawar hati dah. Rasa tak nak dah tambah anak sebab nanti duit saya jugak yang akan guna untuk bayar segala serba serbi.
Saya sedih..
– Kaca (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kaca, perkahwinan awak dengan suami tak sekufu ni. Kesian awak. huhuhu