‘Pengemis’ Menagih Hak Anak

Assalaamualaikum, hai semua. Aku seorang Supermama, membesarkan anak2 aku tanpa suami.

Aku malas la nak cerita panjang pasal penceraian aku ngan suami, diringkaskan kerana orang ketiga..

Ala… sebijik macam kisah Hanafi, tapi mungkin kisah aku tragis lagi. Dudaku nampak macam alim.. pandai bertazkirah, mana tidaknya keluarganya pun alim-alim belaka… pandai agama, ustaz-ustaz dan orang-orang tabligh…

Jadi, part yang aku nak cerita ni adalah kekecewaan aku pasal seluruh keluarga duda aku termasuk la mak dan ayah dia merangkap mak dan ayah mertua aku.

Kami ada 3 orang anak yang sedang membesar, kecil-kecil lagi… yang sulung dah sekolah rendah, kedua dah tadika dan ketiga di taska.

Walaupun bercerai, tanggungjawab pada anak-anak bukan atas aku sahaja.

Akan tetapi, aku kecewa di mana soal nafkah anak-anak.. aku seperti seorang pengemis.. seperti peminta hutang.

Ketuk baru dapat, ketuk baru dapat.

Duda aku tu memang ada beberapa masalah gaji lewat… aku faham, sebab aku sendiri akan direct dengan admin dia.

Tetapi… di mana wali-wali sebelah duda aku iaitu atok dan bapak sedara kepada anak-anak aku?

Mereka tahu duda aku tu ada masalah kewangan, tidakkah sepatutnya menjadi tanggungjawab mereka untuk MEMBANTU atau MEMASTIKAN nafkah anak-anak terbela?

Kalau korang nak cakap pergi mahkamah tuntut segala bagai, yup.. aku sedang usahakan walau dah banyak kali mahkamah panggil tapi duda aku tak datang dengan pelbagai alasan yang akhirnya menyusahkan aku.

Keluarga duda aku hanya TUTUP MULUT dan membiarkan aku terkontang kanting cari duit untuk besarkan anak-anak. Takde yang tanya khabar atau keperluan kami.

Duit sewa rumah, duit pengasuh, duit tadika, belanja makan minum anak sehari-hari, duit topup anak (PdPR) , pakaian, pampers dan susu anak…

Ya, aku ada kerja tetap bukan bergaji tinggi membuatkan aku turut membuat side income.

Pernah aku dilemparkan kata-kata… “kalau tak mampu jaga anak-anak, bagi saja pada kami” , aku semakin kecewa dan aku semakin rasa terbuang dari keluarga dorang.

Kalau aku bagi anak-anak pada mereka, mampukah mereka menjaga seperti aku menjaga mereka?..

Sedangkan aku tahu, walaupun aku bercerai, hubungan aku dengan kedua mertua aku masih sah tidak terbatal wudhu sekali pun sampai mati.

Sebelum dan awal penceraian, keluarga dari pihak aku yang banyak membantu. Aku lihat keluarga dari pihak aku dah all out bantu kami macam-macam dari segi kewangan, keperluan dan perhatian.

Di mana keluarga dari pihak duda aku? Kenapa mereka lepas tangan? Kenapa tidak ada yang datang menjenguk bersemuka dengan kami… melihat keadaan kami?

Ya, kami tidak la susah sampai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.. kerana aku masih punya kudrat untuk usaha supaya dapat bagi yang terbaik untuk anak-anak aku.

Namun, persoalan dan pandangan aku pada mereka membuatkan aku SANGAT KECEWA dan SEDIH.

Ini soal tanggungjawab yang disebut dalam agama. Adakah wali-wali ini berfungsi untuk menikahkan cucu/anak buah sahaja?

Adakah wali-wali ini berfungsi ambil tahu soal nafkah hanya ketika si ayah (duda aku) meninggal dunia?

Keluarga mereka keluarga baik-baik. Mereka punya ilmu agama lebih dari aku. Aku hormat mereka. Tetapi… aku minta maaf, semakin lama aku rasa aku hilang hormat pada mereka…

Malah kerana orang-orang seperti merekalah wujudnya penunggang agama.

Disegani hanya oleh orang luar. Dibangga oleh orang luar. Disanjung oleh orang luar. Sedangkan, nasib cucu-cucunya tidak terbela. Takkan nak tunggu hitam putih dari mahkamah?

Bukan salah aku kes mahkamah belum selesai, asbab anak mereka juga yang membuatkan 1001 alasan untuk tidak hadir ke mahkamah.

Mereka langsung tidak bantu untuk memastikan anak mereka hadir ke mahkamah. Aku penat dan kecewa!

Aku tak nak bergaduh dengan mereka atau sesiapa, aku perlukan kedamaian untuk aku teruskan hidup aku dengan anak-anak.

Kalau duda aku nak kahwin sekali pun, bantulah aku untuk selesaikan isu tuntutan nafkah anak terlebih dahulu di mahkamah.

Sekian…

– Supermama (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *