Hai korang, aku nak cerita pengalaman kerja dengan manager toksik teruk. Aku kenal dia dah lama, lebih 10 tahun. Selama tu jugak aku bersabar dengan dia. Dipendekkan cerita, dia ni ada ciri ciri narsis.
Apa yang aku perhati, dia ni tak nak kalah. Semua benda dia nak menang. Apa saja dia cakap kita kena iyakan. Dia tak suka tengok orang lebih sikit dari dia, termasuk aku.
Dia punya tahap insecure tu sampai tak bagi aku bergaul dengan sesiapa kat pejabat ni. Nak bercakap dengan pihak atasan dari dia pun tak boleh. Semua kena bagitau dia je.
Cara aku pulak, bila aku tertekan aku cepat2 set otak aku yang aku ni nak bekerja. Cukup masa aku balik, cukup bulan ambil gaji. Sampai lah baru baru ni, manager aku ni macam dah melampau.
Bermula lepas pandemic, pejabat kami ada beri bayaran tambahan untuk pekerja level eksekutif dan ke bawah (termasuk aku). Oh ya sebelum tu, kami kerja Syarikat global, so kononnya manager aku lah yang jawatan paling tinggi kat bandar ni.
Ok berbalik pada bayaran tambahan tu, amount nya tak lah banyak, ada lah dalam 500 ke 1000 sebulan, ikut pada kpi bulanan.
Nak jadikan cerita, setiap kiraan kpi ni akan dihantar pada manager setiap bulan, sebelum keluar gaji. So manager ni akan tau lah berapa duit geli geli yang kitorang dapat.
Bukan saja tu, apa saja bayaran macam bonus ke, naik gaji ke, elaun khas semua dia tau. Manager aku ni punya busuk hati, dia akan suruh orang belanja dia la, jadi grab driver dia la, macam macam lah sebab pada dia kitorang ni ada banyak duit elaun, nak banding dengan gaji dia.
Tapikan, kalau dikira2, campur semua tu tak lebih pun dari gaji si bongok ni. Dan, dia pun dapat bonus, naik gaji bagai tu. Disebabkan tamak dan dengki, dia buat orang macam ni.
So, lepas 2 tahun aku hadap perangai ni, aku dah tak tahan. Aku report la pasal dia dekat pihak atasan. Dalam tempoh siasat tu, aku tetap dikejar dek manager bodoh ni.. pasalkan dia hadap sangat duit elaun aku tu.
Aku takde hutang dengan dia, tapi dia ada hutang lama dengan aku (lebih dari RM500). Dan sekarang, dia minta aku duit elaun kerja aku yang susah payah aku cari ni, bagi kat dia. Dia ni agak licik, semua dia minta2 tu dia buat dari call je. Takde wasap bagai. Mungkin dia tau orang nak trap dia.
Buat masa ni, aku dah block semua channel dan nombor yang dia boleh dapat aku. Dan aku tak masuk meeting bila ada dia. Nak tau sebab apa? Sebab meeting tu sekadar hiasan pada pihak atasan.
Dia peras aku waktu aku jumpa dia. Aku dah tak tahan, benda masih berjalan dan si bodoh ni masih menagih2 macam orang gila. Tak cukup dengan tu, dia ganggu ahli keluarga aku jugak.
Untuk pengetahuan, aku dah kerja dekat company ni lebih dari 10 tahun. Aku enjoy buat kerja aku, company ni betul2 jaga aku. Tapi disebabkan lalat ni lah, buat aku putus asa. Aku rasa nak berhenti. Aku ni jenis apa saja semua aku beli sendiri, aku tak pernah minta2 dari orang.
Aku dah rimas dengan orang macam ni. Sekarang ni, si gila ni memburukkan aku kat tempat kerja sebab dah seminggu aku block dia. Aku tak nak bagi apa yang dia minta, cukup2 la sebelum ni aku dibuli dan emosi aku dipijak2.
Orang macam dia ni, makin aku diam makin menjadi kata kata dia. Sekarang aku tak tahan, aku rasa baik aku blah dari company ni dari hadap orang ni. Ape pun, aku sayangkan kerja2 aku tapi takpelah.
Kalau korang ada idea untuk aku – apa yang aku boleh buat untuk lalui hari2 aku kat sini, share lah ye. Aku ada jugak cuba pertahankan diri aku, tapi sudahnya dia pulak play victim. Sebab tu sekarang aku berdiam dan block dia terus.
Aku dapat rasa yang nama aku akan busuk tak lama lagi, so sia2 lah performance yang aku jaga selama aku kerja kat sini.
Ok guys, tu je aku nak luahkan. Terima kasih.
– Kentang Busuk (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
dia report to siapa? bgtau la issue dia ni to his spervisor and HR….. minta mangsa2 lain pun stand up against him/her… jgn mengaku kalah… put a fight.
Kalau you boleh bawa phone masa kerja, jadi boleh rakam perbualan korang tu. Nanti bagi kat HR.