Pengetua Yang Menyusahkan

Aku meluat sungguh dengan pengetua sekolah aku. Agak-agak lah cuti sakit pun nak kena minta izin dia untuk cuti. Ini baru kali ke-2 untuk tahun 2024 aku ambil MC.

Ada cikgu lain, cuti sakit tiap-tiap minggu okay pulak. Cikgu X ni memang famous dengan tak buat kerja, selalu menghilang, dan hampir tiap-tiap hari tiada di sekolah atas pelbagai sebab.

Dalam group ada sahaja alasan dia untuk tak datang kerja. Contohnya kereta rosak, MC, appointment doktor, influenza, sakit dada, migraine. Semua penyakit dia sapu. Tapi pengetua tak ambil action pun. Relax je member tak datang sekolah.

Aku ini baru je kali kedua ambil MC tahun ni. Dah kena report kat dia dan minta izin dia.

Aku ambil MC atas alasan sakit kepala. Aku PJJ, suami aku minggu ni nak kena warded, anak aku pulak selsema teruk sampai berjangkit dengan budak-budak lain. Pengasuh tak nak jaga.

Dah tu memang stress dan sakit kepala la aku nak cari jalan macam mana nak jaga anak yang kena kuarantin dan suami nak kena warded. Kediaman kami yang sekangkang kera ni memang tiada ahli keluarga berhampiran untuk jaga anak kami. Semua duduk di negeri lain.

Aku pun tak sampai hati nak tinggalkan anak aku dekat orang lain untuk jadi hamba pengetua sekolah sedangkan anak aku pembawa rezeki aku.

Setiap guru ada Cuti Rehat Khas sebanyak 10 hari. Cuti ini boleh diambil bila-bila cikgu nak. Sepatutnya waktu beginilah aku boleh ambil – guna untuk jaga ahli keluarga yang sakit. Tapi pengetua sekolah aku ni memang tak bagi ambil kalau lebih sehari.

Kawan aku ni iaitu Cikgu Fatihah (samaran), anaknya demam pun dia tak bagi ambil. Dia suruh suami Cikgu Fatihah yang jaga. Zalim sungguh. Dia duk paksa cikgu jaga anak orang (anak murid maksudku) tapi anak sendiri di rumah terabai.

Aku rasa dia diktator untuk jaga imej sekolah supaya dia dapat nama. Kononnya di peringat PPD atau JPN, data sekolah kami menunjukkan kadar guru cuti menurun sebab pengetua ni hebat boleh pastikan semua guru-guru bawah dia jarang ambil cuti.

Kot la dia nak kejar anugerah pengetua cemerlang sebelum bersara. Dalam kepala dia, “Cikgu banyak dah cuti sekolah – jadi tak perlu cuti”. Masalahnya suami aku nak warded atau anak aku nak sakit… bukan boleh pilih tarikh.

Jadi guru memang best. Ajar murid-murid dan anak-anak kamu semua memang seronok walaupun banyak ragam. Tapi pengetua macam entah apa-apa.

Kami yang konsisten buat kerja sampai pukul 11 malam pun duk design banner program sekolah susah dapat cuti. Tapi golongan Cikgu X yang tak hadir tegar, relax ja tak datang. Masih lagi kekal jawatan di sekolah.

Renyah sungguh la dapat pengetua macam ni. Dulu elok ja.

Kamu yang baca confession ini, satu hari nanti bila jadi ketua, janganlah susahkan orang bawahan yang selama ini rajin datang kerja. Jangan buatkan mereka takut untuk mohon cuti untuk jaga ahli keluarga yang sakit. Ambillah tindakan terhadap ketidakhadiran tegar.

Anyway, tolong doakan aku sikit.

“Ya Allah Yang Maha Mengasihani, turunkanlah kasihMu ke atas confessor ini dengan dengan menamatkan PJJ-nya untuk duduk sebumbung dengan anak dan suaminya. Makbulkanlah doa confessor selama ini.

Lembutkanlah hati pegawai-pegawai di KPM Putrajaya untuk memindahkan confessor setelah membaca surat permohonan dan laporan-laporan perubatan confessor baru-baru ini. Aamiin.”

– Cikgu SMK (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. pernah juga merasa anak 4yo kena penyakit HFMD & chicken pox.. tadika suh kuarantin anak.. adiknya umur 2yo pun pengasuh ckp jangan anta sbb takut berjangkit kat anak asuhan lain.. husband keje outstation, nak tak nak kena la amik cuti seminggu dua.. nasib baik majikan ok faham situasi.. setuju dengan cikgu, bila jadi ketua, bertimbang rasa lah dengan kebijaksanaan..

  2. Saya pernah dapat pengetua macam ni. Nenek saya meninggal, saya nak amik crk sehari dia tak bagi, smpai saya terpaksa tinggikam suara. Allahu….rasa sedih sangat, maan perginya rasa simpati orang macam tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *